Ads

Jari Bayi Terpotong Ketika Proses Discaj, Insiden Cemas Jadi Peringatan

Tiada ibu ayah menyangka hari yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan membawa anak pulang dari hospital bertukar menjadi pengalaman cukup mencemaskan apabila jari bayi terpotong ketika proses discaj.

Seorang bayi berusia setahun di Thailand dilaporkan mengalami kecederaan serius apabila sebahagian jari telunjuk kanannya terpotong secara tidak sengaja ketika kakitangan hospital sedang membuat persiapan untuk membenarkannya pulang.

Insiden berkenaan berlaku di Hospital Loengnoktha Crown Prince ketika seorang pembantu jururawat lelaki menggunakan gunting untuk menanggalkan balutan kasa pada tiub intravena atau IV bayi berkenaan.

Kakitangan terbabit dipercayai tidak menyedari kedudukan jari si kecil yang berada berhampiran balutan ketika ia dipotong.

Walaupun kejadian ini diluar negara, namun ia harus dijadikan pengajaran agar kejadian seumpaman ini tidak terjadi bagi memastikan keselamatan bayi ketika di hospital.

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Jari Bayi Terpotong Ketika Sepatutnya Pulang Selepas Sembuh

Jari Bayi Terpotong Ketika Proses Discaj, Insiden Cemas Jadi Peringatan

Sebelum kejadian, bayi terbabit dilaporkan telah dimasukkan ke hospital sejak 2 September bagi menerima rawatan akibat jangkitan saluran pernafasan dan gastrousus.

Ads

Selepas keadaan kesihatannya bertambah baik dan disahkan pulih, keluarga sepatutnya membawa si kecil pulang pada Jumaat.

Bagaimanapun, proses menanggalkan peralatan rawatan sebelum discaj bertukar menjadi detik yang cukup mengejutkan buat keluarga berkenaan.

Menurut ibu mangsa menerusi perkongsian di Facebook, sebahagian jari telunjuk anaknya didakwa terputus dan terjatuh daripada balutan selepas ia dipotong menggunakan gunting.

Bayi itu kemudian diberikan rawatan kecemasan, manakala bahagian jari yang terputus disimpan di dalam bekas berisi ais sebelum dibawa ke Hospital Sunpasitthiprasong di Ubon Ratchathani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pakar bedah plastik dilaporkan telah menjalankan dua pembedahan terhadap bayi berkenaan bagi menyambung semula bahagian jari yang terputus.

Bagaimanapun, perkembangan dan keberkesanan prosedur berkenaan masih dalam penilaian doktor.

Hospital Mohon Maaf, Pembantu Jururawat Digantung Tugas

Susulan insiden jari bayi terpotong itu, pihak pengurusan hospital tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Ads

Pembantu jururawat yang terlibat turut digantung tugas sementara menunggu siasatan penuh berhubung kejadian tersebut selesai.

Hospital berkenaan juga memberi jaminan bahawa kos rawatan, perjalanan serta proses pemulihan bayi itu akan ditanggung selain pampasan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa.

Jari Bayi Terpotong Jadi Peringatan, Prosedur Kecil Pun Perlu Dilakukan Dengan Berhati-Hati

Jari Bayi Terpotong Ketika Proses Discaj, Insiden Cemas Jadi Peringatan

Insiden ini boleh menjadi peringatan bahawa apabila melibatkan bayi dan kanak-kanak kecil, prosedur yang kelihatan rutin sekalipun tetap memerlukan perhatian penuh.

Bayi belum mampu memahami arahan seperti orang dewasa dan boleh menggerakkan tangan atau badan secara tiba-tiba. Sebab itu, setiap prosedur yang melibatkan alat tajam atau kawasan berhampiran anggota badan perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati.

Bagi ibu ayah pula, tidak salah untuk berada dekat dengan anak ketika prosedur dilakukan sekiranya keadaan mengizinkan. Sekiranya anak kelihatan terlalu aktif, menangis atau banyak bergerak, maklumkan kepada kakitangan perubatan supaya prosedur dapat dilakukan dalam keadaan lebih terkawal.

Ads

Ibu ayah juga boleh bertanya apa yang sedang dilakukan kepada anak dan memaklumkan sekiranya terlihat sesuatu yang dirasakan kurang selamat.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Jari Bayi Terpotong Ketika Proses Discaj, Insiden Cemas Jadi Peringatan

Ini bukan bermaksud ibu bapa perlu mencurigai setiap rawatan yang diberikan. Sebaliknya, komunikasi antara penjaga dan kakitangan kesihatan boleh membantu memastikan proses rawatan berlangsung dengan lebih baik, terutama apabila pesakit masih terlalu kecil untuk bersuara bagi dirinya sendiri.

Apa yang berlaku kepada bayi ini pastinya sesuatu yang tidak pernah dibayangkan keluarganya. Diharapkan si kecil diberikan kesembuhan sebaiknya dan proses pemulihannya berjalan lancar.

Dalam masa sama, kejadian jari bayi terpotong ini menjadi peringatan kepada semua bahawa keselamatan kanak-kanak perlu sentiasa menjadi keutamaan, walaupun ketika melakukan prosedur yang dianggap mudah dan biasa.

Sumber: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Susu Ibu Jadi Serbuk, Usaha Hebat Suami Isteri Elak Stok Membazir

Freeze-dry susu ibu jadi pilihan Shafiqcute dan isteri untuk mengurus lebihan stok susu. Ketahui pengalaman mereka serta teknologi yang digunakan.