Jika tak mahu menyesal, jangan jadikan umur anak sebagai alasan tak menghukum kesalahan anak. Biasanya kanak-kanak (dalam lingkungan umur tiga hingga tujuh tahun) tidak boleh terlalu dimanjakan dan perlu dididik mengenai budi bahasa kerana apa yang dipelajari sewaktu kecil membentuk diri menjadi individu dewasa yang berhemah.
Begitupun, untuk membentuk anak mengenai budi bahasa bukan boleh dilakukan dalam masa singkat, sebaliknya ia adalah suatu proses yang berterusan.
Dalam hal ini, ramai pakar psikologi kanak-kanak menyarankan usia tiga hingga lima tahun adalah waktu terbaik untuk mengajar si kecil mengenai adab dan budi bahasa.
Berikut beberapa panduan oleh pakar psikologi kanak-kanak mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si kecil berdasarkan ceritapapamama.blogspot.my
Ucapan meminta maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Anda sendiri perlu menjadi contoh kepada si kecil. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa dalam kehidupan seharian.
Jika anda sendiri melakukan kesilapan pada si kecil, usah malu untuk meminta maaf daripada anak sendiri. Dengan cara ini dia secara tidak langsung akan belajar dan memahami bahawa meminta maaf bukanlah perkara yang memalukan. Ini boleh membuatkan anak anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
Tunjuk rasa hormat kepada insan lebih dewasa
Didik anak untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka seperti kakak, abang, datuk, nenek dan jiran tetangga.
Si kecil juga perlu dididik supaya tidak meninggikan suara atau menjawab ¬dengan perkataan yang kurang elok apabila berinteraksi ¬dengan orang lebih dewasa. Sebaiknya, tunjukkan contoh yang baik untuk mereka ikuti.
Ads
Segera tegur apabila anak melakukan kesalahan
Apabila anak melakukan kesilapan, jangan teragak-agak untuk menegur dan menerangkan kesalahannya. Pada masa sama, tunjukkan cara yang betul supaya dia tidak mengulangi kesilapannya. Jika anak bercakap sesuatu yang boleh membuatkan orang lain malu atau terasa, segera suruh anak supaya meminta maaf.
Bagaimanapun, oleh kerana kanak-kanak sekarang bijak, anda perlu pandai memilih waktu dan perkataan untuk menegur mereka. Jika dia melakukan kesilapan ketika bersama kawan-kawannya, mungkin ada baiknya anda tangguhkan dulu untuk menegur kesilapan si anak kerana teguran yang dibuat secara terbuka boleh membuatkan dia malu. Anda boleh menerangkan kesilapannya ketika duduk berdua bersama anak.
Minta kebenaran
Memang diakui pada mulanya agak sukar untuk melatih kanak-kanak meminta kebenaran bagi mendapatkan sesuatu. Ini kerana mereka lebih cenderung merampas barang permainan rakan sebaya atau daripada adik-beradik lain.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa menasihatkan anak mereka. Katakan kepadanya dengan lembut bahawa perbuatan itu adalah salah dan perlu meminta kebenaran jika mahu mendapatkan sesuatu yang bukan milik mereka.
Ads
Didik anak guna perkataan sopan
Jadikan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda terlupa untuk mengucapkan terima kasih, anda perlu ingatkan. Selain itu, didik anak supaya menggunakan perkataan sopan ketika berbual de-ngan orang yang lebih dewasa. Dalam hal ini, kanak-kanak perlu diingatkan bahawa mereka tidak boleh bergurau dengan perkataan yang tidak elok.
Berkongsi permainan
Berikan kata-kata pujian apabila si kecil anda sedia berkongsi barang permainannya dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya lebih disayangi dan disukai ramai.
Memberi pujian
Ads
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat si kecil. Sentiasa berikan pujian apabila anak anda menunjukkan sikap yang baik. Pujian yang diterima sedikit sebanyak membantu per-kembangan emosi dalam diri mereka.
Intonasi suara
Si kecil perlu diberitahu bahawa tidak semua tempat bebas untuk bersuara atau melakukan apa yang disukai. Di tempat awam contohnya, didik mereka supaya bercakap dengan perlahan dan tidak mengganggu orang lain. Beritahu anak tempat yang dia boleh bersuara kuat dan di mana dia perlu memperlahankan suaranya.
Salam
Didik anak untuk berjabat tangan menghulurkan salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri kanak-kanak terhadap orang lebih dewasa.
Sopan di meja makan
Kanak-kanak paling susah untuk duduk diam apabila berada di meja makan. Jika di rumah sendiri ia mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila berada di luar, sedikit sebanyak boleh mendatangkan suasana yang kurang selesa.
Sebaiknya, didik mereka sejak kecil supaya makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut antara satu sama lain. Mereka juga perlu diajar supaya makan dengan sopan tanpa menyepahkan makanan atau minuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan dipinta lahir berlainan dengan manusia normal, tapi itulah yang berlaku kepada seorang yang kanak-kanak berusia dua tahun yang mempunyai wajah unik akibat struktur tulang muka yang berlainan dengan kanak-kanak lain hingga membuatkan dirinya dipinggirkan.
Malah dengan keadaannya itu dia yang masih kecil dilarang ke pusat asuhan kanak-kanak (Taska) di Kawasan tempat tinggal mereka, Bashkortostan, Rusia.
Menurut laporan akhbar antarabangsa, kanak-kanak berusia dua tahun itu dilarang ke Taska kerana kakitangan pusat itu bimbang wajah peliknya akan menakutkan kanak-kanak lain yang ada di situ.
Sofya Zakharova, 2, kanak-kanak yang dimaksudkan itu dilahirkan dengan kecacatan tengkorak dan jari kakinya sejak lahir. Ibu Sofya, Svetlana Zakhrova menyatakan bahawa kakitangan di tempat asuhan itu meminta mereka untuk tidak menghantar Sofya sehingga pembedahan dilakukan terhadap anak kecil itu untuk mengubah wajahnya terlebih dahulu barulah anak kecil itu dibenarkan berada di taska tersebut.
Perkembangan Sofya akan terbantut kerana kurang interaksi
Pakar kanak-kanak di sana turut menyatakan dengan larangan yang dibuat, perkembangan Sofya akan terbantut kerana dia tidak diberi peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
“Semakin banyak interaksi yang Sofya dapat bersama rakan-rakan seusianya, semakin mudah untuk dia menerima keadaan dirinya yang tidak seperti kanak-kanak lain,” ujar Pakar Psikologi Pendidikan, Ekatarina Belan kepada media tempatan.
Bagaimanapun pembedahan ke atas kanak-kanak itu sebenarnya ditangguhkan berulang kali. Kes itu kemudiannya diambil oleh badan amal Rainbow of Goodness.
Malah pihak berkuasa tempatan juga menyiasat keengganan taska itu untuk menerima Zakharova serta penangguhan pembedahan kanak-kanak itu.
Mereka juga sedang berusaha untuk memberi Sofya Zakharova dan ibu bapanya tempat tinggal yang selesa berbanding sekarang yang mana mereka tinggal bersama datuk dan nenek kanak-kanak ini. Lebih menyedihkan kediaman mereka serba kekurangan kerana tidak mempunyai kemudahan yang cukup.
Telah jelas bahawa hak kanak-kanak dan ibu bapa tersebut dilanggar.Bagaimanapun menurut ibunya, Svetlana Gizatullina sekolah itu masih enggan memberi tempat kepada anaknya.
Kegembiraan anak adalah segala-galanya bagi seorang ibu. Maream kelihatan lebih gembira di UK. Farah Lee dedahkan puncanya.
Pemergian Farah Lee ke UK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana Child Studies di University Of Leeds turut membawa sekali buah hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.
Maream yang kini belajar di tahap Reception di Primary School. Menurut Omma Maream, dia dilihat lebih gembira. Ia mungkin disebabkan oleh persekitaran baru, Farah berharap ia berterusan selalu.
farahlee_. Alhamdulillah, she’s much happier here. I guess it’s the evironment that helps. Memang one of the reasons omma ke sini adalah untuk expose Maream pada new environment. Hopefully it turns out well always inshaAllah ❤️
Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD hari ini, Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rina yang merupakan anak kepada influencer media sosial Riyzal Ibrahim dan Maryam kini sudah berusia 13 bulan. Telatahnya yang comel sering mendapat perhatian warganet kerana dapat dilihat dia seorang anak yang bijak dan aktif.
Bukan sahaja video Rina makan sering dikongsi pasangan ini tetapi aksi comelnya yang lain turut dimuatnaik di laman Instagram mereka. Baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan Rina sibuk mengelap lantai mencuit hati orang ramai.
Di dalam video tersebut, Rina dilihat memegang sehelai kain dan begitu tekun mengelap lantai. Biarpun Maryam menegurnya, Rina buat tak endah sahaja dan tetap fokus mengelap lantai. Bersungguh-sungguh betul muka dia!
Gelagat Rina itu membuatkan Maryam dan Ryzal tergelak kerana anak mereka langsung tidak mempedulikan hal lain dan hanya sibuk mengelap lantai. Kecil-kecil dah rajin, mungkin dah selalu tengok ibu ayahnya mengelap lantai, ia menjadi ikutan Rina. Memang kagum dengan gaya parenting Maryam dan Ryzal ni!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.