Aduhai anak! Pantanglah kita tank tengok, ada saja punca nak buat bergaduh. Sebagai ibu dan ayah yang baik, seeloknya didiklah anak untuk saling menyayangi antara adik-beradik. Pupuk nilai-nilai murni dan mengutamakan keluarga dalam diri mereka sedari kecil. Bergaduh kecil sesekali itu lumrah tapi ajarkan anak untuk sentiasa menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.

Nak Gaduh Ke Nak ‘Kawan’? Lumrah Anak Nak Membesar, Bergaduh Adik-Beradik Tu Biasa
Kredit foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.

Baca Juga:

“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah

Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!

“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!

IKLAN

1. Makan Sama-Sama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.

2. Kena Saling Jaga
Ajar anak untuk saling menjaga. Abang atau kakak jaga adik, begitulah sebaliknya. Beritahu pada anak, bila kita satu keluarga maka kitalah yang perlu jaga antara satu sama lain. Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.”

Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.

3. Adil Dengan Anak
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.

IKLAN
Nak Gaduh Ke Nak ‘Kawan’? Lumrah Anak Nak Membesar, Bergaduh Adik-Beradik Tu Biasa
Kredit foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal

Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.

4. Ajar Anak Buat Kerja Sama-Sama
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama.

Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata pujian. Mesti anak bangga bila kita puji masa mereka buat baik antara satu sama lain.

5. Tunjuk Contoh Baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI