
Kalau tanya mana satu rahsia paling besar nak anak jadi bijak, cerdas dan cergas, jawapannya bukan pada pemakanan tambahan yang bermutu tinggi, bukan juga pada kelas tambahan mahal-mahal. Ia bermula dengan satu perkara paling asas, tetapi paling ramai ibu bapa terlepas pandang cara kita bercakap dengan anak bila emosi sedang memuncak.
Ramai rasa menengking itu normal. Kononnya tanda ambil peduli. Sedangkan tanpa sedar, suara yang meninggi, nada yang keras dan emosi yang meletup-letup itu sedang mematikan potensi anak sedikit demi sedikit.
Kenapa Jangan Tengking Anak?
Masalah utama dalam dunia keibubapaan hari ini ialah kekeliruan antara mendidik dan melepaskan emosi. Garang disangka tegas. Marah dianggap mendidik. Tengking pula dibungkus atas nama disiplin.
Sedangkan hakikatnya, jangan tengking anak kerana kesannya bukan sekadar emosi, tetapi turut melibatkan perkembangan otak dan keupayaan berfikir mereka.
Kesan Tengking Terhadap Perkembangan Anak
Kanak-kanak yang kerap ditengking bukan menjadi lembab kerana tengkingan itu semata-mata, tetapi kerana vibes emosi yang dihasilkan. Emosi negatif yang berulang akan membuatkan anak semakin hilang keupayaan berfikir, sukar membuat keputusan dan akhirnya menjejaskan pembentukan identiti diri.
Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dirawat, ia boleh menjadi fasa awal kepada masalah kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.
Perkongsian Abu Hainan ini boleh dijadikan panduan bersama untuk ibu bapa: fahami perbezaan ini supaya cara didikan kita selari dengan perkembangan anak, terutamanya 7 tahun pertama kehidupan mereka. Ia seperti berikut:
Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.
Iaitu elakkan TENGKING anak. Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Kanak-kanak akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.
Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.
Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada org yang pendiam tp tegas. Ada org oenakut tetapi tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.
Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan nabi saw. Orang yang awal memeluk islam diusia muda. Orang yang memimpin umat Islam dikala suasana perit.
Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org paling hampir kepada Nabi Muhmmad SAW. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina ali ra pesan
” Didik anak 7 tahun pertama sbg raja ”
Macam mana ko layan raja? Ada ko tengking raja? Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.
Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.

Tak kisah lah ko bagi fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yang terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak-anak.
Hannah panggil aku. Nti sambung…
If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.
Stop Tengking Anak Mulai Hari Ini
Jika benar ibu bapa mahukan anak yang mudah menghafal, cepat membaca, pantas mengira dan stabil emosinya, maka langkah pertama ialah berhenti menengking.
Mulakan hari ini. Stop tengking terus. Didikan yang tenang bukan tanda lemah, tetapi bukti kekuatan jiwa seorang ibu bapa.
Sumber: Abu Hannah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





