Memiliki anak autism sering dianggap satu bebanan. Walhal dialah anugerah tidak ternilai dari Allah SWT buat kita yang tidak pernah kita tahu.

Perkongsian seorang ibu yang juga seorang doktor, Dr Izam Suziani ini menerusi akaun Tik Tok @drizamsuziani menyentuh hati ramai.

Apa yang dikongsikan ibu ini yang berhenti kerja daripada tanggungjawabnya seorang doktor ini wajar kita dengari sebagai terapi diri. Jangan jadikan anak autism kita beban kerana merekalah kebahagiaan kita.

“Jangan Sedih Ada Anak Autism” Bukan Beban, Ibu Ni Kongsi Kisah Bahagia Yang Orang Tak Nampak!


Jangan sedih ada anak Austism. Hari ini saya nak bercerita pulak. Antara pengalaman yang menyentuh perasaan dan memberi kekuatan. Allah atur elok sangat pertemuan hari ini. Ada tak yang rasa macam saya?

Saya nak cerita satu kisah yang berlaku dalam tiga tahun lalu, masa tu anak saya baru je didiagnos ada autism.

Masa tu saya bawak anak no 2 pergi orentasi Tingkatan 1, sampai-sampai saya cari tempat duduk. Macam biasa semua tempat penuh, saya reda sebab saya tahu saya sampai lambat.

“Jangan Sedih Ada Anak Autism” Bukan Beban, Ibu Ni Kongsi Kisah Bahagia Yang Orang Tak Nampak!

IKLAN

Ada sorang kakak ni panggil saya duduk sebelah dia. Lepas tu dia tanya,

Puan: Hantar anak ke, rumah kat mana?
Saya: Ye Pn saya dari Bangi.
Puan: Kerja kawasan ini ke?
Saya: Eh tak, saya tak kerja.
Puan: Kalau tak kerja apa?
Saya: Saya cakap saya doktor.
Puan: Allah sayangnya, kenapa tak kerja?
Saya: Anak saya ramai Pn, enam orang. Yang kecik sekali itu baru je diagnos autism. Buat masa sekarang saya rasa biarlah saya jaga dia saja.

Baguslah itu, maaflah akak tak tahu. Adik ni beruntung sangat tau sebab Allah pilih untuk letak syurga dalam rumah adik. Terdiam saya.

Baiknya Allah, adik ni tak payah pegi jauh pun untuk buat pahala banyak-banyak. Dia bagi ladang pahala dalam rumah. Mata saya dah berkaca, tahan air mata.

Otak ni sentiasa dok fikir apa yang kakak tadi cakapkan. Lepas tu fikir sebab itu ke orang panggil anak syurga?

IKLAN

“Jangan Sedih Ada Anak Autism” Bukan Beban, Ibu Ni Kongsi Kisah Bahagia Yang Orang Tak Nampak!

Sebab sejak kebelakangan ini bila tengok anak tu saya rasa bahagia sangat. Tak faham puulak kenapa.

Dulu saya selalu terfikir kesian dekat mak bapak yang ada anak syurga ni. Mesti terbeban kan tapi saya tengok anak sendiri saya rasa bahagia je rasa.

Bukan rasa tak mencabar langsung tapi dorang ni kan simple je, makan minum, tidur buang air, main. Kalau happy gelak, kalau sedih nangis. Very lovevable, nak peluk je.

Walaupun tak macam anak normal lain, cukup membahagiakan dengan anak-anak aku. Mungkin itulah yang dikatakan syurga dalam rumah.

IKLAN

Bila teringat balik apa akak tu cakap saya rasa macam bertuah sangat. Memang rasa syukur Allah pilih aku untuk ada anak istimewa ini. Sungguh Allah bagi anak istimewa ini untuk bantu kita masuk syurga.

 

@drizamsuziani 🔊 Jangan sedih ada anak Autism. Hari ni saya nak bercerita pulak. Antara pengalaman yang menyentuh perasaan dan memberi kekuatan. Allah atur elok sangat pertemuan hari tu. Ada tak yang rasa macam saya? #autism #autismfamily #autismmom #autisminthekitchen #autismawareness #autismacceptance #autismrocks #autismnutrition ♬ original sound – Dr Izam Suziani

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI