Jenna & Niza Tak Lepas Pimpin Tangan. Zizie Seronok Dapat Temukan Kembar Anak Angkatnya

Share

Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.

Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

“Ya Allah, happy sangat dapat bawa Niza balik Kuala Lumpur. Jenna & Niza tak lepas-lepas berpimpin tangan.

“Kegembiraan memang terserlah di wajah mereka. Ini pun dinamakan rezeki. Alhamdulillah atas nikmat sementara ni.

”Mommy nak bawak Niza shopping baju kasut semua sepasang dan sedondon macam Jenna.

”I can’t wait to bring her jalan-jalan KL and make them the happiest twins in the whole wide world!” tulisnya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.

Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.

Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette

IKLAN