Sebelum kembali bekerja selepas bersalin ibu-ibu akan mula sibuk untuk buat stok susu anak untuk ditinggalkan pada pengasuh atau pihak taska.

Bagi ibu yang ada rezeki susu banyak, nak buat stok tiada masalah. Kadang tu dah penuh bahagian sejuk beku sebelum masuk kerja.

Cuma yang jadi masalahnya ramai ibu terutama yang mungkin baru dapat anak pertama belum mahir nak mengendalikan stok susu EBM untuk dihantar ke pengasuh. Perkongsian dari Puan Afiqqah Sani ini sangat mudah dan boleh membantu.

Label Nombor Di Botol Susu Sebelum Hantar Pengasuh. Susu Mudah Dipanaskan, Tak Rosak

Persediaan Penyediaan EBM ke Rumah Pengasuh

Cara ini adalah rutin harian saya, ibu-ibu boleh gunakan sebagai rujukan sekiranya bersesuaian

Pengasuh adalah insan yang menggantikan peranan ibu bapa menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja, oleh itu amatlah baik sekiranya kita memudahkan urusan beliau untuk menjaga anak kita

Mudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita juga dimudahkan

1) Cairkan Ebm malam sebelumnya

? Sekiranya anda menggunakan Frozen Ebm, boleh lah keluar kan Ebm tu malam sebelumnya, contoh pukul 10 malam, keluar kan dari Frozen ke chiller untuk dicairkan
? Sekiranya belum cair sepenuhnya, rendam dalam air paip atau letakkan di bawah aliran air mengalir

2) Sukat susu siap-siap

? Sukat susu mengikut feeding anak dan masukkan dalam botol feeding
? Saya berikan bekalan anak 2oz× 7 botol, alhamdulillah mencukupi, kebiasaannya hanya menggunakan 5/6 botol sahaja

3) Sediakan botol dengan saiz dan puting yang bersesuaian

? Saya menggunakan botol feeding 2 Oz dengan cap, slim neck, setiap botol ada puting sendiri
? Kebiasaannya botol feeding 2 Oz beserta cap banyak yang slim neck, wide neck biasa untuk storage, dan tiada cap
? Jika tak dapat sediakan setiap botol dengan puting, pilih botol feeding dengan saiz kepala yang sama, agar pengasuh boleh tukarkan kepala sahaja

Label Nombor Di Botol Susu Sebelum Hantar Pengasuh. Susu Mudah Dipanaskan, Tak Rosak

4) Nomborkan botol mengikut aturan

? Ini memudahkan pengasuh untuk memberikan bayi susu mengikut aturan
? Kenapa kena nombor? Sebab susu untuk bekalan anak ada yang fresh, ada yang chill, ada yang Frozen
? Jika menggunakan susu fresh dan chill sahaja, tiada masalah, kerana lebihan botol boleh disimpan dalam chiller semula untuk kegunaan esoknya
? Jika menggunakan susu Frozen, tidak boleh disimpan semula dalam chiller
? Susu Frozen hendaklah dihabiskan dalam tempoh 24 jam
? Jadi nombor itu untuk memastikan anak anda minum susu yang masih dalam aturan masa yang dianjurkan

5) Letakkan botol feeding di dalam cooler bag atau cooler box dengan bilangan ice brick atau ice pack yang mencukupi

? Jadi kita tidak perlu menggunakan peti ais di rumah pengasuh
? Pengasuh tinggal untuk suamkan sahaja dan gunakan bekalan mengikut aturan nombor tersedia

⬛ Cara penomboran botol bekalan anak

? Contoh, jika anda menyediakan 7 botol, anak ditinggalkan di pengasuh dari pukul 7.30 pagi hingga 6.30 petang

Botol 1 Fresh
Botol 2 Frozen
Botol 3 Frozen
Botol 4 Frozen
Botol 5 Chill
Botol 6 Chill
Botol 7 Fresh

Sekiranya susu di botol 5,6,7 tidak habis, maka boleh digunakan semula, kerana susu itu adalah susu fresh (baru diperah) atau susu chill , yang mana bertahan 3-5 hari

Jika susu di botol 5,6,7 susu Frozen, perlu habis kan dalam tempoh 24 jam, bayang kan susu itu telah dicairkan pukul 10 malam sebelumnya, jadi perlu dihabiskan sebelum pukul 10 malam hari berikutnya

Label Nombor Di Botol Susu Sebelum Hantar Pengasuh. Susu Mudah Dipanaskan, Tak Rosak

Penomboran di atas hanya sekadar rujukan, ibu-ibu boleh bekalkan anak mengikut kesesuaian dan keselesaan, nak yang awal frozen pun boleh, nak bagi semua chill pun boleh, cuma 1/2 botol terakhir elakkan frozen bagi mengelakkan dari pembaziran susu.

Ada anak yang demand tidak terlalu tinggi, jadi agak sayang dan membazir susu itu jika tidak digunakan sehingga habis

Ada anak yang sekiranya ibu telah ada, maka hanya mahu direct feeding, tidak mahu lagi minum susu menggunakan botol, jadi penomboran itu penting supaya dapat mengelakkan pembaziran

Sumber: Afiqqah Sani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI