Bila sudah punya anak, rumah tangga kita seolah-olah bertukar menjadi begitu keibubapaan. Walhal asas utamanya adalah membina rumah tangga bahagia penuh dengan rasa.
Selain memfokuskan misi utama pada anak-anak, jangan diabaikan pasangan kita. Berilah lebih masa bersama. Perkongsian Pn Sharifah Zahidah ini perlu diselami. Benar-benar belaka. Sebolehnya berikan ruang pada pasangan kita.
Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah sumber kepada kekuatan hati kita dalam berhadapan dengan apa jua cabaran di luar sana.
Kalau rumahtangga itu sendiri goyah dan bermasalah, sehingga hilang sakinah, mawaddah dan rahmahnya – maka sekecil-kecil perkara pun akan menjadi beban yang besar buat kita.
Anak tumpahkan air kosong pun, boleh buat kita bertukar jadi singa. Anak kecil lambat mandi pun, kita marah seolah-olah dia buat dosa berjudi.
Anak sulung tanya soalan matematik yang dia tak faham, kita jawab soalan dia macam nak membaham.
Pasangan tutup pintu bilik ada bunyi, kita mengamuk macam dia bawa balik skandal seorang lagi. Semuanya jadi serba tak kena.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit, diri kita menjadi sakit. Rumahtangga sepatutnya berperanan sebagai medan yang menyembuhkan luka dan lelah kita dalam berhadapan dengan kehidupan. Supaya dengan rumahtangga yang dibina, hati dan emosi kita kekal kuat dan terjaga. Apapun cabaran hidup yang mendatang, kita kuat dan hadapi dengan tenang.
Sungguh malang sekali jika medan yang sepatutnya bersifat merawat itu sendiri yang menjadi medan kepada tenaga-tenaga jahat menular dan menyakiti diri kita yang akhirnya, menjadikan kita serba serbi tidak kena.
Ads
Kerana pentingnya rumahtangga menjadi medan kita merawat luka, setiap pasangan perlu BERUSAHA membina rumahtangga yang bahagia.
Bagaimana? Dengan sentiasa berusaha mengenali lenggok KEBAHAGIAAN pasangan kita. Semua ini, bermula dengan BERTANYA. Sekadar bertanya. Tetapi, LAZIMKAN ianya menjadi bualan berkala antara kita dan pasangan;
“Apa yang membuatkan awak bahagia? Apa yang membuatkan awak terluka? Boleh awak bantu saya fahami keperluan jiwa awak?”
Perlu lakukan secara berkala. Kerana, bulan ni mungkin jawapan dia A. Bulan depan, jawapan dia B. Jadi perlu selalu tahu dan berbual tentang ini.
Pasangan suami isteri perlu cipta atmosfera paling selamat untuk masing-masing mempamerkan sisi paling VULNERABLE dalam dirinya.
Ads
Vulnerability adalah antara perkara penting untuk kita ‘masuk’ dalam diri satu sama lain dan berusaha bersama seikhlas mungkin dalam membina rumahtangga bahagia. (Nanti kita sembang lanjut tentang vulnerability ini jika ada rezeki InshaALLAH).
Tetapi, jika rumahtangga yang sudah bergolak pun tetap pasangan rasa, “Eh I rasa kita okey je, perfectly married and flowing good..” Maka, rumahtangga kita dalam mode red flag sebenarnya.
Kita ini, selagi boleh usahakan membina rumahtangga bahagia, binalah. Rumahtangga bahagia bukan ilusi, bukan fantasi TV3. Ianya boleh diwujudkan jika kita berusaha ke arah itu. Rumahtangga bahagia memang ada. Yang tak ada, adalah rumahtangga sempurna.
Walaubagaimanapun. Rumahtangga ini, jika sudah terlalu kelat sehingga tidak mampu ke arah bahagia, SEKURANG-KURANGNYA selamatkan rumahtangga jangan sampai ia jadi PUNCA DERITA. At least, rumahtangga itu ‘neutral’. Ia masih boleh diselamatkan.
Adapun rumahtangga yang sudahlah tidak bahagia, menjadi pula sumber derita. Hendak dibaiki tidak jumpa punca; maka berdoalah kepada ALLAH agar ditunjuki jalan keluar yang Dia redha.
Ads
Jangan sampai rumahtangga jadi punca semuanya serba tak kena. Di rumah tak bahagia. Depan anak-anak jadi singa. Di tempat kerja jadi tak berguna. Balik kampung cuma menyendiri setiap masa. Setiap pagi dan malam bertemankan air mata. Isu kecil pun dah jadi macam masalah dunia.
Maka, tak perlulah menyeksa diri dalam situasi ini. Carilah bahagia sendiri, samada dalam keadaan berpasangan, mahupun berseorangan. Yang penting, kunci itu terletak pada kemahuan hati kita. Jangan salahkan sesiapa. Yang paling penting, jangan memangsakan anak-anak kita dengan isu kita laki bini. Ini paling ‘jangan.’ Hargailah ikatan rumahtangga kita.
Binalah bahagia BERSAMA. Jangan sekadar berumahtangga untuk menjadi ibu dan bapa. Tetapi wujudkanlah ‘pasangan bercinta’ dalam rumahtangga kita. Kita watak utama dalam rumahtangga kita. Mainkanlah peranan sebaiknya.
Allahualam.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Dalam kehidupan berumah tangga kena saling menerima pasangan seadanya. Baik atau buruk, itulah orangnya yang akan melengkapkan kehidupan kita. Setiap hari akan ada perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan, biarpun dah bertahun-tahun kahwin!
Sumber foto: www.freepik.com
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Isteri tak nak banyak, cukuplah suami sudi jadi pendengar kalau dia nak luahkan perasaan.
Di awal perkahwinan, ada banyak masa sebab hidup masih berdua. Mula-mula kahwin suami pun senyum saja sebab isteri dah masak, rumah pun sentiasa kemas dan tersusun rapi.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan Tterima kasih sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.
Kalau kita tengok pasangan selebriti, mesti ada antara kita yang tertanya-tanya, “Eh macam mana boleh bertahan lama ye?”. Namun apabila ditanyakan kepada penyanyi, komposer dan pelakon, Mark Adam, dia akan jawab dengan jujur dan santai, “Komunikasi!”
Lebih 16 tahun melayari alam perkahwinan dengan isteri tercinta, Norazah Redzuan, Mark kongsi rahsia rumahtangganya kekal tenang, damai dan bahagia. Bukan sebab tak pernah gaduh, tapi sebab mereka berdua sentiasa berbincang, bercakap dan saling jujur.
Jangan Anggap Pasangan “Tahu Sendiri”
Mark kata, ramai pasangan suka simpan perasaan. Bila marah, diam. Bila sedih, pendam. Tapi masalahnya, bila semua tu dipendam, akhirnya meletup.
“Kalau kita tak cakap, macam mana pasangan nak tahu apa kita rasa?” katanya penuh maksud.
Komunikasi bukan sekadar bercakap, tapi juga tentang mendengar. Mendengar dengan hati, dan bukan nak menang. Mark sendiri akui, benda paling kecil pun dia akan cerita dekat isteri. Dia tak tunggu sampai jadi besar baru nak luah.
Handphone Tak Ada Password, Tak Ada Rahsia
Yang buat ramai kagum, Mark turut berkongsi satu lagi prinsip penting dalam rumah tangga mereka iaitu tiada rahsia!
Handphone dia? Tak ada kata laluan! Isteri boleh tengok bila-bila masa.
“Kenapa nak kena letak password kat telefon kalau kita tak ada buat apa-apa. Suami isteri kena tahu apa yang masing-masing buat.”
Kita biasa dengar isu pasangan bergaduh sebab handphone dan sebagainya tetapi Mark dan isteri pilih untuk bina kepercayaan sejak awal lagi. Bila dah terbiasa jujur, tak ada sebab nak curiga.
Tak Perlu Mahal, Cukup Jujur
Kebahagiaan rumah tangga bukan datang dari hadiah mahal, staycation atau candlelight dinner setiap minggu. Kalau ada, itu satu BONUS! Bahagia yang sebenar datang dari benda paling simple — bila pasangan rasa didengari dan difahami.
Kalau ada benda tak puas hati, cakap. Jangan tunggu. Jangan anggap pasangan faham-faham sendiri.
Sebab tu lah, walau sibuk macam mana pun, Mark akan pastikan dia dan isteri luang masa untuk sembang, walaupun sekejap.
Bila Jujur, Bahagia Itu Datang Sendiri
Kisah Mark dan Norazah bukan kisah cinta dongeng. Ia kisah realiti dua insan yang pilih untuk berkomunikasi, saling percaya dan tak simpan rahsia.
Semoga jadi inspirasi buat kita semua, tak kisah dah kahwin 6 bulan atau 16 tahun. Kunci bahagia tu ada dalam diri kita juga. Mulakan dengan satu benda paling mudah — cakaplah dari hati.
Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.