Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu. Wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan ia masih tidak dapat dikeluarkan.
Jarum Tertinggal Ketika Bersalin, Wanita Menderita 18 Tahun
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pendedahan itu dibuat pada 5 November di laman web rasmi Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita iaitu sebuah pertubuhan bukan keuntungan di Thailand yang bertujuan membantu mangsa penderaan, termasuk rogol, gangguan seksual dan perdagangan manusia.
Yayasan itu berkongsi bahawa pihaknya menerima surat daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang tinggal di Narathiwat, sebuah wilayah di selatan Thailand dengan namanya tidak didedahkan.
Wanita itu meminta bantuan mengenai kesilapan perubatan yang berlaku 18 tahun lalu ketika dia bersalin di sebuah hospital.
Semasa proses bersalin, kakitangan perubatan secara tidak sengaja menjatuhkan jarum ke dalam alat kelaminnya, namun gagal mengeluarkannya.
Bimbang mengenai pendarahan yang berlebihan, mereka memilih untuk menutup luka itu dan meninggalkan jarum di dalamnya.
Sejak itu, wanita itu mengalami sakit perut yang tidak tertanggung olehnya.
Dia tidak menyedari kejadian itu sehinggalah tahun lalu apabila pemeriksaan X-ray di sebuah hospital kerajaan mendedahkan jarum yang tersekat di dalam alat kelaminnya.
Wanita itu kemudiannya dirujuk ke sebuah hospital di wilayah Songkhla untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, prosedur itu ditangguhkan tiga kali disebabkan jarum berkenaan berpindah di bahagian lain di dalam tubuhnya.
Jarum itu masih belum dikeluarkan, memaksanya melawat hospital empat kali sebulan untuk pemeriksaan susulan bagi memantau keadaannya.
Walaupun kebanyakan kos perubatannya dilindungi oleh insurans, dia masih menghadapi tekanan kewangan signifikan daripada kos tambahan.
Ia seperti kos pengangkutan, yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya kerana mereka bergelut dengan masalah kewangan.
Ads
Perkara ini mendorongnya untuk meminta bantuan daripada Yayasan itu.
Setelah menerima permintaannya, yayasan itu bekerjasama dengan sebuah hospital awam tempatan untuk memastikan ketua kampung menemani wanita itu bagi mendapatkan rawatan komprehensif.
Mereka juga menghubungi pejabat keselamatan sosial tempatan untuk mengatur pengangkutan bagi lawatan hospitalnya dan berjanji terus memantaunya.
Butiran mengenai bila jarum itu boleh dikeluarkan dan tempoh rawatan perubatan yang diperlukan oleh wanita berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.
Maklum balas hospital terhadap insiden ini dan sebarang tindakan undang-undang yang mungkin diambil untuk tuntutan pampasan masih belum diperoleh.
Bila memikirkan bagaimana mahu bangun dari katil selepas bersalin secara caesarean, mungkin ramai yang rasa takut. Jangan bimbang, cuba ikuti 5 langkah ini.
Kesan kesakitan akibat daripada pembedahan caesarean akan mula dirasai selepas tempoh enam jam anda dibedah. Kesakitan yang dialami itu menyebabkan anda tidak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri seperti kebiasaannya.
Untuk berganjak sedikit daripada pembaringan pun, memerlukan anda memegang sesuatu ataupun bantuan seorang.
Jadi apa yang patut anda lakukan jika mahu bangun dari katil selepas bersalin secara pembedahan caesarean? Tip ini mungkin boleh membantu.
Enam jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius masih ada dalam tubuh. Ia mungkin boleh membuatkan anda sakit kepala.
Selepas tempoh enam jam, barulah anda boleh bangun. Ketika ini, anda perlu paksa diri untuk bangun dari katil. Hal ini bagus kerana dapat membantu peredaran darah yang lebih lancar.
Langkah #1
Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan atau kiri terlebih dahulu. Gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.
Sokong perut dengan menggunakan tuala yang telah digulung ataupun bantal untuk mengampu bahagian luka pembedahan.
Anda juga boleh gunakan bengkung caesarean (binder) untuk rasa lebih selesa. Ia dapat menyokong bahagian luka pembedahan dengan baik dan memudahkan pergerakan anda.
Langkah #2
Bersedia untuk menjatuhkan kaki anda ke bawah dari katil.
Langkah #3
Dengan mengunakan kekuatan tangan, perlahan-lahan bangun sehingga anda berada dalam posisi duduk.
Langkah #4
Stabilkan diri anda dan bernafas dengan baik. Tunggu sekitar satu atau dua minit untuk memastikan anda tidak pening. Jika anda rasa keadaan baik, bangun perlahan-lahan dan mula berdiri.
Langkah #5
Stabilkan diri anda. Jika tiada rasa pening mulakan langkah anda.
Jalan perlahan-lahan. Tegakkan badan walaupun anda rasa sakit di bagagian pembedahan. Jangan lupa untuk ampu perut anda.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 21 Syawal yang lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isteri yang juga selebriti media sosial, Deena Emir menimang cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan.
Menerusi posting terbarunya pula, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi beberapa foto terbaru si kecilnya yang kini sudah berusia hampir 2 bulan.
Perkongsian foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut memperkenalkan nama ahli keluarga terbaru mereka. Memilih nama Fateema Azzahra, posting tersebut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen.
“Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy
“Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema?
“Membesarlah wahai anakku Fateema Azzahra sebagai umat Islam yang sentiasa taat pada perintah Allah. Itu doa Baba utk anak2 Mummy dengan Baba. InShaaAllah. Titipkanlah doa yang baik2 utk puteri kesayangan kami ni ya. Terima kasih semua,” tulisnya.
Menjenguk ke laman instagram Deena Emir pula, dia turut berkongsi gambar sempena sambutan Aidil Adha mereka sekeluarga. Memilih rona hijau, gambar-gambar yang dikongsi mendapat perhatian ramai peminat.
“Family portrait from us. Selamat Hari Raya AidilAdha to all our followers. Maaf zahir & batin ✨#eidadha2020,” tulisnya.
Malah Deena Emir juga kelihatan anggun bergaya meskipun baru sahaja selesai tempoh berpantang.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: IG Saharul RIdzwan & Deena Emir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama papa mesti seronok bila nampak ada gigi yang mula tumbuh pada si kecil. Tapi bila anak mula nak tumbuh gigi mereka biasanya jadi tak selesa dan menolak untuk makan.
Bila wujud keadaan ini, pastinya mama papa risau apa yang perlu dilakukan supaya si kecil tidak terus merengek dan rasa tidak selesa. Perkongsian oleh Pegawai Pergigian, Dr Iqbal Rosali untuk persediaan ibu-ibu bila anak mula tumbuh gigi boleh dijadikan rujukan.
TEETHING
Mak-mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething?
Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar. Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan.
Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel,
untuk masalah teething?
Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
Elakkan mereka tidur dengan botol susu dan bantu mereka bersihkan gigi setiap hari. Boleh kan?
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.