Ads

Gagal Pada Percubaan Pertama, Anak Malaysia Usia 8 Tahun Bangkit Jadi Juara Dunia Bahasa Inggeris Di Itali!

Gagal Pada Percubaan Pertama, Anak Malaysia Usia 8 Tahun Bangkit Jadi Juara Dunia Bahasa Inggeris Di Itali!

Siapa sangka, kanak-kanak yang pernah gagal pada percubaan pertama akhirnya berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa!

Itulah kisah inspirasi Diana Aleesa Fareez Shahfiqar, 8 tahun, yang dinobatkan sebagai juara dunia Bahasa Inggeris kategori Baby Hippo dalam pertandingan HIPPO English Without Borders World Finals 2026 di Spoleto, Itali.

Lebih membanggakan, murid Cempaka National Schools, Cheras, Selangor ini berjaya mencatat markah cemerlang sebanyak 99.19 peratus, sekali gus meraih tempat pertama dunia.

Namun, di sebalik kejayaan manis itu, tersimpan kisah seorang anak kecil yang tidak pernah berputus asa mengejar impiannya.

Gagal Pada Percubaan Pertama, Anak Malaysia Usia 8 Tahun Bangkit Jadi Juara Dunia Bahasa Inggeris Di Itali!

Pernah Gagal, Diana Nekad Cuba Lagi

Penyertaannya dalam pertandingan yang sama pada tahun lalu tidak membuahkan hasil apabila dia gagal melepasi pusingan pertama.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut menjadikan anak kecil lebih bersedia dan kurang gementar apabila kembali bertanding pada tahun ini.

“Setelah tidak berjaya pada tahun lepas, saya nekad untuk mencuba lagi pada tahun ini, dan mahu melakukan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Malah, perjalanan Diana tahun ini juga bukan mudah apabila dia tidak berjaya memperoleh kelayakan terus ke peringkat akhir dunia selepas pusingan kebangsaan di Malaysia.

Namun, dia bangkit menerusi Play-Off Qualifier di Cluj-Napoca, Romania, dan berjaya meraih tempat pertama sebelum melayakkan diri ke pertandingan akhir di Itali.

Ads

Usahanya akhirnya membuahkan hasil apabila namanya diumumkan sebagai juara dunia Bahasa Inggeris, satu kejayaan yang membuatkan Diana berasa seolah-olah sedang bermimpi.

Gagal Pada Percubaan Pertama, Anak Malaysia Usia 8 Tahun Bangkit Jadi Juara Dunia Bahasa Inggeris Di Itali!

Ibu Ayah Tak Paksa Belajar Setiap Hari, Utamakan Sokongan

Menariknya, kejayaan Diana bukan hasil tekanan atau paksaan ibu ayah untuk belajar sepanjang masa.

Sebaliknya, ibu bapanya, Fareez Shahfiqar dan Nurulhidayah, sentiasa mengingatkan bahawa setiap impian memerlukan usaha dan latihan.

“Ibu dan bapa mengingatkan saya bahawa setiap impian memerlukan usaha dan latihan, namun mereka tidak memaksa saya belajar pada setiap hari,” katanya.

Diana turut berkongsi bahawa ibu bapanya selalu berpesan supaya menjawab soalan dengan yakin dan menyemak jawapan sebelum menghantar kertas peperiksaan.

Malah, ketika pertandingan akhir, dia menyemak jawapannya sebanyak tiga kali bagi memastikan ketepatan jawapan.

Ads

Bagaimanapun, Diana mengakui bahagian penulisan paling mencabar kerana memerlukan struktur ayat dan ejaan yang betul.

Amalkan Membaca Buku Sebelum Tidur, Hadkan Masa Skrin

Di rumah, Diana dibiasakan berkomunikasi menggunakan ayat penuh dalam bahasa Melayu dan Inggeris bersama ibu bapanya.

Sejak kecil, dia turut didedahkan dengan bahan bacaan dan kini mengamalkan rutin membaca satu atau dua buah buku sebelum tidur.

Selain itu, ibu bapanya menggalakkan aktiviti kreatif seperti melukis, mewarna dan menghasilkan kraf tangan.

Penggunaan skrin juga dihadkan supaya Diana tidak terlalu bergantung pada peranti digital untuk belajar.

Amalan membaca, komunikasi harian dan sokongan keluarga menjadi antara perkara penting dalam perjalanan Diana sehingga berjaya bergelar juara dunia Bahasa Inggeris pada usia lapan tahun.

Ads

Gagal Pada Percubaan Pertama, Anak Malaysia Usia 8 Tahun Bangkit Jadi Juara Dunia Bahasa Inggeris Di Itali!

Ibu Ayah Harap Kejayaan Diana Dapat Pengiktirafan

Menerusi perkongsian bapanya, kejayaan Diana bukan sekadar membawa pulang gelaran juara dunia, tetapi menjadi inspirasi kepada kanak-kanak lain supaya tidak mudah mengalah.

Diana sendiri menitipkan pesanan agar rakan sebaya berani mencuba perkara baharu dan mengenali kelebihan diri masing-masing.

Kejayaan Diana sebagai juara dunia Bahasa Inggeris membuktikan bahawa kegagalan pada percubaan pertama bukanlah pengakhiran kepada sesuatu impian. Dengan usaha, keberanian mencuba lagi dan sokongan keluarga, anak kecil juga mampu mencipta kejayaan membanggakan di pentas dunia.

Tahniah Diana Aleesa! Semoga terus menjadi inspirasi kepada anak-anak Malaysia.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Kosmo Online & Fareez Shahfiqar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Stres Di Rumah? 5 Tip Berkesan Untuk Kekal Tenang &...

Menjadi seorang ibu bukanlah tugas yang mudah. Dari pagi sampai ke malam, ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan. Menguruskan anak, memasak, mengemas rumah, membasuh...