Jangan Suka-Suka Bagi Anak Pegang Menu Restoran. Ada Hampir 200,000 Bakteria Lekat Di Situ

Share

Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?

Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!

Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.

Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.

p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu

Sumber: theproparenting.com

IKLAN