Bila sudah punya anak, rumah tangga kita seolah-olah bertukar menjadi begitu keibubapaan. Walhal asas utamanya adalah membina rumah tangga bahagia penuh dengan rasa.
Selain memfokuskan misi utama pada anak-anak, jangan diabaikan pasangan kita. Berilah lebih masa bersama. Perkongsian Pn Sharifah Zahidah ini perlu diselami. Benar-benar belaka. Sebolehnya berikan ruang pada pasangan kita.
Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah sumber kepada kekuatan hati kita dalam berhadapan dengan apa jua cabaran di luar sana.
Kalau rumahtangga itu sendiri goyah dan bermasalah, sehingga hilang sakinah, mawaddah dan rahmahnya – maka sekecil-kecil perkara pun akan menjadi beban yang besar buat kita.
Anak tumpahkan air kosong pun, boleh buat kita bertukar jadi singa. Anak kecil lambat mandi pun, kita marah seolah-olah dia buat dosa berjudi.
Anak sulung tanya soalan matematik yang dia tak faham, kita jawab soalan dia macam nak membaham.
Pasangan tutup pintu bilik ada bunyi, kita mengamuk macam dia bawa balik skandal seorang lagi. Semuanya jadi serba tak kena.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit, diri kita menjadi sakit. Rumahtangga sepatutnya berperanan sebagai medan yang menyembuhkan luka dan lelah kita dalam berhadapan dengan kehidupan. Supaya dengan rumahtangga yang dibina, hati dan emosi kita kekal kuat dan terjaga. Apapun cabaran hidup yang mendatang, kita kuat dan hadapi dengan tenang.
Sungguh malang sekali jika medan yang sepatutnya bersifat merawat itu sendiri yang menjadi medan kepada tenaga-tenaga jahat menular dan menyakiti diri kita yang akhirnya, menjadikan kita serba serbi tidak kena.
Ads
Kerana pentingnya rumahtangga menjadi medan kita merawat luka, setiap pasangan perlu BERUSAHA membina rumahtangga yang bahagia.
Bagaimana? Dengan sentiasa berusaha mengenali lenggok KEBAHAGIAAN pasangan kita. Semua ini, bermula dengan BERTANYA. Sekadar bertanya. Tetapi, LAZIMKAN ianya menjadi bualan berkala antara kita dan pasangan;
“Apa yang membuatkan awak bahagia? Apa yang membuatkan awak terluka? Boleh awak bantu saya fahami keperluan jiwa awak?”
Perlu lakukan secara berkala. Kerana, bulan ni mungkin jawapan dia A. Bulan depan, jawapan dia B. Jadi perlu selalu tahu dan berbual tentang ini.
Pasangan suami isteri perlu cipta atmosfera paling selamat untuk masing-masing mempamerkan sisi paling VULNERABLE dalam dirinya.
Ads
Vulnerability adalah antara perkara penting untuk kita ‘masuk’ dalam diri satu sama lain dan berusaha bersama seikhlas mungkin dalam membina rumahtangga bahagia. (Nanti kita sembang lanjut tentang vulnerability ini jika ada rezeki InshaALLAH).
Tetapi, jika rumahtangga yang sudah bergolak pun tetap pasangan rasa, “Eh I rasa kita okey je, perfectly married and flowing good..” Maka, rumahtangga kita dalam mode red flag sebenarnya.
Kita ini, selagi boleh usahakan membina rumahtangga bahagia, binalah. Rumahtangga bahagia bukan ilusi, bukan fantasi TV3. Ianya boleh diwujudkan jika kita berusaha ke arah itu. Rumahtangga bahagia memang ada. Yang tak ada, adalah rumahtangga sempurna.
Walaubagaimanapun. Rumahtangga ini, jika sudah terlalu kelat sehingga tidak mampu ke arah bahagia, SEKURANG-KURANGNYA selamatkan rumahtangga jangan sampai ia jadi PUNCA DERITA. At least, rumahtangga itu ‘neutral’. Ia masih boleh diselamatkan.
Adapun rumahtangga yang sudahlah tidak bahagia, menjadi pula sumber derita. Hendak dibaiki tidak jumpa punca; maka berdoalah kepada ALLAH agar ditunjuki jalan keluar yang Dia redha.
Ads
Jangan sampai rumahtangga jadi punca semuanya serba tak kena. Di rumah tak bahagia. Depan anak-anak jadi singa. Di tempat kerja jadi tak berguna. Balik kampung cuma menyendiri setiap masa. Setiap pagi dan malam bertemankan air mata. Isu kecil pun dah jadi macam masalah dunia.
Maka, tak perlulah menyeksa diri dalam situasi ini. Carilah bahagia sendiri, samada dalam keadaan berpasangan, mahupun berseorangan. Yang penting, kunci itu terletak pada kemahuan hati kita. Jangan salahkan sesiapa. Yang paling penting, jangan memangsakan anak-anak kita dengan isu kita laki bini. Ini paling ‘jangan.’ Hargailah ikatan rumahtangga kita.
Binalah bahagia BERSAMA. Jangan sekadar berumahtangga untuk menjadi ibu dan bapa. Tetapi wujudkanlah ‘pasangan bercinta’ dalam rumahtangga kita. Kita watak utama dalam rumahtangga kita. Mainkanlah peranan sebaiknya.
Allahualam.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial yang cukup dikenali di Tik Tok, Nelysa Norazlan yang kini disahkan hamil anak pertamanya.
Melalui Tik Toknya, Nelysa akhirnya berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikut setianya di Tik Tok.
“Ya saya kini pemegang buku pink.
“Semoga terjawab segala persoalan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan.
“Alhamdulillah. Yes I’m pregnant. Tak boleh cover dah sebab makin mengah. Makin bulat,” katanya berkongsi.
Menghilang seketika dari terus trending di Tik Tok, rupanya bakal ibu berdepan morning sickness yang agak teruk di awal trimester kehamilannya.
Namun kata Nely, keadaannya kini bertambah baik dan dia terbuka untuk berkongsi dengan semua.
“Few months back memang slow down kan sikit kerja sebab morning sickness yang teruk. Baru faham perasaan jadi kain buruk. Loya, muntah, lesu, semuanya ada.
“Saya baru sahaja recover morning sickness yang agak teruk dan sekarang ni baru ok.
“Sekarang ni pun cepat mengah dan perut pun dah tak boleh disorok lagi. Kalau keluar pun orang dah nampak.
“Jadi inilah masa yang sesuai untuk beritahu semua orang, doakanlah saya dan baby,” katanya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kehamilannya dipermudahkan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Family man dan selalu mendahulukan anak-anak dan isteri dalam apa jua situasi. Inilah yang boleh dikatakan mengenai selebriti media sosial, Jofliam yang turut terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial tahun ini.
Jofliam yang merupakan suami selebriti media sosial yang cukup dikenali, Cik Epal mengakui keluarga adalah segala-galanya dalam hidupnya kini.
Malah dua anaknya, Han dan Yuki menjadi nadi hidupnya dalam melayari bahtera bahagia bersama isteri tercinta.
“Untuk sentiasa berkata ya itu tak juga tapi saya ni masa kecil selalu dengan arwah ayah dan keluarga. Saya pula masuk sekolah asrama, jadi berpisah dengan keluarga rasa terlalu awal sangat berpisah dengan keluarga.
“Jadi saya selalu rasa tak cukup masa dengan ayah dan keluarga. Disebabkan itulah saya habiskan masa dengan keluarga sebab masa ni tak boleh diputarkan balik.
“Rutin saya memang banyak duduk di rumah sahaja. Tak ada satu aktiviti wajib mesti buat, cuma kami akan sarapan dan minum kopi sama-sama.
“Petang pula main simple game, tonton tv sama-sama. Ada waktunya saya naik ATV bawa anak-anak masuk hutan. Masa terluang saya seimbang mengikut situasi. Semuanya dengan keluarga,” akui Jofliam memulakan bicara ketika sesi live Pa&Ma Gala Award.
Cik Epal tegas tapi manja
Ketika ditanya mengenai personaliti isterinya yang cukup dikenali ramai, akui Jofliam lagi, Cik Epal seorang yang cukup tegas namun dia seorang isteri yang sangat manja.
“Dia seorang yang tegas tapi dia manja. Kalau kenal dengan dia, kita boleh nampak. Tapi untuk kita cerita tegas dan manja ini memang sudah hendak dijelaskan,” luah Jofliam lagi berkongsi.
Saling berbagi hadiah, berkongsi rezeki bersama pasangan tanpa berkira sedikit pun malah mendahui isteri dalam segala hal, akui Jofliam semua itu perlu dalam hidup berumah tangga.
“Bagi saya lebih kepada hati, awal-awal perkahwinan masa awal mesti ada ego tapi bila dah lama berkahwin kita rasa takkan ke mana ego tu.
“Bila dah lama kahwin, apa-apa pun sebagai lelaki saya selalu letakkan isteri di hadapan. Bila kita dahulukan isteri kita boleh nampak semua berubah. Untuk kebahagiaan keluarga, saya rasa itulah sebaiknya kerana kita dah alaminya.
“Kalau tanya saya apa hadiah terbaik yang dia beri pada saya, bukan berbentuk material tetapi sokongannya selama ini. Cara dia bercakap, kata-kata dia yang sentiasa menyokong saya, itu yang buat saya terkesan,” luahnya berkongsi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Jangan buat main tentang sikap suka ‘stalking’ ni. Memang ia dianggap remeh tetapi ia boleh menggangu orang berkenaan.
Tidak dinafikan ada orang yang suka stalk bekas isteri atau suaminya. Mungkin sukar untuk melepaskan hubungan yang sudah berakhir.
Tindakan ini boleh jadi disebabkan oleh perasaan tidak selesai atau keinginan untuk mengetahui perkembangan hidup bekas pasangan, walaupun secara tidak sedar, ia mungkin melambatkan proses untuk move on dan mencari ketenangan diri.
KESALAHAN JENAYAH!
Menurut seorang peguambela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok, beliau berkongsi info mengenai sikap individu sejenis suka ‘stalking’.
Menurut peguam ini tindakan ‘stalking’ atau menghendap telah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.
“Ia satu kesalahan jenayah. Stalking ini perbuatan yang berulang kali serta berniat untuk menyebabkan kerisauan, ketakutan dan kecemasan terhadap orang lain.”
Katanya lagi, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan atau denda.
Perbuatan ‘stalk’ ini bukan sahaja merangkumi perbuatan fizikal tetapi juga secara online. Ingat mereka yang menggunakan fake akaun boleh dikenakan tidakan sekiranya identiti mereka di kesan.