Stimulasi memperkuat otot leher bayi adalah salah satu penilaian terhadap kemajuan perkembangan motor kasar bayi untuk melihat kemampuannya dalam menggerakkan dan mengangkat kepala.
Gerakan mengangkat kepala bermula pada kedudukan 45 darjah, sehingga bayi mampu mengangkat kepalanya secara tegak disertai kedua-dua lengan dalam kedudukan lurus.
Untuk mengimbangi pergerakannya, diperlukan otot leher yang kuat. Terdapat dua stimulasi yang boleh merangsang bayi anda
Meniarapkan bayi
Ads
Apabila bayi sudah boleh meniarap anda boleh melakukan stimulasi ini. Anda boleh ikut meniarap bersama bayi dan berada pada posisi berdepan dengannya. Cara ini akan memberi semangat kepadanya.
Anda boleh menunjukkan pelbagai ekspresi wajah anda yang lucu dan gembira. Secara tidak langsung bayi akan seronok dan belajar mengenal variasi mimik muka yang anda tunjukkan padanya. Selain untuk menguatkan otot leher ia antara aktiviti yang boleh mengukuhkan kasih sayang.
Letakkan benda bersaiz besar dan warna cerah berjarak kira-kira 30 cm di hadapannya. Gerakkan benda tersebut perlahan-lahan, bermula dari bahagian tengah tubuhnya, lalu ke kiri, dan kanan. Sebelum itu, fokuskan dulu benda di depan mata si kecil, lalu gerakkan perlahan-lahan ke kiri sampai hujung telinga kiri, kemudian gerakan kembali benda ke bahagian tengah tubuh, lalu mula digerakkan ke arah kanan. Demikian seterusnya sampai bayi lancar mengikuti benda yang anda gerakkan.
Amati respon kepalanya. Bila ia tidak mampu mengikut arah gerakan benda, perlu berhati-hati sama ada penglihatannya bermasalah atau tidak. Mungkin kerana ada gangguan pergerakan matanya yang tidak teratur. Bila ini terjadi, sebaiknya rujuk dengan doktor mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi suka senyum setiap hari petanda dia membesar dengan baik, cepat mesra. Bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa, melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa.
Perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.
Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
BEBERAPA KAJIAN MENYATAKAN BAYI YANG KURANG MENDAPAT STIMULASI, KHUSUSNYA STIMULASI SOSIAL, AKAN LEBIH SUSAH DAN JARANG TERSENYUM DIBANDINGKAN DENGAN BAYI YANG DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG HARMONI DAN PENUH KASIH SAYANG.
Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat.
Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana beliau menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya.
Beliau yang sering berkongsi tentang tip keibubapaan menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya, Sheikh Adam & Sheikh Noah. Kata beliau, ia baik untuk memori dan sebaik-baiknya dilakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik.
Terdapat beberapa tema yang digunakan seperti warna, bendera negara, haiwan, perkataan dan lain-lain. Ia adalah untuk memahatkan perkataan di dalam memori. Ia sudah dilakukan beliau kepada dua anak perempuannya, Bella & Tasha.
Dari lahir sehingga usia 3 bulan, kad imbasan hitam putih pilihan yang baik untuk penglihatan. Bagi usia 2 tahun ke bawah, lakukan dengan cepat kerana daya tumpu anak singkat. Lakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik selama seminggu.
Dalam masa yang sama ibu bapa perlu memastikan anak selesa, dalam keadaan yang tidak lapar & mood yang baik. Tak perlu soal mereka, hanya bacakan kerana tujuannya ialah mengingati perkataan itu.
Untuk perkataan, abjad & bahasa asing, bacakan dengan kuat dengan nada yang melucukan. Berhenti bila anak kelihatan bosan.
Keputusannya akan dilihat pada masa akan datang. Ia akan meningkatkan daya tumpu, fokus dan stimulasi otak.
Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan kad imbasan kepada Adam & Noah. Tajuk yang dipilih ialah anatomi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hunny Madu mohon doa daripada semua untuk anaknya Adam Musa yang melalui pembedahan major kerana sakit jantung sejak lahir.
Hunny Madu telah berkongsi di aplikasi Instastory pada Instagram mengenai keadaan anak keduanya , Adam Musa sejak dilahirkan, didiagnosis complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan keadaan Hunny sendiri selepas bersalin. Beliau turut memohon titipan doa untu anaknya yang bakal melalui pembedahan (yang berlangsung hari ini). Berikut ialah perkongsian Hunny;
Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda tentang keadaan jantung Adam tetapi sejujurnya saya tidak tahu bagaimana dan rasa sebak bila berfikir atau bercakap tentangnya. Tetapi saya selalu ke depan dengan berani, saya tidak menangis. Saya pilih untuk sentiasa fokus pada sudut positif, fokus kepada karier dan mengalihkan perhatian saya tetapi jauh di sudut hati saya tahu saya perlu kuat untuk Adam Musa.
Bayangkan, saya mengetahui tentang keadaan jantungnya (Adam Musa) sehari selepas kelahirannya. Dia terpaksa dikejarkan dengan menaiki ambulans ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan atau kami akan kehilangannya dalam masa 24 jam. Saya ketika itu masih dalam kesakitan selepas proses bersalin terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana kebanyakan orang disekeliling mengatakan saya tidak perlu berjalan( kerana baru bersalin). Tidak lama selepas itu, Adam Musa memulakan rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN). Terima kasih kepada Uncle Zarul. Di IJN, bayi saya ini telah diberikan diagnosis. Adam telah didiagnosis sebagai mempunyai complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan perlu melalui dua lagi pembedahan major selepas prosedur ini.
Adam hanya dibawa pulang ke rumah selepas dua minggu dan perasaan saya sedikit janggal. Saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana tidak pernah bercerita tentang perkara ini kepada anda semua. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkongsi hal ini dengan kalian. Saya berharap agar rakan-rakan semua mendoakan Adam Musa.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah kami diberitahu tentang keadaan Adam semasa Adam berada di nurseri hospital bersama bayi-bayi lain. Saya terfikir, kenapa Tuhan memilih Adam dan bukannya bayi lain? Hal ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa pun. Saya bersyukur kerana saya tidak lagi terfikir begitu dan tahu Adam terpilih untuk mengharungi ujian ini. Saya selalu terbayangkan masa depan Adam- keadaan Adam nanti apabila berkahwin, tamat pengajian. Jika diberikan pilihan untuk menukar Adam dengan bayi lain, saya masih memilih Adam Musa.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.