Joy Revfa kongsi ‘ward tour’ – “Nervous nak lahirkan baby kedua macam lahirkan anak pertama 10 tahun dulu. Usahawan kosmetik, Joy Revfa sebelum ini pernah berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia hamil pada Ogos tahun lalu.
Joy Revfa Kongsi ‘Ward Tour’ – “Nervous Nak Lahirkan Baby Kedua Macam Lahirkan Anak Pertama 10 Tahun Dulu”
Baru-baru ini menerusi akaun TikToknya, Joy berkongsi suasana wad yang bakal ‘dihuni’ bersama bayinya nanti selepas bersalin nanti.
@joyrevfa_founderNervous nak lahirkan baby kedua sama mcm mula2 joy lahirkan anak pertama 10 tahun dulu.. Sebelum ni czer, insyallah kali ni doakan joy dapat lahirkan baby secara normal pula. Joy pilih wad bersalin di sini kali ni sbb Specialist Hospital di sini service bagus, luas & selesa. Senang dua keluarga ( disebelah joy & suami ) berkumpul sini. Suami joy yang recommend bersalin di kpj 2 ni sbb sini ramai dr pakar wanita yang terbaik. Insyallah, yang penting baby keluar nanti sihat dan doakan semoga segalanya dipermudahkan untuk joy bersalin nanti.. 🤲🏻♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti
Nervous nak lahirkan baby kedua sama mcm mula-mula Joy lahirkan anak pertama 10 tahun dulu.. Sebelum ni czer, insyallah kali ni doakan joy dapat lahirkan baby secara normal pula.
Joy pilih wad bersalin di sini kali ni sbb Specialist Hospital di sini service bagus, luas dan selesa. Senang dua keluarga (di sebelah joy dan suami) berkumpul sini. Suami Joy yang recommend bersalin di KPJ 2 ni sebab sini ramai doktor pakar wanita yang terbaik. Insyallah, yang penting baby keluar nanti sihat dan doakan semoga segalanya dipermudahkan untuk joy bersalin nanti. – tulis Joy diruangan kapsyen.
Joy atau Siti Arifah Mohd Amin dan suaminya Dr. Adrian Yeah telah mendirikan rumah tangga sebelum Ramadan tahun lalu namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Joy pernah bernikah dengan seorang ahli pernigaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.
Ads
Usahawan itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak-anak tidak menjadi. Dek kerana sikap ibu bapa maka anak-anak tidak mahu mendengar kata, degil dan sebagainya.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak Bagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka.
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Kesimpulannya tidak ada nas yang jelas yang menujukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Setiap anak mempunyai ciri personaliti yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak seharusnya membuat perbandingan antara anak-anak kerana setiap daripada mereka membesar dengan emosi dan tahap perkembangan yang berlainan.
Salah satu cabaran biasa dalam dunia keibubapaan ialah apabila anak tidak mahu berkongsi barang. Sikap ini sering dianggap negatif, sedangkan hakikatnya ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan emosi kanak-kanak.
Namun begitu, dengan pendekatan yang betul, ibu bapa masih boleh membentuk nilai murni dalam diri anak. Perkongsian ini menghimpunkan beberapa teknik psikologi yang terbukti berkesan untuk ajar anak berkongsi barang sejak kecil. Ikuti panduan berguna ini yang dikongsikan oleh www.excelqhalif.com.
Anak-anak biasanya menganggap barang permainan sebagai hak milik peribadi mereka. Ada juga yang mempunyai pengalaman buruk seperti mainan rosak atau diambil tanpa izin, menyebabkan mereka lebih defensif dan enggan berkongsi.
Oleh itu, ibu bapa perlu menggunakan pendekatan psikologi yang lembut, konsisten dan penuh empati untuk ajar anak berkongsi barang tanpa paksaan.
Pilih permainan yang memerlukan lebih daripada seorang pemain atau bantuan orang dewasa. Contohnya permainan congkak, lego atau permainan papan yang memerlukan kerjasama.
Untuk menyiapkan satu binaan lego, anak memerlukan bantuan ibu bapa. Di sinilah peluang untuk ajar anak berkongsi barang dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin secara semula jadi.
Ibu bapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak. Anak kecil belajar melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan sikap suka berkongsi dalam aktiviti harian.
Contohnya ketika bermain baling bola ke dalam bakul, lakukan secara bergilir. Sebutkan dengan jelas seperti “Sekarang giliran papa pula” supaya anak memahami konsep berkongsi dan menunggu giliran.
Apabila anak sudi berkongsi barang dengan rakan atau adik-beradik, berikan pujian serta-merta. Pujian akan menggalakkan mereka mengulangi tingkah laku positif tersebut.
Jika boleh, pujilah mereka di hadapan individu yang mereka sayangi. Contohnya, “Tengah hari tadi Imran kongsi permainan dengan Aiman. Bagus Imran pandai main sama-sama.”
Ada kalanya anak enggan berkongsi kerana mainan tersebut adalah kesayangan mereka atau disebabkan pengalaman silam yang kurang menyenangkan.
Tanya dengan nada lembut, “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” Dengarkan jawapan mereka dan akui perasaan tersebut sebelum memujuk dengan rasional.
Gunakan kebijaksanaan dan empati kerana ibu bapa adalah individu yang paling mengenali emosi anak sendiri.
Untuk sesetengah permainan, ibu bapa boleh menetapkan peraturan seperti, “Ini mainan papa, Imran boleh main tetapi kena main sama-sama.”
Kaedah ini membantu anak memahami konsep pemilikan bersama dan mengelakkan sikap terlalu berkuasa terhadap barang. Undang-undang ini tidak perlu dikenakan pada semua mainan, hanya pada situasi tertentu sahaja.
Mendidik anak bukan proses yang berlaku dalam sehari. Untuk ajar anak berkongsi barang, ibu bapa perlu bersabar, konsisten dan menjadi contoh yang baik.
Dengan pendekatan psikologi yang betul, sikap tidak mahu berkongsi dapat dibentuk menjadi nilai empati dan kerjasama yang akan dibawa sehingga dewasa.
Kalau nak dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kata perumpamaan ini sangat tepat untuk dijadikan panduan jika mahu mendidik anak sejak mereka masih kecil. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk membentuk peribadi anak tetapi selain itu, didiklah mereka untuk menghargai duit dan tidak boros.
Dalam keadaan sekarang, ibu ayah memainkan peranan yang sangat penting untuk mengajar anak tentang berjimat-cermat dan menghargai nilai wang. Tak boleh membazir dan berbelanja mengikut nafsu. Ada beberapa cara untuk ajar anak cara untuk tidak boros. Antaranya:
1. Ajar Anak Bawa Bekal
Bagi mengelakkan anak berbelanja yang bukan-bukan, ibu ayah boleh latih anak untuk bawa bekal ke sekolah. Sediakan menu yang sedap dan menjadi kegemaran anak untuk membuatkan mereka teruja untuk membawa bekal.
Bukan sahaja dapat berjimat bahkan makanan yang dibawa ke sekolah lebih sihat dan terjamin kebersihannya. Beri juga duit belanja, tetapi ingatkan mereka untuk membawa wang baki untuk disimpan.
2. Wujudkan Tabung Keluarga
Cara lain untuk ajarkan anak tentang berjimat-cermat adalah dengan mewujudkan tabung keluarga. Dengan cara ini, anak-anak akan bersemangat dan seronok untuk menyimpan duit bersama keluarga.
Untuk membuatkan anak leih teruja, kira hasil simpanan bersama-sama dan bawa mereka ke bank untuk menyimpan. Duit simpanan juga boleh digunakan untuk beri ganjaran pada anak. Sama ada belikan barang yang mereka ingini, bawa bercuti atau boleh juga ajarkan anak-anak untuk bersedekah. Bagus kan?
3. Buat Senarai Barang Nak Dibeli
Perkara ini memang dah biasa kita buat untuk berbelanja, tapi pernah tak diajarkan pada anak-anak? Sebenarnya sebelum nak keluar pergi shopping, buatlah senarai barang yang nak dibeli supaya dapat mengelak kita daripada membeli barang yang tak perlu. Bila dah ada senarai barang, dapatlah jimatkan masa juga.
Ketika memuat senarai, panggil anak dan tanyakan apa yang mereka mahu. Terhadkan kepada satu barang sahaja dan ia tidak boleh diubah bila sudah sampai ke pasar raya. Dengan cara ini anak akan belajar untuk membuat keputusan serta faham mengapa perancangan perlu dibuat lebih awal.
4. Gunakan Vircle!
Vircle merupakan sebuah aplikasi kewangan yang mudah digunakan bagi membantu ibu ayah menyusun perbelanjaan anak-anak di mana-mana sahaja termasuklah sekolah! Misi Vircle adalah untuk membantu ibu ayah membesarkan anak-anak yang berbelanja dan berjimat dengan bertanggungjawab.
Ibu ayah kena ada ‘penyelamat’ ini! Barulah tak risau anak nak berbelanja tanpa perlu bawa wang tunai. Hanya boleh berikan anak kad Visa prabayar untuk anak shopping di mana-mana sahaja yang diperlukan, walaupun di luar negara. Tak ada masalah!
Jadilah Bank Terbaik Untuk Anak!
Tahukah anda, dengan menggunakan Vircle ibu ayah dapat mengajar anak untuk menyimpan. Vircle bukan sekadar untuk berbelanja dengan selamat tetapi ia dapat membantu ibu ayah untuk mendidik anak untuk berusaha mencari ‘pendapatan’ dan menyimpan. Bila anak-anak buat kerja rumah atau selesaikan sesuatu tugasan, barulah mereka akan lebih menghargai nilai wang yang diperolehi.
Selain itu, penggunaan aplikasi Vircle juga membolehkan ibu ayah untuk memberi elaun segera pada bila-bila masa dan paling penting di bawah pengawasan! Aplikasi ini juga selamat untuk anak-anak kerana mereka tidak akan berbelanja lebih (hanya amaun tertentu boleh diakses, bukan keseluruhan baki di dalam ‘dompet’ mereka).
Lebih bagus lagi, ibu ayah boleh membekukan kad pada bila-bila masa dengan hanya melayari aplikasi Vircle. Selain itu, ibu ayah juga akan mendapat notifikasi perbelanjaan anak. Tidak akan timbul masalah anak berbelanja lebih tanpa pengetahuan ibu ayah.
Bagusnya aplikasi Vircle kerana ia telah diperakui oleh Bank Negara Malaysia dan kad Vircle Visa prabayar atau kad bebas tunai ini membolehkan anak-anak berbelanja sama ada di kedai mahupun atas talian.
Gunakan kad bebas tunai di (sekolah yang menggunakan Vircle untuk perbelanjaan). Berikan belanja harian kepada anak untuk membeli makanan di kantin atau berbelanja dari kedai buku di sekolah dengan satu aplisai mudah!
Kad Vircle prabayar juga boleh digunakan di lebih 100 juta cawangan kedai di lebih 200 buah negara. Ibu ayah boleh beri elaun pada anak-anak dan dapat mengawalnya dengan mudah melalui aplikasi Vircle!
Kebaikan Vircle adalah: Untuk ibu ayah
⦁ Selamat dan boleh kawal perbelanjaan anak-anak
⦁ Boleh uruskan pelbagai perbelanjaan anak, hanya dengan satu aplikasi mudah (semudah menggunakan telefon pintar)
⦁ Notifikasi perbelanjaan segera
⦁ Boleh atur limit perbelanjaan
⦁ Pemindahan wang segera
⦁ Kad boleh ‘dikunci’ sekiranya hilang
Untuk anak-anak
⦁ Belajar untuk memahami nilai wang
⦁ Dapat belajar cara berbelanja dengan bijak
⦁ Kemahiran menjana pendapatan, menyimpan serta membelanjakan wang berkembang
⦁ Bertanggungjawab untuk menjana pendapatan dengan melakukan kerja rumah dan sebagainya
⦁ Belajar tabiat menyimpan
Tak perlu tunggu lagi, segera muat turun aplikasi Vircle bagi melancarkan perbelanjaan anak-anak dan memudahkan ibu ayah untuk mengawal jumlah elaun di dalam kad. Anak-anak-nak pun tak boleh boros, sebab ibu ayah boleh tahu apa yang dibeli dan paling best, dapat tentukan amaun yang boleh dibelanjakan. Vircle memang betul-betul membantu!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...