Jenis ikan terbaik untuk kesuburan, elok dimakan semasa merancang kehamilan. Ikan dipercayai dapat meningkatkan kesuburan kerana kaya dengan asid lemak omega-3. Oleh itu, tidak hairanlah ikan menjadi salah satu makanan yang baik untuk dimakan ketika merancang kehamilan.
Jenis Ikan Terbaik Untuk Kesuburan, Elok Dimakan Semasa Merancang Kehamilan
Namun, tidak semua jenis ikan sesuai untuk dimakan oleh bakal ibu dan bapa. Ada beberapa jenis ikan yang mengandungi nutrisi penting bagi meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan.
Jenis Ikan Untuk Kesuburan
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan.
1. Ikan Salmon
Salmon dikenali sebagai ikan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuk untuk kesuburan. Asid lemak omega-3 dan nutrien penting dalam salmon terbukti bermanfaat bagi kesuburan lelaki dan wanita.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Public Health, pengambilan omega-3 yang tinggi pada lelaki dikaitkan dengan morfologi sperma yang lebih baik. Sementara itu, wanita yang mengambil lebih banyak omega-6, asid linoleik, dan omega-3 menunjukkan peluang kehamilan yang lebih tinggi.
Selain kaya dengan omega-3, salmon juga mengandungi selenium dan vitamin D yang baik untuk sistem reproduktif.
Menurut Dr. Shaza Magray, pakar sakit puan dari Dubai, “Pasangan yang akan berkahwin perlu mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi, terutamanya mereka yang menjalani rawatan IVF. Tahap vitamin D yang tinggi boleh meningkatkan kejayaan IVF serta menghasilkan telur yang lebih berkualiti.”
2. Ikan Mackerel
Menurut laman Mother and Baby, ikan mackerel juga termasuk dalam kategori ikan yang baik untuk dimakan semasa merancang kehamilan.
Mackerel kaya dengan asid lemak yang membantu mengekalkan kesihatan sistem reproduktif. Omega-3 dalam ikan ini juga berfungsi untuk menstabilkan kadar kolesterol, yang penting bagi pematangan sperma yang sempurna.
3. Ikan Kod
Ads
Apabila membincangkan tentang asid lemak omega-3, ikan kod pastinya antara pilihan utama selain salmon.
Menurut Motherly, asid lemak dalam ikan kod (terutamanya DHA dan EPA) boleh membantu:
Mengurangkan keradangan
Menyeimbangkan hormon
Meningkatkan aliran darah ke rahim
Meningkatkan pengeluaran lendir serviks
Meningkatkan keinginan seksual
Menyokong penghasilan sperma yang sihat
4. Ikan Sardin
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, ikan sardin terbukti memberi kesan positif terhadap kualiti sperma lelaki serta ovulasi dan embrio wanita kerana kandungan omega-3 yang tinggi.
Selain itu, menurut Healthline, ikan sardin adalah sumber kalsium yang baik, yang menyokong kehamilan yang sihat. Ia juga merupakan pilihan alternatif bagi wanita yang tidak boleh mengambil produk tenusu atau memerlukan lebih banyak sumber kalsium dalam diet mereka.
5. Ikan Keli
Ads
Ikan keli bukan sahaja kaya dengan omega-3 dan omega-6, tetapi juga mengandungi selenium, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, dan kalium yang baik untuk kesuburan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Trace Elements in Medicine and Biology, makanan yang tinggi dengan selenium dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem reproduktif.
Tahap selenium yang mencukupi pada awal kehamilan juga boleh membantu mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah. Sebaliknya, kekurangan selenium boleh menyebabkan masalah kesuburan pada lelaki dengan menurunkan kualiti sperma dan pergerakannya.
Inilah beberapa jenis ikan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan bagi lelaki dan wanita. Namun, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan ikan yang selamat bagi mengelakkan risiko terdedah kepada bahan pencemar atau toksik.
Pelawak terkenal Achey baru-baru ini berkongsi mengenai niat isterinya, Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne, untuk menjalani pembedahan bariatrik.
Keputusan ini dibuat selepas 14 tahun berkahwin, sebagai salah satu usaha Anne untuk menurunkan berat badan agar dapat mencuba rawatan IVF sekali lagi.
Dalam hantaran tersebut, Anne secara berseloroh berkata, “Walaupun tak mengandung, dah macam mengandung,” sambil melihat dirinya di cermin. Namun, di sebalik gurauan itu, ada rasa sedih yang terpendam.
Menurut Anne, berat badannya kini sudah mencecah saiz double XXL, menyebabkan pakaian semakin sempit dan lututnya kerap sakit.
“Saya dulu pernah buat IVF, tapi tak berjaya. Doktor cakap punca utamanya adalah berat badan. bercakap pun sudah mula mengah.”
Atas sebab itu, Anne meminta izin Achey untuk menjalani pembedahan bariatrik sebagai langkah terakhir menurunkan berat badan demi mendapat zuriat.
Nak Cuba Lagi IVF, Kalau Ada Rezeki, Alhamdulillah
Anne menjelaskan bahawa dia sudah membuat kajian dan bertemu dengan doktor pakar yang berpengalaman dalam pembedahan bariatrik.
“Saya nak cuba. Mana tahu lepas kurus, boleh buat IVF balik. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya reda. Semua ni aturan Allah, kita hanya berusaha,” katanya dengan nada sebak.
Achey pada awalnya agak bimbang dengan prosedur tersebut tetapi tetap memberi sokongan penuh kepada isterinya.
Namun, bagi Achey, apa pun keputusan isterinya, dia tetap menerima Anne seadanya.
“Saya sayang awak, tak kisah badan macam mana, rupa paras macam mana. Cantik untuk suami tu belakang kira. Kita dah hidup bersama berapa tahun, awak ada dengan saya itu dah cukup,” luahnya penuh kasih sayang.
Pernah Cuba Diet, Tapi Gagal
Anne turut mengakui dia sudah berusaha berkali-kali untuk menurunkan berat badan secara semula jadi, namun tidak berjaya. Achey sendiri menyaksikan usaha isterinya yang telah mencuba diet sebanyak 3-4 kali, tetapi tetap tidak mendapat hasil yang diharapkan.
Sebagai suami, Achey menasihati isterinya untuk memperbetulkan niat dan terus berusaha ke arah apa yang diimpikan.
“Kalau ada rezeki untuk impian kita, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, kita masih ada Tiara . Kalau Awak ok, saya pun ok.”
Di akhir perkongsian, Achey memohon doa daripada semua agar perjalanan isterinya dipermudahkan. Semoga niat baik Anne dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang terbaik buat mereka.
Demam kuning pada bayi pasti akan merisaukan ibu bapa. Bayi yang dilahirkan secara sihat dan normal juga kadang kala boleh terkena demam kuning.
Bagaimana Demam Kuning ini boleh terjadi?
Demam kuning atau Jaundis adalah penyakit yang berlaku akibat penghasilan pigmen kuning ketika proses penguraian normal sel darah merah. Kira-kira 60 ke 70 peratus bayi yang baru lahir boleh terkena demam kuning.
Biarpun penyakit demam kuning ini nampak biasa dan kerap menyerang bayi dalam usia 1 ke 4 hari namun ia tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana mengikut kajian, penghasilan pigmen kuning jika melepasi ke satu tahap boleh menjejaskan pendengaran bayi. Malah perkembangan otak juga boleh terjejas.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi untuk menurunkan bacaan jaundis boleh dicuba oleh ibu-ibu yang mengalami situasi ini.
Dapat TIP ELAK KUNING makin tinggi dari nurse. Mida kongsi kan yea.
Bagi pasangan suami isteri pasti teringin untuk dapatkan anak lelaki dan perempuan. Biasanya jika anak sulung adalah lelaki, mungkin untuk anak kedua nak perempuan pula. Bagaimanapun, dalam soal ini, ramai yang akan pandang pada isteri saja jika pasangan tersebut memiliki semua anak lelaki atau perempuan.
Mungkin bagi pasangan itu, mereka tak kisah asalkan anak yang lahir sihat dan sempurna. Cuma orang sekeliling pula yang ambil kisah. Jika anda nak tahu, faktor mempengaruhi pembentukan jantina anak sebenarnya dari suami.
Seperti perkongsian Dr Anayasmin Azmi, melalui fakta sains, gen bapa yang memainkan peranan penting dalam menentukan jantina bayi lelaki dan perempuan. Bukan sebelah ibu.
Sembang-sembang dengan seorang mak pesakit saya. Dia cerita,
“ Keluarga suami saya seolah salahkan saya, sebab kami belum ada anak lelaki. Mereka kata saya ni kuat baka perempuan.” Sayu suaranya.
“Oh, sebenarnya puan, kita perempuan ni beri chromosome X je pada anak. Sebab kita memang ada XX saja.
“Suami ada XY. Sama ada anak tu dapat satu lagi chromosome Y atau X adalah gen dari bapa. Kalau bapa beri chromosome X juga, rezeki anak perempuan lah, kalau si ayah beri chromosome Y pada janin maka anak lelaki lah rezeki kita.
“Tak mengapa puan, lelaki ke perempuan yang penting anak-anak sihat,” saya cuba memujuk dengan fakta sains yang ada..
Jadi kita semua janganlah salah menyalahkan kalau anak semua perempuan atau lelaki. Sebab yang tentukan semua tu kan Allah SWT. Reda dan berbahagialah!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.