Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?
Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!
Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.
Ads
Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.
Ads
p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu
Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi. Namun adakah ibu-ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin?
1 jam pertama
Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun ceaserean, sentuhan kulit ke kulit perlu diusahakan antara ibu dan bayi. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, purata kejayaan dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif 6 bulan adalah tinggi. Sentuhan kulit ke kulit boleh dilakukan dengan cara meletakkan bayi di atas dada ibu dalam masa sejam sebaik saja kelahiran untuk biarkan bayi kenal bau ibu dan bayi akan lebih bertenang. Daripada sentuhan kulit ke kulit ini, hormon oksitosin akan dihasilkan. Rembesan hormon oksitosin atau dikenali dengan hormon cinta pada ibu akan untuk membuatkan rasa cinta dan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan.
Teknik ini juga membantu ibu mengeluarkan kolustrum (susu yang penuh dengan antibodi) seawal sejam selepas kelahiran. Kolustrum merupakan susu yang sangat bagus untuk melindungi usus bayi baru lahir. Ia memiliki antibodi dan imunisasi yang sangat tinggi.
Sentuhan kulit ke kulit
Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi dilakukan dengan menggunakan cara ibu kanggaru (kangaroo mother care). Ia boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir termasuk bayi pramatang.
LANGKAH 1
Posisi penyusuan selepas kelahiran.
LANGKAH 2
Lekapan bayi di payudara.
Rooting reflex
Adakah ia normal bagi ibu yang terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dibersihkan. Dengan usaha ini, kadar kejayaan penyusuan secara eksklusif enam bulan adalah tinggi sekiranya bayi disusukan lebih awal iaitu semasa proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan.
Rooting reflex iaitu refleks semula jadi bayi baru lahir masih kuat ketika ini. Apabila diletakkan di atas dada ibu, bayi dengan sendirinya menggerakkan kepala kepada kawasan tampuk hitam (aerola) ibu dan dengan sendirinya melekap dan melakukan hisapan (suckling) pada payu dara ibu. Ia juga dikenali sebagai breast crawl.
Pelan kelahiran
Justeru, amat mustahak bagi ibu memberitahu pihak hospital (sekiranya hospital bukan rakan bayi) bahawa anda ingin menyusukan bayi sejurus selepas bersalin. Penyediaan pelan kelahiran yang akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang. Nyatakan di dalam pelan kelahiran bahawa anda mahu sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan menyusukan bayi seawal sejam kelahiran tidak kira kelahiran secara normal ataupun pembedahan caesarean.
Namun bagi kelahiran secara pembedahan caesarean, pengambilan bius epidural memberi kesan yang kurang baik kepada bayi. Bayi selalunya akan berada dalam pengaruh ubat sebaik sahaja kelahiran. Dalam keadaan begini, hisapan bayi akan menjadi agak lemah dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu dimulakan lambat. Diharapkan informasi ini memberi peluang kepada ibu bersedia dari segi mental dan fizikal dan memberikan gambaran jangkaan
5 sebab mengapa penyusuan susu ibu perlu diberikan selepas kelahiran
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa sedang hamil, ibu tidak perlu gusar memikirkan tentang susu badan. Tidak perlu buat stok susu untuk bayi yang bakl dilahirkan. Ia hanya akan menyebabkan rasa stres yang membuatkan kehamilan anda terganggu.
Menurut Pembimbing Penyusuan, Nor Azura, tiada keperluan untuk mengepam susu badan dalam tempoh kehamilan. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi kerana kontraksi awal mungkin akan tercetus.
Ikuti penjelasan lanjut mengenai hal ini.
PAM UNTUK ADAKAN SUSU SEBELUM BERSALIN?
Acapkali saya terbaca soalan dari ibu hamil atau saranan dari orang lain untuk mengepam semasa hamil kononnya untuk mengadakan susu semasa hamil lagi,tapi yang saran pun tak pernah buat benda tu.Saya nak ingatkan,
Dan tolong jangan suggest kat orang lain untuk pam masa dia pregnant ya.Ia boleh mencetuskan kontraksi awal pada si ibu dan boleh merbahayakan si ibu dan bayi.
Tiada keperluan untuk hasilkan atau keluar susu sebelum anda hamil.Bayi yang akan minum susu tu pun dalam rahim lagi,jadi kenapa nak risau susu belum keluar,bukan.
Yang penting,selepas lahir segera susukan bayi,susukan dengan kerap,pastikan lekapan baik,pelbagaikan posisi menyusu,perhatikan cara bayi menyusu,kenalpasti cara bayi cukup susu dan sebagainya.
SUSU TAK KELUAR MASA PREGNANT,PERLU RISAU TAK?
Wanita yang hamil kerap menjadi sasaran penjual milkbooster kononnya produk mereka harus diambil seawal si ibu hamil lagi bagi memastikan si ibu mampu menghasilkan susu atau penting untuk mereka mengambil produk tambah susu sejurus melahirkan.
Wanita yang saya kasihi,Tuhan menjadikan tubuh kita ni unik dan lengkap dengan sistemnya sendiri..Tuhan berikan kita hormon yang pelbagai dan tiap satunya ada fungsi di setiap fasa kita lalui.
Hormon Progesteron tinggi semasa kehamilan kerana ia diperlukan semasa proses ini dan ia berfungsi menghalang prolaktin untuk menghasilkan susu lebih banyak.Progesteron dirembeskan dari Plasenta atau Uri.Jadi,tak perlu risau jika anda sudah mencapai penghujung kehamilan,tapi susu masih belum keluar.
Kerana itu juga tidak hairan jika wanita hamil yang masih susukan anak,susunya boleh berkurangan atau kering walaupun demand vs supply diteruskan,ini kerana hormon kehamilan bertentangan dengan hormon menyusukan.Jika mahu menyusukan bayi hingga dua tahun,sila rancang kehamilan anda.
Apabila selesai proses melahirkan,uri juga sudah dikeluarkan.Ketika ini badan akan mengalami proses penurunan hormon Progesteron yang mendadak.Tiada lagi penghalang bagi hormon Prolaktin untuk dirembeskan,iaitu Progesteron tadi.
Maka susu akan keluar juga untuk bayi anda walaupun anda tidak mengambil sebarang produk.Kuncinya,silalah susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan.Rangsangan dari mulut kecil bayi ini sangat Powerful,ia RANGSANGAN TERBAIK sekali bagi payudara anda.
Dia beri bayi kita mulut kecil mungil tapi sangat berkuasa untuk mengeluarkan susu dari payudara. Dia beri kita proses hamil dan melahirkan,Dia juga berikan kita sistem dan hormon untuk tubuh kita menghasilkan susu secara semula jadi.
Hebatkan Sang Pencipta kita?
Jadi apa perlu kita buat semasa hamil ni?
Banyakkan membaca,hadiri kelas penyusuan,fahamkan proses kehamilan dan menyusukan. Banyak lagi kita perlu belajar selepas bayi dilahirkan nanti. Tarik suami sekali untuk sertai dan belajar sama-sama.