Stress rasanya bila ramai yang asyik bertanya mengenai anak. Bukan tidak mahu tetapi semua itu diluar bidang kuasa kita. Rezeki kan di tangan Allah. Rungutan yang acapkali kita dengar.

Perkataan subur menjadi satu kebimbangan bagi yang sudah berumah tangga. Risau dipersalahkan tidak subur. Lebih-lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.

Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika, hampir 15% pasangan akan menghadapi kesukaran untuk dapat anak dan 1/3 daripadanya adalah kerana masalah sperma.

Suami Isteri Kalau Nak Kesuburan Tip Top, Pantang Larang Ni Kenalah Jaga!

 

Kurangkan Guna Telefon Bimbit

Ashok Agarwal, Ph.D, Ketua Jabatan Kesihatan Reproduksi di Cleveland Clinic mendedahkan lelaki harus mengubah gaya hidup mereka untuk mendapatkan sperma yang subur, sihat dan kuat. Salah satunya adalah mengurangkan dedahan telefon bimbit. Penggunaan smartphone yang berlebihan didapati mampu membuatkan sperma jadi lebih lambat. Kajian di Cleveland Clinik mendapati, lelaki yang terlalu lama menggunakan telefon bimbit akan menurunkan keaktifan sperma.

Pilih Makanan Sihat
Baik suami atau isteri, makanan kena jaga. Pilihlah buah-buahan dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari makan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi makanan tersebut telah berkurangan.

IKLAN

Suami Isteri Kalau Nak Kesuburan Tip Top, Pantang Larang Ni Kenalah Jaga!

 

Kawal Berat Badan

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda dan suami terlebih berat, banyakkan bersenam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.

Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda berdua dengan amalan minum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!

IKLAN

Suami Isteri Kalau Nak Kesuburan Tip Top, Pantang Larang Ni Kenalah Jaga!

 

Elak Aktiviti Berat
Bagi isteri, aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.

Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung.

Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!

IKLAN

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

 

Suami Isteri Kalau Nak Kesuburan Tip Top, Pantang Larang Ni Kenalah Jaga!

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI