Jika Kita Anggap Isteri Tu Bebanan, Maka Kita Akan Terbeban,” Isteri Amanah Allah Buat Suami!

Share

Ramai suami merasakan apabila berkahwin mereka terpaksa memikul satu tanggungjawab yang dianggap beban. Walhalnya ia adalah satu amanah Allah kepada suami untuk menjaga isteri sebaiknya. Jangan jadikan isteri sebagai bebanan setiap hari, sebaliknya jadikan isteri sebagai peneman dan pembangkit semangat untuk sama-sama menguatkan rumah tangga.

Perkongsian bapa dan suami ini, Firdaus Syakirin sememangnya benar. Hakikatnya isteri bukan bebanan seorang suami. Isteri adalah pelengkap kehidupan.

Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban…

Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami. Bila kita berkahwin, Allah bukan membebankan kita orang lelaki yang jadi suami ni untuk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan.

Allah meletakkan isteri di bawah tanggungjawab seorang suami, Allah amanahkan isteri untuk suami jaga.

Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap.

Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka.

Sebab Allah tidak mengamanahkan seorang isteri kepada seorang suami untuk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan. Itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan.

Kena ingat, isteri tu amanah. Bila amanah, maka kita kena jaga dengan baik-baik, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bagi segala kewajipan yang kita patut bagi kepadanya. Baru amanah itu kita pegang dengan sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga.

Jangan sesekali pernah rasa terbeban dengan adanya isteri. Isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian.

IKLAN