Seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi. Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
Menurut Syuk, pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
“Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari,” katanya.
Ads
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
Ads
“Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
Ads
“Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal. Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit,” tambahnya.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember 2015 di Sabah dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus ingat bahawa emosi si isteri mula tidak stabil, mudah marah dan bertukar menjadi cerewet.
Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan anda, suaminya. Jadi, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang tanda anda menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat anda.
Panduan yang dinyatakan ini boleh anda guna pakai semasa di dalam bilik bersalin bagi membantu isteri bersalin dengan mudah dan lancar.
1. Beri makan dan minum
Galakkan isteri minum dan makan (jika doktor masih membenarkan) bagi membolehkannya mempunyai tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
2. Urutan muka
Urutan di muka akan membuatkan isteri berasa lebih relaks. Semasa isteri mengalami kontraksi, usap muka dan leher isteri dengan air ataupun tuala lembap.
3. Urutan belakang badan
Urut belakang isteri perlahan-lahan atau jika dia mahukan urutan yang lebih kuat, anda perlu mengikut permintaan isteri.
4. Tuam bahagian belakang
Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah tubuh isteri dengan menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam ataupun botol berisi air suam.
5. Beri kata perangsang
Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai ibu berhadapan dengan rasa stres melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas anak mula menyembur air liur. Adakah ia saling berkait?
Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut. Mengikut mitos orang lama, ia disebabkan terkena air liur bayi, hakikatnya sebenarnya tiada kaitan langsung!
Jururawat, Puan Bel Nawhen berkongsi mengenai persoalan rambut di kalangan wanita semasa hamil & selepas bersalin yang mungkin berlegar dalam masyarakat. Paling parah sekali ialah tidak membasuh rambut selepas bersalin sehingga 40 hari!
SOAL JAWAB TENTANG RAMBUT SEWAKTU HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN
Pada waktu kehamilan ataupun melahirkan akan ada muncul beberapa pertanyaan berkaitan rambut.
Seperti kita tahu, rambut merupakan mahkota kecantikan bagi seorang wanita. Makanya, jika terdapat sedikit masalah berkaitan rambut, adatlah kan kalau kita mencari jalan penyelesaiannya.
Soalan 1 Boleh tak saya mengubah gaya rambut atau mewarnakannya semasa hamil?
Jawapan
Seeloknya elakkan dari melakukan perkara demikian kerana dikhuatiri bahan kimia dari pewarna atau ubatan pengubah gaya rambut itu akan meresap ke dalam pori-pori dan kulit kepala ibu-ibu hamil.
Soalan 2 Benarkah selama kita hamil, ibu hamil tidak boleh potong rambut kerana bimbang bayi akan cacat?
Jawapan
Tidak ada kaitan antara potong rambut dengan bayi yang dikandung. Ia adalah mitos. Ibu hamil boleh sahaja kalau mahu potong rambut. Baru nampak segar dan kemas kan.
Soalan 3 Boleh atau tidak ibu-ibu baru melahirkan dari mencuci rambut. Benarkah ada larangan dari melakukan perkara demikian selama 40 hari?
Jawapan
Ia tidak benar. Sebenarnya, seeloknya ibu yang dalam berpantang terus menjaga kesihatan rambut. Sebenarnya larangan itu adalah bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi selepas melahirkan contohnya mudah pitam kerana dikhuatiri akan jatuh pengsan di dalam tandas. Cuba bayangkan kalau tak dibasuh selama 40 hari? Bau peluh yang terperangkap tu silap-silap akan buat kita pengsan.
Soalan 4 Boleh tak kita mandi selepas bersalin. Tak masuk angin ke dalam badan? Bila waktu yang sesuai untuk mandi?
Jawapan
Selepas melahirkan, kebiasannya badan kita akan cepat melekit dan berbau. Yelah, dah kita guna tenaga kan semasa meneran dan mengeluarkan baby. Memang berpeluhlah semasa meneran tu.
Dengan mandi, badan kita akan berasa segar. Logiknya, badan yang melekit tu akan merimaskan kita kan. Jika tak dibersihkan sisa-sisa peluh atau ketuban bimbang pula kuman mudah menjangkiti kita. Mandi sahaja dengan air suam.
Jika ada larangan bahawa jangan mandi kerap-kerap semasa berpantang, ikutkan sahaja, tetapi sekurang-kurang mandilah sekali sehari dan basuhlah rambut selang 2/3 hari sekali. Saya sendiri mandi dan membasuh rambut saya kerana mahukan keselesaan dan kesegaran. Kemudian, keringkan rambut dengan sempurna.
Soalan 5 Benarkah air liur yang disembur oleh bayi akan menyebabkan rambut banyak gugur selepas bersalin?
Jawapan
Rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan oleh penurunan hormon estrogen (yang mana semasa hamil ia telah meningkat dan menyebabkan rambut akan tumbuh dengan banyak). Jadi air liur bayi bukan penyebab kepada keguguran rambut.
Mitos mengatakan bahawa dengan mandi/membasuh rambut selepas melahirkan akan menjemput angin meroyan adalah salah.
Meroyan bukanlah disebabkan oleh angin yang datang dan duduk di dalam badan. Tetapi lebih kepada masalah perubahan hormon; masalah peribadi seperti kurang pengalaman dalam menangani bayi bagi ibu yang kali pertama melahirkan selain kurang sokongan emosi dari suami dan keluarga dalam menjaga bayi.
Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas pernah mengumumkan meraka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang.
Namun ada berita yang menyedihkan dikongsi oleh Priyanka Chopra di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.
“Kami sangat teruja untuk memaklumkan telah dikurniakai seorang bayi perempuan melalui kaedah ibu tumpang. Kami sangat memerlukan privasi pada saat ini, terima kasih banyak,” tulis mereka dalam pengumuman yang di buat di media sosial lebu setahun yang lalu.
Kini Priyanka berkongsi pengalaman menyambut kelahitan Malti kepada Vogue UK.
“Saya tidak pasti sama ada dia boleh melakukanya (hidup) atau tidak. Saya dan Nick berdiri di luar melihat kecekapan mereka membantu anak kami.”
“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya.”
Tambahnya lagi, Malti berada di dalam NICU selama tiga bulan dan semua menjaganya dengan sangat baik.
Setelah dibenarkan pulang ke rumah, mereka mendapat sokongan keluarga untuk memberi penjagaan rapi serta sempurna kepada Malti.
Bercakap mengenai keputusanya memilih kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya, Priyanka mengatakan dia mempunyai masalah kesihatan. Melakukan kaedah ibu tumpang disifatkan sebagai langkah terbaik buat mereka.
“Saya mempunyai masalah kesihatan dan melakukan kaedah ibu tumpang adalah keputusan terbaik. Ibu tumpang Malti seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia menjaga anak kami selama enam bulan dengan sangat baik”
Squishy Dumpling didakwa mengandungi benzena melebihi had selamat sehingga ditarik balik di UK. Ketahui risiko kepada kanak-kanak dan langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah.