Umur berapa anak saya akan mula bersedia nak menyambung ayat? Ini antara yang ramai ibu bapa nak tahu kan. Di awal usia anak setahun, biasanya anak akan mula mengeluarkan satu patah perkataan.
Perkembangan ini dah dianggap normal. Contohnya mama, papa, susu, makan, tidur, bola, baby dan sebagainya.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim untuk kanak-kanak bersedia menyambung ayat, anak-anak perlu ada ciri ini.
Ads
✅ Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
Ads
✅ Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Biasanya, kanak-kanak akan menyambung ayat bila berusia hampir dua tahun, Jika dua tahun masih belum sambung ayat lagi, bolehlah tengok skil yang diterangkan sama ada dah ada ke belum.
Ads
Jika semua ini dah lengkap, proses itu akan berlaku secara semulajadi dan anak akan faham dengan sendirinya.
Ya sebagai ibu bapa tak rugi pun jika ajar anak baca Al-Quran. Kita sepatutnya bangga dan beruntung bila zuriat kelahiran kita mengenal kalamullah diperingkat awal.
Al-Quran merupakan wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan diredhai hingga kiamat.
Ia adalah kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah. Ia cukup dengan intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum hakam, suruhan, larangan, dan bermacam persoalan yang wajib diselami oleh setiap orang Muslim.
3 Sebab Al-Quran Perlu Diajar Kepada Anak Kecil
Sebenarnya kita memang digalakkan untuk dedahkan mereka dengan Al Quran pada peringkat awal dengan pengajaran dan pembacaan.
Diceritakan, ada seorang sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Abi Waqas r.a meletakkan kepentingan mengajar Quran kepada anaknya seperti mana keutamaan peperangan menegakkan agama Islam.
1. Membentuk Asas Keimanan
Jika kita mahu kukuhkan jati diri dan keimanan kepada seseorang, bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.
Pengajaran Al Quran kepada golongan kecil ni, sungguh banyak manfaatnya. melalui pembacaan, ia merupakan salah satu usaha menanamkan asas keimanan yang padu sekuat batu meteor di jiwa mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda:“Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya pada Allah). Maka kedua orang tua nya lah yang sebaliknya menjadikan ia beragama Yahudi, Nasrani atau Ma
jusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?”
2. Perkembangan Potensi Anak
Dari sudut pendidikan anak-anak, terdapat sebab mengapa Al- Quran perlu diajar di peringkat awal. didik anak-anak untuk membaca Al-Quran di peringkat awal usia
Antara penemuan dan fakta penting yang ditemui khusus dari pakar kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan awal anak ini adalah dari segi perkembangan potensi otak manusia yang akan mula menunjukkan pertumbuhan sejak peringkat awal kanak-kanak lagi.
Peringkat ini merupakan tahap paling mustahak untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak serta minda agar menjadi lebih cekap dan bijak.
Dr. Glenn Dorman merupakan salah seorang pakar yang banyak menjalankan kajian serta percubaan terhadap kecerdasan otak kanak telah membuat satu rumusan terpenting yang patut anda tahu.
Antara Rumusan Kajian Dr. Glenn Doman
Tidak ada ahli sains yang dapat kalahkan kanak-kanak dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.Kanak-kanak akan lebih gembira kalau lebih banyak dan lebih cepat mereka menerima pelajaran. Potensi mereka membaca adalah sama sahaja dengan potensi bercakap.
Kanak-kanak boleh bercakap dulu kerana mereka lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
Jika rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. Tetapi bergantung kepada kaedah dan suasana belajar.
IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsang dalam peringkat awal ini.
Apa yang tidak diperolehinya sewaktu kecil, sangat sukar diperolehi bila sudah besar kelak.
Pembelajaran pada masa hadapan juga bergantung diatas apa yang didapatinya semasa kecil.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang cacat otak seperti akibat demam panas masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsang sebelum umur persekolahan kanak-kanak lain.
3. Ibu Bapa Kunci Perkembangan Otak Anak-anak
Lagi cepat kita mendidik anak, lagi baik hasilnya kelak. Ibarat menyemai benih dan berikan baja terbaik kepada tumbu-tumbuhan. Begitulah juga terhadap anak-anak.
Berdasarkan kajian pakar dan ilmuan, ibu bapa harus pastikan anak-anak mereka memperolehi pendidikan seawal mungkin khususnya pembelajaran Al-Quran bagi yang berugama Islam.
Bukan saja meniliti bacaan dan mengajar, dari skop proses pembelajaran itu sendiri kita perlu memantau samada proses yang dilalui berkesan seperti melalui rangsangan, belaian, sentuhan, sebutan dan sebagainya.
Zaman sekarang, jarang anak-anak dapat berinteraksi dengan ibu atau bapanya secara terus dan dalam waktu yang privasi.
Sebenarnya, komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dengan anak adalah faktor utama yang boleh bantu melahirkan anak menjadi pintar serta berkebolehan membaca Al-Quran.
Percaya atau tidak, kebanyakan anak yang cerdik dan cerdas hari ini daripada kajian mendapati ibu bapa mereka sangat prihatin terhadap keperluan anak tersebut. Ia melibatkan soal didikan dan rohani.
Namun ramai yang tersalah tafsiran dengan memanjakan anak yang disangka ia adalah salah satu sikap keperihatinan.
Sumber: info.gerobokanim.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasa anak berumur 0 hingga 6 tahun adalah fasa emas di mana mereka sedang belajar bagaimana menjadi seseorang dengan meniru dan menyerap semua keadaan sekelilingnya. Sangat penting untuk orang dewasa menunjukkan ataupun mengamalkan perkara yang baik-baik supaya dapat dicontohi oleh si kecil.
Fasa 0-6 tahun juga merupakan fasa di mana anak-anak akan mula berhubung dengan orang dewasa atau dipanggil ‘connection’ dari segi fizikal dan mental.
‘Connection’ fizikal dan emosi yang kukuh dengan anak dari usia awal bukan sahaja membantu proses keibubapaan malah juga membantu perkembangan sihat anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang patut buatkan anak bela kucing kerana ia beri terapi buat anak sekali gus memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.
Mungkin ada segelintir ibu bapa agak berat apabila anak meminta kebenaran untuk memelihara kucing. Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan, alahan dan sebagainya. Namun hakikatnya, memelihara haiwan mampu mendidik kanak-kanak menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek.
Kenapa anak-anak suka kucing? Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.
Berpeluang menemu bual Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director, Malaysia, Singapura dan Filipina berpendapat walaupun kucing tidak mampu berkomunikasi secara verbal namun ia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan peliharaan kesayangan. Malah si kecil akan tidak kekok memeluk, mencium dan ‘mendukung’ kucing tersayang.
“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri.
“Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.
“Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik,” ujarnya ketika ditemui di Program CSR ‘Jom Sayangi Haiwan Kita” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor pada awal tahun lepas.
Pendapat ini turut disokong oleh Doktor Susan, iaitu seorang Doktor Veterinar mengenai memupuk tabiat yang baik kepada kanak-kanak. Berikut adalah antara manfaat-manfaat yang di peroleh jika ibu bapa membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Ikuti 6 info ini dikongsi sendiri oleh Doktor Susan Wan Mei Ki
1.Meningkatkan keyakinan diri
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2.Prihatin kepada orang lain
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa ‘teman kesayangannya’ sakit.
3.Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia berkongsi kegembiraan.
4.Terapi emosi
Terapi emosi yang sangat baik untuk si cilik. Ini kerana memelihara seekor kucing umpama memiliki seorang sahabat yang baik dan setia. Malah ia akan membuatkan suasana yang menyeronokkan buat si cilik apabila melayan karenahnya.
5.Sikap tanggungjawab
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan manusia.
6.Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Tahukah anda karektor kucing ialah
1.Aktif
2.Manja
3.Suka main
4.Bersendirian
Info
*Merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autisme juga didapati memberi respons yang positif dalam sesi terapi dengan kucing”.
*Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukar mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!