Panik bila anak demam dan suhu badan naik mencanak. Memberikan ubat punggung boleh membantu mama papa menurunkan suhu dan mengawal demam anak.
Ketahui fungsi, cara menggunakannya, sukatan dan jenis ubat ubat buntut atau supositori paracetamol ini. pa
Berikut ialah perkongsian info tepat daripada Public Health Malaysia untuk memberikan penjelasan kepada ibu bapa yang sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan dan penyimpanan ubat ini.
UBAT BUNTUT @ SUPOSITORI PARACETAMOL
Pada perkongsian sebelum ini tentang cara pengiraan dos dan isipadu sirap Paracetamol, ada yang bertanyakan bagaimana pula dengan supositori Paracetamol?
FUNGSI
Supositori Paracetamol digunakan untuk melegakan demam dan kesakitan seperti sakit kepala dan otot.
DOS/ SUKATAN
Ads
Secara umumnya dos supositori Paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah:
60-125mg untuk bayi berumur 3 bulan -1 tahun.
125-250 mg untuk 1-5 tahun.
250-500 mg untuk 6-12 tahun.
Dos mengikut berat pula adalah 40mg/kg stat (dengan segera sekali sahaja) kemudian diikuti dengan 30mg/kg, maksimum 5g/hari.
KEKERAPAN
Cara pemberian supositori adalah setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 kali sehari.
Ads
Untuk bayi berusia bawah 3 bulan pula, ibu bapa digalakkan merujuk dahulu profesional kesihatan sebelum menggunakannya.
TOLONG ELAK OVERDOSE!
Bagi penggunaan supositori Paracetamol, jangan gunakan ubat-ubatan lain yang turut mengandungi Paracetamol pada masa yang sama.Bimbang overdoseakan berlaku.
CARA PENYIMPANAN
Ads
Supositori Paracetamol perlu disimpan pada suhu bawah 25℃, terlindung daripada cahaya dan lembapan.
Terdapat tiga jenis supositiri Paracetamol di pasaran iaitu 125mg, 250mg dan 500mg. Di premis kesihatan kerajaan pula biasanya hanya supositori 125mg dan 250mg yang disimpan.
Supositori Paracetamol boleh diperolehi di farmasi komuniti atau klinik swasta dengan harga Rm5.50(5 biji) untuk 125mg dan Rm6.50(5 biji) untuk 250mg. Harga mungkin berbeza mengikut tempat.
Bawa anak anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila anak tidak semakin pulih walaupun setelah menggunakan supositori Paracetamol.
Jika anda ragu, sila rujuk dahulu profesional kesihatan sebelum memberikan/menggunakan supositori Paracetamol.
Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.
Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.
Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?
Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?
Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.
Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).
Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sweetnya gelagat anak Datin Diana Dianelle ini! Aurora buka kedai main masak-masak bersebelahan dengan abangnya Muhammad atau panggilan mesranya Che Mad selepas Che Mad berkhatan. Akrab sungguh kedua-duanya!
Muhammad, 5 tahun telah selamat bekhatan. Diana memuat naik gambar Muhammad sedang berehat di atas katil. Yang sweetnya, si adik, Nur Aurora, 3 tahun setia menemani abangnya dengan bermain di sebelah. Main masak-masak (pretend play) menjual makanan seperti nasi lemak, air tembikai,kopi dan ayam goreng.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disebabkan gajet, anak yang dilahirkan normal sebelum ini disahkan mengalami masalah Excessive Screen Exposure yang cukup membuatkan ibu ini serik.
Melalui facebooknya, Puan Adlil Rajiah menceritakan pengalaman yang berlaku pada anaknya.
Macam yang anda semua tahu, anak saya (Haikal) pernah di diagnosis sebagai Excessive Screen Exposure (Pendedahan Skrin Berlebihan) 5 tahun lepas, ketika berumur setahun.
Dan apa yang mengakibatkan tragedi itu berlaku adalah, of course pendedahan skrin yang terlalu lama dan tidak dikawal.
Bila kita sebut “pendedahan SKRIN” ,ia sebenarnya bukan merujuk kepada gajet sahaja,
tapi juga kepada TV, wayang, telefon, tabs, dan pelbagai alat elekronik lain.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Mariani, anak berusia 2 tahun ke bawah tak sepatutnya didedahkan langsung dengan pendedahan skrin dan alat elektronik, kerana boleh mengakibatkan kebantutan ransangan saraf dan otak.
Gajet dikatakan lebih kritikal berbanding pendedahan skrin yang lain. Kenapa?
Sebab gajet lebih mobile, mudah dibawa kemana-mana, dan menyebabkan pendedahannya lebih sukar dikawal! Tak payah cakap anak, mak bapak sendiri pun tak boleh kawal.
Ok balik kepada diagnosis anak saya tadi. Haikal disahkan “normal semula” pada umur 2 tahun, selepas melalui proses intervensi yang sangat intensive bersama pakar psikiatri kanak-kanak di Penang.
Secara jujur, saya dan suami telah habis beribu ringgit sepanjang proses “rawatan” tersebut.
Dari situlah saya sedar how harmful these gadgets can do to our children dan future generations (kalau tidak dikawal penggunaannya).
Berikut adalah tanda-tanda anak ketagihan gajet atau terlebih pendedahan gajet. Kalau anak-anak anda menunjukkan beberapa ciri di bawah, sila awasi dan pantau semula pendedahan gajet terhadap mereka, SEBELUM TERLAMBAT.
– Anak abaikan keperluan asas seperti makan, tidur, berinteraksi, etc
– Anak tak nak gangguan sesiapa ketika menggunakan gajet termasuk ibu bapa
– Anak minta gajet sepanjang masa, dan gelisah kalau tak diberi gajet
– Bersikap panas baran, tiada self control dan cepat marah
– Bertindak ganas (suka baling2 barang, menggigit orang lain, memukul, etc)
– Suka menjerit dan tantrum yang amat sukar dikawal
– Tak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat
– Tak boleh fokus dalam aktiviti di sekolah
-Tak berpaling apabila namanya dipanggil
– Tak suka bergaul dengan kanak-kanak lain
– Tak suka eye contact
– Lambat bercakap atau pelat dalam pertuturan
– Insomnia, sukar tidur atau gemar tidur lewat
– Obesiti atau masalah penghadaman (akibat pendedahan gajet tak terkawal ketika makan)
Jika anda mengambil keputusan untuk dedahkan gajet kepada anak-anak (for whatever reason), berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan:
Frekuensi atau kekerapan pendedahan gajet kepada anak: jangan dedahkan setiap hari, tapi hanya 2-3 kali seminggu sahaja.
Durasi atau tempoh setiap pendedahan tersebut : pastikan anak tidak gunakan gajet melebihi 1 jam setiap hari.
Content atau isi kandungan video/apps yang digunakan oleh anak : jangan beri anak guna gajet tanpa sebarang pengawasan. Pastikan anda tahu apa yang ditonton atau dilayari oleh anak sepanjang tempoh tersebut.
Buat peraturan tentang penggunaan gajet di rumah, dan pastikan setiap orang (termasuk ibu bapa) patuhi peraturan tersebut. Contohnya, “No gadget during bed time & meal time”.
Fahamkan peraturan tersebut kepada orang lain yang terlibat secara langsung dengan perkembangan anak. Contohnya pengasuh, nenek, makcik, etc. Teamwork is very important in disciplining the children.
Jadikan gajet sebagai rujukan kepada sesuatu aktiviti praktikal. Contohnya, tonton video playdoh di youtube selama 10 minit, kemudian tutup gajet dan aplikasikan video yang ditonton dengan aktiviti playdoh sebenar.
Pastikan anak faham, bahawa gajet itu milik ibu bapa. Ibu bapa berhak menyimpan dan meminta semula gajet pada bila-bila masa. Dan jangan ajar anak unlock password.
Jika anak mula tunjuk ciri-ciri ketagihan gajet, ini perkara yang anda boleh lakukan:
Hadkan penggunaan gajet secara berperingkat. Contohnya, dari 24 jam kepada 4 jam, kepada 2 jam, kepada 1 jam. Konsisten hadkan sehingga anak boleh patuhi had masa yang diberi.
Berinteraksi dengan anak ketika mereka gunakan gajet. Never let them use gadget alone.
Jadikan gajet sebagai ganjaran positif, selepas anak selesai buat aktiviti / homework.
Jangan caj batteri 100% penuh. Sebaliknya caj sehingga 15-20% sahaja.
Jadikan gajet sebagai last option. Cuba tackle perhatian anak dengan aktiviti lain selain daripada gajet. Terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan, deria, kemahiran motor halus, fokus dan sasaran.
Gunakan kaedah pre-warning ketika ambil semula gajet daripada anak. Contoh pre-warning, “Mama akan ambil semula ipad ni dalam kiraan 5. Lima.. Empat.. Tiga.. Dua.. Satu.. Dan ambil gajet tersebut.”
Gunakan jam loceng sebagai indicator tamatnya waktu penggunaan gajet. Anak mungkin tak tahu 10 minit tu lama mana. Jadi guna alarm clock, dan pesan pada anak, “Bila alarm berbunyi, bermaksud awak kena pulangkan gajet tu semula kepada Mama.
Pastikan anda konsisten & tak mudah mengalah dalam mendisiplinkan anak-anak tentang penggunaan gajet. Sentiasa standby busy kit /permainan anak bila keluar rumah /travel
Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul dalam mendidik anak-anak.
Sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita.
Ingat 80% perkembangan otak manusia berlaku pada usia 0-3 tahun.
Dan seawal usia 4 tahun, anak dah bina 80% personaliti kekal.
Adakah kita nak biarkan anak melepasi umur kritikal ini hanya dengan gajet semata-mata, asalkan kita tak susah dan tak letih melayan mereka?
4 tahun tu tak lama. Jangan kerana selama 4 tahun kita pandang remeh, akhirnya kita binasakan hidup anak sampai bila-bila.
Gajet datang untuk bantu dan memudahkan. Tapi kalau ia jatuh ke tangan-tangan yang tiada ilmu dan kesedaran, maka nahaslah. Fikirkan, dan bertindak sekarang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!