Baguskah anak cepat berjalan? Mampu berjalan merupakan pencapaian yang besar buat bayi. Apatah lagi untuk bayi yang belum menginjak usia 1 tahun. Walau bagaimanapun, bayi perlu melalui proses merangkak yang betul sebelum mula berjalan.
Tak pernah saya sangka 2 peralatan yang memudahkan kerja saya sehari-hari, rupanya menjadi tindakan yang amat saya sesali. Waktu usia 3 bulan lagi, anak sulung saya diletakkan di dalam rocker. Bila dia mula pandai duduk, saya beralih ke walker. Jarang sekali dia diletakkan di atas lantai.
Kami terlalu menjaga. Takut sangat anak terkena kotor di lantai. Takut dia mengutip taik cicak. Takut dia main plug. Takut dia mencapai barang perhiasan kaca. Semua benda nampak bahaya. Tanpa saya jangka dan sedar, tidak menggalakkan dia meniarap di lantai itu lebih bahaya.
Bukan tak pernah meniarap. Adalah untuk beberapa ketika. Bila saya ada senggang waktu, saya mengadapnya. Kalau sibuk bekerja, walker dan roker lah tempatnya. Kalau tidak, terpaksa lah lengan sendiri menampung dia.
Fasa mengesot dia agak lambat. 8 bulan baru bermula. Pada usia 10 bulan, dalam keadaan merangkak yang belum sempurna, dia sudah mula berjalan.
Ads
Bagi saya ia pencapaian yang sangat membanggakan! Maunya tidak. Anak lain yang seusianya masih merangkak. Anak saya tak sempat merangkak betul, dah terus berjalan. Fuh!
Tapi bangga saya tak lama. Bila saya ke kelas, seminar dan berjumpa dengan orang yang ahli dalam bidang perkembangan kanak-kanak, barulah saya tau skip merangkak atau merangkak tak cukup tempoh bukanlah petanda yang baik. Kalau tidak kerananya, sampai ke sudah saya tak tau penggunaan rocker dan walker secara berlebihan ni satu dosa besar yang tak patut mak ayah buat.
Kenapa tak boleh skip merangkak dan perlu merangkak dalam tempoh yang cukup?
Setiap perkembangan anak, adalah indikasi perkembangan otaknya. Skip fasa perkembangan bermakna skip juga pertumbuhan otak. Belum siap bahagian otak Mamalia, otak Neocortex tak menyempat nak berkembang.
Dalam otak Mamalia, ada Amygdala di dalamnya. Amygdala tugasnya di dalam otak sangat berat. Dialah yang mengawal kemasukan kortisol bila otak mengalami stress. Senang cerita, otak mamalia ini sangat penting dalam mengawal emosi.
Bayangkan bila kilang yang beroperasi mengurus emosi ni tak sempat siap! Maka kita akan lihat anak-anak yang mudah meltdown, kurang keupayaan untuk mengawal stres, mudah mengamuk kepada perkara kecil dan tantrum seperti kanak-kanak 2 tahun walaupun dah berusia 6 tahun.
Ads
Jadi, jangan tergopoh-gopoh suruh anak berjalan awal. Biar anak habiskan 7-12 bulan itu untuk merangkak. Tapi kalau anak sendiri memang berjalan awal, jangan sedih.
Berita baiknya, kita sentiasa boleh patah balik untuk topup perkembangan anak yang tercicir. Kalau dia cepat berjalan, perbanyakkan buat aktiviti atau permainan yang memerlukan anak merangkak. Untuk galakkan dia merangkak, kita turut sama ikut serta anak merangkak. Main lumba merangkak, lalu bawah meja, lalu dalam tunnel mainan dan sebagainya.
Sebelum anak berjalan, rupanya kita mak ayah kena betul-betul pastikan fasa merangkapnya dah cukup. Dari merangkak macam ulat bulu, ke komando, sampailah anak dah boleh merangkak dengan gerak silang yang betul.
Ibaratnya, selagi tak gerak silang, jangan bagi lesen besar untuk berjalan.
Ads
Kebaikan merangkak yang lain adalah:
1. Ia membantu memperkuatkan otot-otot badannya, terutama bahu, kaki dan perut.
2. Bila merangkak, mata mereka meliar. Ia membantu meransang otot mata. Anak juga akan belajar menggapai objek di persekitran, yang mana ia baik untuk koordinasi tangan-mata serta kebolehan anak mengagak jarak objek serta ruang persekitaran yang diterokai.
3. Bila merangkak, tangan, kaki malah badan mereka menyentuh permukaan. Tak kira permukaan karpet, tanah, rumput atau apa jua tekstur. Tekstur yang pelbagai ini akan meransang deria sentuhannya.
4. Meransang koordinasi otak kanan dan otak kiri. Ini sangat–sangat penting untuk badan anak bekerja secara keseluruhan (bilateral , cross literal dsb). Ia sangat membantu dalam pergerakan asas yang melibatkan kemahiran manipulatif yang lain. Contohnya dalam aktiviti menggunting. Kanan memegang gunting, kiri untuk adjust kertas yang digunting.
Malah dalam aktiviti seperti berlari, memanjat dan bersenam juga memerlukan koordinasi kiri dan kanan badan, yang mana kedua-dua otak perlu berintegrasi.
Dalam soal perkembangan anak-anak, kita tak perlu terlalu memaksa untuk anak mencapai tahap yang kita inginkan. Ada kanak-kanak yang cepat dan ada yang lewat sedikit. Walau bagaimanapun, sekiranya kelewatan perkembangan mencapai ke tahap ‘red flag’, dapatkan bantuan pakar dan bantulah anak untuk mendapatkan stimulasi yang cukup.
Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa ‘down’ dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.
Biar sedikit tetapi mencukupi untuk bayi kita. Dietition Fizah Sobri berkongsi sebab bayi menangis dan bukan hanya disebabkan susu tak cukup semata-mata. Teruskan menyusu tanpa putus asa.
“Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je” Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang.
“Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu”.
Meh sini nak habaq, ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke? Ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis. Antaranya:
1. Tidak berasa secure/selamat
Dah 9 bulan lebih duduk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut. Antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure.
2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas. Kalau mommy sejuk baby pun sejuk. Bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri, baby macam mana nak cakap? Menangis je la ye.
3. Mengantuk
Kena angkat sini, pass ke sana. Kena cubit pipi, kena cium satu muka. Macam mana si manja nak tidur? Mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan. Baby lagila kan.
4. Sakit
Sakit kena gigit nyamuk ke, sakit bedung ketat sangat ke, sakit tersilap saiz diaper ke mesti baby nangis.
Ada banyak sebab selain lapar susu na. Mommies dont give up bila ada yang kata suruh tambah susu botol anak tak cukup minum susu badan.
Susu ibu sangat special dan supply mengikut demand baby, bukan kita tentukan.
Jika baby berat naik, berak tak sembelit, kencing kerap dan bukan kuning pekat, you are on the right track.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimanapun, Bellaz memberitahu jika ambil gambar dari posisi bawah memang akan nampak dagu berlapis itu sedangkan hakikatnya tak. Itu adalah dagu Aisywara yang runcing.
Kongsi Bellaz lagi, boleh dikatakan muka Aisywara berubah setiap hari dan semakin hari semakin lain mukanya walaupun hari-hari tengok.
“Masyallah, 2 hari tak update makin berlain dah muka tu. Mama Bellaz dah tolong cubit pipi Aisywara Nealofa dah, berjaga awal tak apa adik, jangan lewat-lewat jenuh mama jap lagi. Dagu tu runcingnya jeles aihh, pak seketul,” tulisnya.
“Macam anak mat salleh. Comelnya❤️”
“Masya allah.. ni la yg org ckp cantik dri kecik.”
“Masya Allah..indah sungguh ciptaan Allah!”
“Dagu tu kerlassss, nahhh love ❤️❤️❤️”
“Dah macam baby anak arab + mat saleh”
Semoga Aisywara Naelofa dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. Tak sabar nak tengok Naelofa besar dan melaram dengan kakak dan mamanya. Mana tahu boleh mewarisi bakat mama untuk make up nanti.
Mereka yang selalu gulung, lempar “pampers” anak dari tingkap kereta atau campak ke dalam longkang menjadi punca tersebarnya jangkitan penyakit.
Pesanan peringatan yang dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini patut dijadikan panduan supaya jangan menjadi penyebar virus pelbagai penyakit kepada orang lain.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini , ternyata begitu rendah tahap siviknya… Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air.
Owh ya, sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.
Bukan kena basuh pun, mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul
Cara-cara membuang lampin pakai buang
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka.
4) Masukkan dalam plastik dan ikat.
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya.
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.