Mama yang ada bayi, kena selalu tengok-tengokkan jari tangan dan kaki anak. Lagi-lagi bayi yang dipakaikan sarung tangan dan kaki. Bukan apa, banyak kes yang berlaku, jari tangan dan kaki bayi terbelit benang atau rambut ibu yang gugur.

Nampak macam remeh je kan perkara ni tapi jika ia berlaku mungkin boleh menyebabkan jari anak terpaksa dilakukan pembedahan. Jangan main-main ya mama! Pesanan ini juga turut diingatkan oleh jururawat berpengalaman, Nur Nabila atau mesra dipanggil Bel Nawhen.

Masa bertugas di dewan bedah, saya pernah jumpa kes yang mana benang pada booties bayi terbelit pada jari kakinya. Perkara ni tak disedari pun oleh ibu bapa bayi ni, patutlah bayi meragam sahaja.

Jari Bayi Dah Biru Akibat Benang Sarung Kaki Terbelit! Terpaksa Di Bius & Operate
Gambar Hiasan

Perkara hanya disedari bila nak tukarkan lampin pakai buang si anak tengah-tengah malam. Cuba nak dileraikan tak boleh, jari bayi dah makin membiru sebab tidak ada aliran darah ke jari terlibat.

Terus bawa ke hospital, pembedahan dijalankan segera sebab bimbang jari kakinya mati sebab belitan terlalu kuat. Pembedahan bawah bius penuh dijalankan, belitan rambut dileraikan lepas buat sikit insisi sebab memang dah makan ke isi.

Mujurlah jari dapat diselamatkan. Kondisi ini dinamakan Hair Torniquett Syndrome.

IKLAN

Hair tourniquet syndrome terjadi bila sehelai rambut atau benang boleh terlilit tidak kira di jari kaki atau tangan bayi. Ia terjadi apabila lilitan berkenaan menjadi terlalu ketat dan sukar untuk dilepaskan.

Benda ni boleh jadi pada sesiapa pun. Sebab tu kena jadikan rutin untuk periksa jari anak-anak sepanjang masa.

Jari Bayi Dah Biru Akibat Benang Sarung Kaki Terbelit! Terpaksa Di Bius & Operate

Rambut bila ada gugur, kutip cepat-cepat dan buang. Bila ada benang terjulur keluar dimana-mana pakaian atau selimut anak-anak, buangkan segera.

IKLAN

Selain hair tourniquet syndrome berlaku disebabkan rambut, lebihan benang stocking atau selimut juga boleh sebabkan terbelit pada jari.

1. Buka stocking dan mitten si anak sesekali dan periksa jari-jari kaki dan tangannya.
2. Pilih material sesuai untuk stocking si anak.
3. Jika sudah berbulu atau benang keluar sana sini, buang sahaja.
4. Jika kuku anak panjang, potongkan sebab kuku tu boleh mencari benang stoking dan boleh sebabkan jadi perkara seperti ini.

Jari Bayi Dah Biru Akibat Benang Sarung Kaki Terbelit! Terpaksa Di Bius & Operate 5. Rambut yang panjang pun boleh jadi punca terbelit rambut kat jari kaki dan tangan si anak. Ada rambut bersepah tu, buang elok-elok.
6. Pastikan tempat tidur si anak selamat dari benda-benda boleh menjerut jari kaki dan tangannya.
7. Periksa material pakaian anak-anak dari semasa ke masa untuk elakkan risiko berlakunya perkara ini.

IKLAN

Oleh itu, selain anak menangis kerana kembung perut, kelaparan atau rasa tidak selamat, anak juga menangis kerana kejadian ini.

Kredit: BelNawhen (Jururawat Terlatih)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Jari Bayi Dah Biru Akibat Benang Sarung Kaki Terbelit! Terpaksa Di Bius & Operate

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI