Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menujukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Ads
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradi perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh mebacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Ads
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk berceritadengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain. Anak kita baik tu kadang nasib je. Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak-kanak yang temperament kategori “mudah”.
Temperament ni adalah gaya tingkah laku ( behavioral style ) bayi itu sejak dilahirkan.
Semalam masa melawat aisy rizqi di hospital saya terdengar ada 2 orang mak mak ni mengumpat.
“Budak sebelah ni, sejak dia masuk anak kita tak boleh tidur. Asyik nak menjerit, melompat atas katil. Mak dia tak geti jaga anak rasanya.”
Wahai mak mak yang ada anak baik macam malaikat. Tahu tak dalam dunia ni ada 10 peratus kanak-kanak yang temperament mereka memang dalam kategori “susah”.
Anak-anak ni memang dilahirkan untuk jadi LASAK, DEGIL & NAKAL !
Ya! 10 peratus ni la serba serbi susah kalau nak mendidik. Kita jerit nak runtuh rumah pun dia tetap tak mahu dengar, tak geti duduk diam, kalau boleh satu dunia dia nak teroka.
Sebab itulah ilmu parenting tinggi sahaja tak cukup kalau nak mendidik anak yang cergas ni. Kesabaran, daya tahan dan kreativiti mak ayah pun kena tinggi juga.
Sebab anak ini ada tenaga yang sangat besar! Boleh mengegar dunia satu hari nanti jika kena dengan didikan dan asuhan.
Ini fakta! Hampir 99 peratus orang berjaya di dunia adalah dari temperament susah ni tau. Banggalah siapa di anugerahkan anak istimewa ini.
Jadi mak ayah sekalian, kalau anak kita baik, dengar cakap, sekali jeling je dah takut tak usahlah nak berlagak sangat sebab kita tak kena lagi macam mana uruskan anak yang sangat susah ni. Anak yang tak makan saman ni, mata terkeluar pun diorang tak akan takut.
Anak baik tu alhamdulillah tapi kalau anak kurang baik tu masyaAllah banyak kelebihan mereka kalau mak ayah pandai teroka.
p/s : Ramai lagi mak ayah yang tak tahu ni, sampaikan pada mereka ya supaya mereka pun dapat info ni.
Tahu tak yang sebenarnya kita boleh ukur tahap kepintaran dan IQ anak sejak mereka bayi lagi. Tak perlu tunggu sampai anak masuk alam persekolahan. Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik, tahap kepintaran dan IQ anak boleh diukur melalui berat badan bayi.
Menurut kajian tersebut, pertambahan berat badan bayi pada bulan pertama kehidupannya boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan IQ si kecil.
Dikatakan bayi yang mempunyai lebih berat badan dan ukuran kepala yang membesar dengan cepat pada bulan pertama kelahirannya ternyata cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi apabila mula bersekolah nanti.
Para penyelidik dari University of Adelaide, Australia melakukan kajian tersebut ke atas 13,800 orang bayi yang baru lahir. Penyelidik tersebut mendapati bahawa bayi yang mempunyai berat badan bertambah kira-kira 40 peratus dari berat lahir mereka dalam tempoh masa empat minggu pertama, mempunyai ukuran 1.5 poin IQ lebih tinggi apabila dibandingkan dengan anak yang beratnya hanya bertambah kira-kira 15 peratus sahaja.
Anak-anak yang mengalami pertumbuhan paling besar pada ukur lilit kepala juga ternyata mempunyai IQ paling tinggi ketika umurnya masuk 6 tahun.
Pertumbuhan Otak Anak Lebih Pantas
Menurut Dr Lisa Smithers yang merupakan penulis utama dalam penyelidikan tersebut seperti mana dipetik oleh Daily Mail, ukur lilit kepala adalah salah satu petunjuk dari jumlah isipadu otak sehingga peningkatannya yang lebih besar pada bahagian ukur lilit bayi yang baru lahir menunjukkan berlakunya pertumbuhan otak anak lebih pantas.
Lisa juga menjelaskan bahawa secara keseluruhan, bayi yang berkembang pesat pertumbuhannya pada empat minggu pertama terbukti mempunyai skor IQ yang lebih tinggi di masa depan. Sedangkan anak yang mempunyai berat badan lebih cepat bertambah ternyata mempunyai IQ verbal yang lebih tinggi bila umurnya genap 6 tahun.
Menurut beliau, perkara ini mungkin terjadi kerana struktur saraf bagi IQ verbal berkembang sebelumnya di dalam hidup, yang bermakna kenaikan berat badan yang cukup pantas dapat mempunyai kelebihan kongnitif secara langsung pada anak.
Diharap dengan adanya kajian yang dilakukan mengenai ciri anak pintar dan IQ tinggi sejak bayi, ibu ayah akan lebih faham tentang perkembangan si kecil.
Namun demikian jangan berputus asa sekiranya bayi anda mempunyai berat badan yang perlahan pertambahannya atau ukur lilit kepala yang kecil kerana masih ada banyak lagi ciri lain (tiada kaitan dengan fizikal anak tetapi lebih kepada ciri psikologi) yang patut dijadikan penilaian.
Bahkan sebenarnya ada juga cara yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk merangsang anak bijak dan cerdas sejak bayi lagi. Lagipun itu sekadar penemuan satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik sahaja.
Sumber: Daily Mail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak dah masuk usia dua tahun memang agak mencabar melayan karenah anak. Makin banyak perangai dan idea hebat yang anak persembahkan. Tak kurang juga dengan aksi lasak mereka. Makin bertambah kreatif.
Jadi mama papa kenalah lebih kreatif untuk mendidik anak pada usia ini. Jangan bazirkan masa yang ada tanpa apa-apa aktiviti untuk si kecil. Mewarna? Jangan takut nak berikan anak warna kerana banyak kelebihannya.
Susah hati kotorkan dinding dan lantai? Tak payah susah hati bila anda letakkan dalam kotak besar seperti yang dilakukan oleh Dr Aein Zul ini. Bukan saja tak kotorkan rumah tapi anak makin fokus. Kreatif pulak tu.
Weekend semalam, mummy bagi Aileen mewarna.
Mommies-mommies semua tahukan istilah ‘terrible two’ bila anak nak masuk umur 2 tahun ni. Sekarang Aileen pun tengah lalui fasa ni, ada masa dia ikut cakap mummy, ada masa dia lepaskan marah atau buat perangai.
Tapi parents kene tahu yang anak marah atau buat perangai bukan sebab dia nak buat, tapi itu cara dia nak tunjuk dia ‘ada’ dalam dunia ni. Simple nya, dia nak tunjuk dia boleh independent. Kunci nya sabar kalau anak masuk phase ni (walaupun mummy kadang2-kadang hilang sabar.)
So mummy letak Aileen dalam box yang muat-muat dia, bagi dia conteng dinding kotak dengan water colour! Pheeewww, mesti ni yang mommies semua fikirkan – selamat dinding rumah hahaha.
Kenapa mummy bagi dia mewarna?
1) Elok dia nak lepaskan luahan emosi.
Kotak tu as medium dia nak lepas geram ke apa ke. Even colouring book also do helps.
2) Anak fokus!
Anak berimagine nak lukis, nak conteng. Aileen setengah jam jugak duduk dalam tu sambil mummy masak kat dapur. Sempat lah siap lauk untuk daddy.
3) Latih fine motor skill anak, kawal coordination tangan dan mata. Sangat bagus!
4) Belajar kenal warna.
5) Bonding dengan parents. Parents boleh join mewarna sekali.
6) Tingkatkan kreativiti anak! Buat anak lagi pandai nanti. InsyaAllah.
7) Paling penting, kena guna washable water colour and non toxic ye mommies daddies. Kalau tak sengeh nak menggonyoh baju & badan deme. Kalau kene mozek and dinding pon senang basuh. Mummy guna Crayola Washable Water Colour, gambar dia ada mummy attach skali kat bawah ye.
Ok nanti jangan lupa cari kotak hehe…
Kredit: Aein Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...