Mak-mak yang ada anak kecil, jangan selalu susah hati. Jangan selalu rasa bersalah. Jangan selalu salahkan diri. Kenapa? Ini yang wanita bergelar ibu kena faham.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Puan Masturah Abu Bakar memberi sedikit kekuatan untuk ibu menguruskan keluarga tanpa rasa stres.
Mainan berterabur maksudnya anak-anak tengah kembangkan kreativiti. Buku bersepah maksudnya anak suka belajar dan membaca.
Pensil warna dan alat tulis berselerak maksudnya sel-sel otak anak bekerja keras.
Sinki penuh maksudnya anak-anak kenyang. Nasi berterabur bawah meja tandanya anak-anak tengah asah kemahiran motor halus.
Baju banyak dalam bakul tandanya anak-anak guna pakaian bersih setiap hari.
Kita selalu nak selesaikan semua. Nak perfect. Nak semua ikut expectation kita. Nak semuanya ikut KPI kita.
Tapi,
Ads
Kita bukan robot untuk selesaikan semua benda dalam satu hari.
Kita tak ada tangan sotong yang boleh buat semua dalam satu masa.
Kita manusia yang ada emosi yang turun naik.
Kita bukan selalu positif, selalu rajin, selalu ada mood untuk selesaikan hal-hal dalam rumah.
Buat dulu yang penting dan yang utama.
Ads
Asalkan anak dah mandi, kenyang, boleh main dan cukup tidur. Kita dah buat yang terbaik.
Yang lain kita boleh buat berdikit-dikit. Buat sikit-sikit.
Kita sakit mata, tapi yang penting jangan sampai kita sakit mental.
Jangan sebab nak jaga mata, emosi kita terbeban.
Ads
Jangan sebab nak rumah kemas, kita marah anak-anak. Kita sekat kreativiti. Kita halang mereka bermain bebas.
Zaman anak-anak kecil tak lama. Esok lusa kita dah sunyi.
Mind set macam ni sekurang-kurangnya beri kebebasan kepada kita. Kebebasan mental dari mengurung diri dalam gua fikiran ‘saya kena buat semua segera’. Yang akhirnya menjadi kita tertekan.
Kita tak perlu berkejar untuk selesaikan semua. Kita boleh putuskan mana yang utama. Kita boleh pilih masa dan bila kita patut buat.
You are still the best mom even you think you have do nothing in a day.
Kebersihan bukan sekadar soal penampilan, tetapi asas penting dalam membentuk gaya hidup sihat dan berdisiplin. Bagi kanak-kanak, amalan menjaga kebersihan perlu diterapkan seawal mungkin. Namun, usaha ini memerlukan kerjasama erat antara anak dan ibu bapa. Tanpa pendidikan dan contoh yang baik, kanak-kanak mudah mengabaikan kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian. Artikel ini akan mengupas dengan teliti mengapa kebersihan itu penting, keburukan jika diabaikan, manfaatnya, beberapa tips praktikal, serta peranan besar ibu bapa dalam hal ini — lengkap dengan fakta menarik untuk direnungi bersama.
Kanak-kanak sedang berada dalam fasa pembentukan tabiat. Kebiasaan yang mereka pelajari sekarang akan membentuk keperibadian mereka kelak. Amalan kebersihan seperti mencuci tangan sebelum makan, menggosok gigi, mandi setiap hari, dan menjaga kebersihan pakaian bukan sahaja melindungi mereka daripada penyakit, malah mengajar mereka nilai tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Fakta menarik:
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mencuci tangan dengan sabun boleh mengurangkan risiko jangkitan cirit-birit sehingga 40% dan jangkitan pernafasan sebanyak 25%.
Anak yang terbiasa menjaga kebersihan akan lebih yakin, lebih sihat, dan lebih bersedia bergaul dalam masyarakat — satu kelebihan besar dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini.
Apabila aspek kebersihan diabaikan, pelbagai masalah boleh timbul, terutama bagi kanak-kanak yang sistem imun mereka masih berkembang. Antaranya termasuk:
Fakta menarik:
Kajian oleh UNICEF menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tinggal di persekitaran tidak bersih mempunyai kadar kehadiran sekolah yang lebih rendah berbanding rakan mereka yang tinggal di persekitaran bersih — ini memberi kesan langsung kepada prestasi akademik mereka.
Kebersihan bukan hanya menjaga diri daripada penyakit. Ia juga mendidik anak menjadi lebih teratur dan bertanggungjawab. Anak yang menjaga kebersihan akan lebih mudah fokus dalam pembelajaran, tidur lebih lena, dan mempunyai disiplin diri yang baik.
Fakta menarik:
Persekitaran bilik yang bersih dan teratur mampu meningkatkan tumpuan belajar anak sebanyak 15%, menurut satu kajian oleh Harvard University. Ini kerana otak lebih mudah berfungsi dalam persekitaran yang tidak berselerak.
Selain itu, amalan ini mengajar mereka menghargai ruang persekitaran seperti bilik tidur, bilik mandi dan kawasan sekolah. Ia juga memberi kesan positif terhadap kesihatan mental — persekitaran yang bersih menjadikan anak lebih tenang dan ceria.
Mendidik anak menjaga kebersihan tidak boleh dibuat secara paksaan semata-mata. Berikut beberapa tips praktikal:
Fakta menarik:
Kajian psikologi perkembangan menunjukkan bahawa tabiat yang dilakukan secara konsisten selama 21 hari berturut-turut boleh menjadi rutin tetap — maka ibu bapa digalakkan untuk membimbing secara konsisten selama sekurang-kurangnya tiga minggu.
Ibu bapa adalah guru pertama dan paling berpengaruh dalam kehidupan anak. Mendidik kebersihan tidak hanya dengan arahan, tetapi melalui pendekatan yang sabar dan konsisten. Jadikan amalan kebersihan sebagai rutin keluarga — mandi bersama, kemas rumah bersama, dan berbincang tentang kesihatan.
Gunakan bahasa mudah difahami, dan terangkan kenapa sesuatu amalan itu penting, bukan sekadar “kerana ibu suruh”. Anak-anak akan lebih mudah menerima apabila mereka faham sebabnya.
Fakta menarik:
Menurut kajian di UK, anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mempunyai rutin kebersihan yang jelas lebih cenderung membesar dengan tahap empati dan tanggungjawab sosial yang lebih tinggi.
Kebersihan adalah kunci kepada kehidupan yang sihat, bahagia dan bermaruah. Ia bukan satu beban, tetapi satu pelaburan jangka panjang untuk kesejahteraan fizikal dan emosi anak-anak. Ibu bapa yang mengambil berat tentang aspek ini bukan sahaja melindungi kesihatan anak mereka, tetapi juga sedang membentuk generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
Marilah kita jadikan kebersihan sebagai budaya dalam rumah dan dalam hati setiap anak sejak kecil lagi. Ingatlah, anak bersih, hati ceria, keluarga bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak adalah golongan yang sukar untuk kita fahami, lebih-lebih lagi jika ini pertama kali anda bergelar ibu bapa. Banyak perkembangan anak-anak yang bakal anda lihat dan kadang-kala diluar jangkaan kita sebagai orang dewasa.
Dibawah usia satu tahun, anak akan mula menunjukkan minat pada objek yang bergerak. Dia juga mula sedar bahawa objek tersebut boleh dibaling, dicampak, ditendang. Bagi sesetengah ibu bapa, membaling barang adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan. Tetapi apa kaitan membaling barang dengan perkembangan motor skill anak-anak? Sehingga umur dan perlu ditegur? Ikuti perkongsian daripada pakar keibubapaan dan kekeluargaan, Ibu Rose.
Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya.
Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.
Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.
Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.
Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat sentiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.
Anda dapat sesuatu?
Salam Kasih
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar mak ayah ni hati memang kena kental. Tak kira lagi bab anak mengamuk di rumah atau depan orang ramai. Tambah lagi bila ada anak lebih dari seorang. Si abang atau kakak nak itu, si adik pun ikut mengamuk juga.
Lagi satu kalau si kakak atau abang ok, adik yang akan mulakan drama dulu. Masa ni lah kena betul-betul kawal emosi dan tebalkan muka bila orang ramai mula memerhati jika anak buat hal di tempat awam. Masa anak tengah buat hal ini, mak ayah tak boleh nak panaskan lagi keadaan. Waktu ni lah kena pandai ambil hati untuk redakan keadaan.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama yang juga ibu kepada 4 orang anak, Puan Ashikin Hashim boleh dijadikan panduan dalam menghadapi sikap anak sebegini sehingga mereka dah matang dan boleh berfikir sendiri.
Anak yang mencabar a.k.a nakal?
Apabila saya memandang wajah anakanda Wafi (13 tahun), Wasim (11 tahun) dan Wajdi (8 tahun) membuatkankan saya mengimbau kembali kenangan indah yang lepas-lepas.
Wajah inilah yang pernah mengamuk dahulu ketika baru menjejak kaki ke tadika.
Wajah inilah yang menangis beriya-iya apabila hendakkan sesuatu.
Wajah inilah yang menghentak-hentakkan kaki apabila tidak puas hati.
Wajah inilah yang meminta-minta beli itu ini.
Kini….saya tidak dengar lagi amukan itu. Saya tidak lagi menghadap amukan mereka. Tidak juga mendengar rengekan beli mainan.
Itulah warna-warna kehidupan seorang ibu yang mempunyai anak kecil.
Tidak lari dari kerenah dan pelbagai ragam.
Ketika kita sedang menghadapinya, kita akan rasa seperti kita seorang ibu yang gagal. Kadang kecewa kerana anak tidak memahami. Kadang malu kerana menjadi tumpuan. Kadang putus asa seperti sudah tidak daya untuk memujuk.
Tapi itu semua sudah pergi….
Kita bakal merindu. Kita bakal tercari-cari suara itu.
Kepada ibu bapa yang sedang menghadapi situasi ini, usahlah terlalu risau. Ia hanya satu fasa normal yang kita semua akan lalui.
Tiba masanya anak akan mula matang. Mereka akan berhenti meminta, mengamuk dan menangis. Tiba masa mereka akan membesar dan berfikir dengan wajar.
Hadapinya dengan tenang dan positif. Anak kita sedang berjuang untuk hidup dalam suasana yang sangat mencabar untuk mereka.
Berikan mereka sokongan dan kasih sayang yang seadilnya. Mereka mungkin hanya berumur 4, 5 dan 6 tahun bukan 20 atau 30 tahun.
Selamat menghadapi kehidupan yang penuh warna warni. Enjoy the moment!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...