ABARO, sebuah jenama kasut Malaysia yang berdedikasi dan inovatif, baru-baru ini menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah, yang berjaya menyatukan pelanggannya dalam menyediakan keperluan kasut sekolah untuk pelajar yang kurang bernasib baik.
Kuasa tindakan kolektif ini adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang ABARO, ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ ABARO komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang dijual sepanjang kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini.
1,000 Pelajar Dapat Kasut Sekolah ABARO!
Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Kami cukup gembira kerana inisiatif yang luar biasa ini akan memberikan impak positif kepada kehidupan 1,000 pelajar dari komuniti B40 dan Orang Asli. Pengagihan kasut sekolah kepada 1,000 pelajar ini akan dijalankan secara berperingkat. Oleh kerana ABARO terletak di Klang, bantuan akan disalurkan di kawasan berdekatan bermula dengan dua sekolah rendah di Klang dan satu sekolah di komuniti Orang Asli di Jenjarom.
Sebanyak 300 pelajar akan menerima bantuan kasut sekolah bagi fasa pertama pada bulan Julai nanti. Sumbangan seterusnya kami merancang untuk meluaskan bantuan ini ke sekolah-sekolah di kawasan Lembah Klang yang akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.”
Menyatakan penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pelanggan yang membolehkan ABARO menangani keperluan mendesak para pelajar yang kurang bernasib baik, serta memupuk rasa tanggungjawab sosial dan komuniti yang kuat, Soh menambah.
Kempen Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli
Ads
“Kami telah lama memikirkan cara terbaik untuk melaksanakan projek CSR bersama pelanggan demi membantu mereka yang memerlukan. Tahun ini, kami memperkenalkan Kempen Kembali Ke Sekolah ABARO yang mengintegrasikan elemen CSR buat pertama kalinya dan inisiatif ini adalah bukti bahawa banyak yang boleh dicapai apabila kita bekerjasama.
Kempen ini membolehkan kami meringankan beban keluarga B40 dan Orang Asli. Mewakili ABARO, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan setia kami atas penyertaan mereka dalam kempen ini, yang menjadikan sumbangan sederhana ini bermakna dan memberikan impak yang besar.”
Inisiatif ‘Shoes For You. Hopes For Them’ adalah teras kepada DNA ABARO, dan atas sebab itulah ABARO akan terus memperluaskan usaha tanggungjawab sosialnya menerusi kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat bagi membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan. “Kami di Senheng gembira dapat bekerjasama dengan ABARO untuk inisiatif CSR ‘Shoes For You, Hopes For Them’ pada tahun 2023.
Ads
ABARO Kekal Dedikasi Untuk Bantu Yang Memerlukan
Misi kami, “Together, towards better quality of living” adalah sejajar dengan usaha ABARO. Ia amat menggembirakan melihat senyuman di wajah pelajar-pelajar apabila menerima sumbangan, kerana sepasang kasut sekolah baharu bukan sahaja melindungi kaki mereka tetapi membuatkan mereka lebih yakin untuk terus meneroka dunia.
Dedikasi ABARO untuk menjalankan projek CSR ini benar-benar mengagumkan, daripada perancangan sampai proses pengagihan dilakukan dengan penuh sistematik dan teratur.
Usaha ini juga dapat memberi pelajar harapan dan keazaman baharu untuk menempuh kehidupan dengan masa depan yang lebih cerah,” kata Cik Tai Tze Yen, Naib Presiden Pemasaran Dan Komunikasi, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.
Ads
Kasut Sekolah Praktikal Dengan Ciri ABARO DryTechTM & ABARO NameTechTM
Usaha dan dedikasi ABARO ini juga dapat dilihat melalui pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang diterima, antaranya ialah ‘Jenama Pilihan Pa&Ma 2023’, Nanyang Superb Brand 2023, dan Sin Chew Business Excellence Awards 2023.
“Di ABARO, kami percaya bahawa kasut sekolah adalah keperluan asas yang melindungi kaki pelajar daripada kecederaan dan basah, terutamanya di negara tropika seperti Malaysia dengan lebih daripada 200 hari berhujan setiap tahun.
Oleh itu, kami mengeluarkan kasut sekolah yang praktikal dengan ciri-ciri seperti ABARO DryTechTM dan ABARO NameTechTM untuk memberikan keselesaan dan perlindungan, supaya pelajar boleh bebas meneroka dunia mereka setiap hari.”
“Seperti kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, kami percaya bahawa usaha kolektif kami boleh mencipta impak yang luar biasa untuk perubahan yang positif. Dalam semangat kami untuk menerajui inisiatif ini dan terlibat secara peribadi dalam menyediakan keperluan kasut sekolah kepada pelajar yang kurang bernasib baik, kami juga menyedari bahawa banyak lagi yang boleh dicapai dengan sumber-sumber tambahan.
Oleh itu, bagi pihak ABARO, saya ingin menjemput lebih banyak syarikat dan organisasi untuk menyertai kami menerusi inisiatif ini dengan harapan bersama-sama kita boleh memberikan impak yang lebih besar dan mampan,” kata Soh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok melihat anak-anak membesar. Macam-macam pencapaian mereka yang mengagumkan kita. Rasanya setiap detik hendak kita rakamkan aksi mereka.
Apabila kanak-kanak membesar, keupayaan mereka untuk belajar juga berkembang. Perkembangan ini ditunjukkan dalam tahap-tahap kebijaksanaan yang berbeza Curious (1-2 tahun), Explore (2-4 tahun), Create (4-6 tahun), Learn (6 tahun).
Tentu dalam telefon bimbit ibu semua ada bermacam gaya dan aksi si kecil yang menunjukkan tahap-tahap kebijaksanaan mereka dapat dirakamkan. Selain untuk simpanan peribadi, apa kata anda kongsikan detik gembira tersebut dengan menyertai Peraduan Tahap-Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady. Anda berpeluang menang hadiah menarik dari Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA.
Peraduan ini boleh disertai dengan cara log masuk ke dalam sistem peraduan Dutch Lady seperti di link ini
http://pama.karangkraf.com/peraduan-dutch-lady
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah, bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, selepas mendapati tiada sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang dalam dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Menurut Hakim Azman, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan. “Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan atas sabitan adalah ditolak,” katanya.
Latar Belakang Kes
Siti Bainun, 33, sebelum ini didakwa mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.
Bagi pertuduhan pertama, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua penjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Selain itu, Siti Bainun diarahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Kes ini dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Perkembangan Terbaharu
Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak notis usul dan afidavit baharu yang difailkan bagi memasukkan bukti baru. Bukti tersebut adalah laporan polis oleh Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin, yang juga saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes Siti Bainun sebelum ini.
Sepanjang prosiding, Siti Bainun diwakili barisan peguam Mohd. Haijan Omar, Nurul Hafidza Hassan dan Nur Aminatul Mardhiah Md. Nor. Sementara itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Tetralina Ahmad Fauzi, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.
Siti Bainun yang memakai jubah putih dilihat tenang ketika keputusan dibacakan oleh panel hakim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow bukan calang-calang. Rupanya pengacara versatile, Nabil Ahmad bukan sekadar pandai mengacara dan menghiburkan semua bahkan bapa kepada tiga orang cahaya mata perempuan ini rupanya pandai melukis.
Tidak hanya mengarah dan menerbitkan filem, kini Nabil tampil menerusi naskhah terbaru dengan mengembangkan sayapnya menerbitkan Siri Animasi Pendek, Lu Pikir La, Nabil.
Paling menarik, Nabil yang seringkali menghiburkan kita dengan lawak jenaka spontannya itu melukis sendiri kartun untuk animasi kartun beliau. Memang berbakat!
Menerusi rancangan hiburan, Meletop, Nabil turut berkongsi mengenai siri animasi beliau ini malah turut memperkenalkan watak utama siri animasi itu kepada umum.
Ketika rancangan tersebut, Nabil turut dipuji rakan pengacara, Daiyan Trisha yang begitu mengagumi bakat Nabil.
” Power! Nabil Ahmad boleh lukis kartun sendiri, selebriti pertama yang ada animasi sendiri,” kata Daiyan ketika bersiaran di Meletop baru-baru ini.
Kisah zaman kanak-kanak Nabil
Jika anda ternanti-nantikan animasi kerakyatan dan menggunakan dialek atau loghat Negeri Sembilan, animasi karya Nabil ini boleh anda jadikan pilihan bersama anak-anak.
Dapatlah anak-anak mempelajari loghat Negeri Sembilan sambil mengetahui dengan lebih dekat mengenai pengacara serba boleh ini. Kisah-kisah yang diketengahkan Nabil melalui siri animasi pertamanya ini begitu dekat dengan kita.
Siri Animasi Selebriti Pertama Malaysia, Lu Pikir La, Nabil ini turut menceritakan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang-orang kampung.
Siri animasi Lu Pikir La, Nabil di program Meletop.
Paling menarik, Nabil yang bijak menyampaikan olahan setiap karyanya dengan pelbagai elemen yang begitu dekat dengan masyarakat. Tak sabar rasanya melihat siri animasi Nabil yang pastinya penuh dengan humor.
Siri animasi yang memulakan tayangan episod pertamanya pada 14 Oktober lalu bersiaran setiap Khamis jam 9 malam. Empat episod penuh dengan cerita ini pastinya cukup menghiburkan semua.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @nabilzira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.