Jika dikira setiap satu, tak terkira banyaknya hutang masa kita dengan anak-anak. Cuma anak kecil mereka belum faham dan tak pandai nak menuntut. Bayangkan kalau setiap hari anak kecil ditinggalkan kepada pengasuh atau taska manakala anak besar bersekolah sampai petang, hanya waktu malamlah peluangnya.
Bagaimanapun bagi ibu ayah waktu malam adalah masa nak berehat setelah seharian penat bekerja sehingga ada yang tertidur dulu daripada anak-anak. Masa ni anak-anak terpaksa bawa diri dan bermain dengan adik, abang atau kakak.
Mungkin ibu bapa tak perasan pun masa ni. Namun bila anak dah besar baru kita tersedar dan ia pasti tak boleh berulang lagi kerana waktu anak kecil hanya sekali sahaja.
Perkongsian yang sangat bermakna dari Sahrol Lagiman sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada kita yang dah bergelar ibu ayah kerana kesibukan bekerja.
Bukan jarang, tapi selalu kita memarahi mereka apabila terasa penat. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar mengerti kesalahan yang telah dilakukan.
Ads
Tetapi, seburuk mana pun kita buat pada anak, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.Menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Anak suka bercerita untuk kita, meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang.
Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas.
Kita merasakan bahawa kita bangga dengan menghiburkan kesedihan mereka atau menghapuskan linangan air mata dari pipi-pipi comel mereka. Sebenarnya diri kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Anaklah yang menghilangkan kepenatan kita, menghapuskan air mata kesedihan kita.
Ads
Percayalah kita terhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama kita meluangkan waktu untuk berbicara, mendengar, memeluk, mendakap dan bermain bersama-sama dengan mereka?
Dari anak lahir ke dunia mereka sentiasa ceria, tersenyum manis dan menghormati diri kita..
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Ads
Seburuk apapun kita sebagai ibu bapa, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik. Dakaplah anak-anak kita, tataplah mata mereka dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Sahrol Lagiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercuti dengan membawa anak ramai tentunya menuntut perancangan yang lengkap supaya percutian tidak menjadi kelam kabut dan diuruskan dengan sempurna. Ia juga cara untuk mengelak anak mengamuk dan mendapat tidur yang cukup.
Perkongsian ibu anak lima ini norlizaothman.blogspot.my semasa bercuti di Cameron Highlands diharap menjadi panduan bersama dan menunjukkan bahawa bercuti bersama anak ini memang menyeronokkannya. Bukannya membebankan anda. Mahukan penginapan yang selesa untuk anak-anak & harga yang berpatutanklik sini.
Ni cuma coretan pengalaman dari seorang ibu dengan 5 orang anak. Tak ada orang gaji/helper. Just saya dan husband dan anak-anak saya 5 orang ni.. Umur mereka:
TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS DENGAN ANAK RAMAI DAN KECIL
*boleh diaplikasi juga untuk bercuti ditempat lain 🙂
1. Mulakan perjalanan awal pagi.
Ada yang cadang mulakan perjalanan sebelum subuh so sampai di Simpang Pulai tu Subuh. Lepas solat subuh boleh naik ke Cameron dan bersarapan seterusnya mulakan trip melawat di kawasan menarik seawal pagi.
Tapi kami pun lewat juga. Gerak 8.30 pagi Jumaat dari Subang. Tak cantik sebab clash dengan trafik jam orang pergi kerja hihi.. Tapi still rules nya gerak pagi seawal yang boleh 🙂
Awal pagi anak-anak biasanya masih sambung tidur. So kuranglah ‘gangguan’ masa pemanduan contohnya berhenti buang air sepuloh kali haha..
Jangan lupa baca doa tau hihi 🙂
2. Rancang bercuti pada hari bekerja
Terbaiknya gitu. Jalan tak sesak.
Sebab weekend dan hari cuti umum/cuti sekolah jalan sesak di Cameron Highlands. Tapi kita yang ada anak-anak sekolah ni fikir panjang gak nak mencutikan anak banyak-banyak hari ni. Ni pun cutikan Jumaat 1 hari (sori cikgu ;D).
Kami pergi Jumaat hingga Ahad.
3. Standby makanan dan minuman dalam perjalanan
Makan di luar dengan anak ramai akan ambil masa panjang dan lebihan kos. Saya bawa nasi goreng, air masak, air kotak, biskut dan lain-lain yang sesuai. Ni untuk breakfast je.
4. Simpan beg pakaian dan barangan lain dalam kereta pada waktu malam
Pagi perjalanan just bawa beg kecil-kecil dan anak-anak. Saya akan asingkan beg diapers/lampin, beg makanan.
Beg makanan ni untuk dalam kereta. Senang 1 ‘station’ je. Dalam tu biasanya ada
Untuk beg diapers, rujuk bawah.
5. Bawa beg galas semasa berjalan
Bawa 1 boleh, 2 pun boleh (mak ayah carry). Biasa kami rotate, kalau saya carry Ali, husband carry beg. Kalau husband carry Ali, saya carry beg.
Beg diapers ni beg galas biasa yang multipurpose. Setiap kali berjalan mana-mana, beg ni akan diisi dengan:
6. Bawa baby carrier
Stroller sukar digunakan di kebanyakan tempat pelancongan sebab mostly semua lokasi bertangga. Kami just dapat guna stroller di Taman Agroteknologi MARDI, tempat lain kami tak bawa stroller.
Tempat lain yang nampak sesuai dengan stroller adalah Pasar Malam Sg. Ruil dan Kea Farm. Ladang BOH Sg. Palas tak pasti, maybe boleh tapi kena jalan ikut laluan bertar tu (sebab kami ikut tangga, pakai carrier aje).
7. Bawa payung
Cuaca tak menentu, hujan kadang-kadang. Sepanjang kami di Cameron, hujan petang tapi tak lebat mana. Boleh lah setakat redah hujan tapi tak basah mana pun :). Kami standby 2 payung.
8. Baju sejuk
Wajib. Kalau ada yang berhud tu pun bagus. Kalau hujan gerimis, tak perlu payung boleh cover kepala juga. Kalau takde hud, pakai topi/snowcap
9. Stokin tebal
Wajib. Untuk masa tidur. Masa berjalan-jalan tak perlu pun tak apa, cuma kalau baby kenalah pakai. Masa tidur, walaupun tak on aircond, guna selimut, masih super sejuk. Kami sekeluarga semua tidur pakai stokin, baju sejuk dan berselimut.
Untuk anak-anak kecil, saya sapu vicks/balm pada tapak kaki dulu sebelum pakai stokin.
10. Botol air kecil
Bawa beberapa. Kalau bawa air mineral 500ml tu pun boleh. Standby beberapa dalam kereta. Setiap kali masuk kawasan berjalan, masukkan 1-2 botol dalam beg. Anak-anak dok haus bila berjalan lama ni. Kalau botol besar tak terdaya nak pikul nanti.
Kalau botol besar (cth 1.5liter keatas), saya cadang simpan dalam kereta, tapi bawak botol kecil kosong 1 biji ke (untuk masuk beg). Bila habis, refill air dari botol besar tu. Ok jugak kalau camtu 🙂
11. Selimut, bantal extra dan toto (optional)
Selimut ni kalau tempat menginap tu tak sediakan extra. Macam RPP Cameron Highlands saya tak pasti boleh request tambahan selimut/bantal ke tidak. Tapi saya bawa 1 helai extra. Selimut jenis nipis je tapi memang bagus. Tapi saya rasa next time kalau menginap situ juga saya kena bawa 2 selimut. Berebut anak-anak haha.
Kalau anak kecil-kecil tidur bawah ok guna toto. Yang suka golek-golek jatuh katil hehe.. Tapi saya tak bawa. Guna selimut yang ada untuk lapik tidur. Tu yang kena bawa extra selimut. Saya pilih bawa selimut je sebab tak tebal dan besar.
Bantal memang perlu extra tapi kami dalam kereta memang sentiasa ada bantal 4segi 3-4 biji kadang-kadang sebab anak nak tidur. Keluarkan itu je dari kereta untuk guna kat bilik.
12. Monopod
Kalau nak bergambar tapi tak nak susahkan orang lain untuk ambilkan gambar kita. Kalau takde, guna aje lah tangan kita tu hihi..
13. Vicks/Balm/Minyak gamat/ Ubat-ubatan
Saya standby je. Tapi sangat berguna.
Ammar tak taulah mana dia pegang/main sampai beberapa kali macam kena gigitan apa entah sampai nampak merah, lepuh dan naik gatal, sapu balm/vicks beberapa kali Alhamdulillah hilang. Husna sapu vicks pada badan, leher, kepala sebab mabuk pening perjalanan. Dan Aliff pulak jatuh masa main kat padang permainan. Biasalah anak-anak tengah lasak
Depends. Anak kita style macam mana, taulah kita nanti.
Untuk ubat-ubatan boleh bawa minyak angin, ubat demam, koolfever dan ubat cirit birit (smecta) pun mungkin boleh dibawa.
14. Rancang perjalanan sebaik mungkin dan fleksible
Penting. Sebab anak-anak bila letih kemungkinan akan crancky/buat perangai. So sebagai mak kita tau bila anak dah ngantuk, dah tak larat nak jalan. Kalau buat perangai dalam kereta dengan tengah sangkut trafik jam tak gerak, boleh panas hati jugak kan.. Nak jalan-jalan bawa anak-anak happy, just be fleksible. Tak perlu pergi semua tempat pun, lain kali boleh repeat tempat yang belum dapat pergi tu ok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.
Di meja makan, anak-anak mampu,
Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.
Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya
Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kat anak ketika makan. Tapi jgn sesekali lupa perkembangan anak yg positif.
Dan saya setuju, tak yah perli. Cakap je direct, senang.
Sumber: Hazhari Ismail (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda cara mendidik anak ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Disini saya berkongsi tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda. InsyaAllah cara mendidik anak ini memang bagus.
Tips Cara Mendidik Anak Kecil & Kurang Marah
Tips cara mendidik anak lagi…
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka seperti anda juga, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.
Tips Cara Mendidik Anak Kecil Dengan Rotan
Islam membenarkan merotan dalam mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran. Dan merotan hanya selepas anak berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda kenapa mereka dirotan.
Semoga artikel tips cara mendidik anak kecil ini membantu anda hidup lebih bahagia bersama anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya.