Juara Merangkak Race Pa&Ma Digerakkan SSPN Bawa Pulang Hadiah Bernilai Hampir RM2000

Share

Pada 5 Ogos 2018 telah berlangsung acara Merangkak Race Pa&Ma digerakkan SSPN di Putra World Trade Center (PWTC) sempena Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018).

Kemeriahan sekitar hari pendaftaran Merangkak Race digerakkan SSPN dan serentak dengan itu berlangsungnya sesi bergambar di Photo Booth Pa&Ma

Sekitar kemeriahan di booth Nu Ideaktiv sempena Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018) di PWTC

Seramai 50 peserta yang telah terpilih dalam acara ini dan kebanyakkan bayi berusia enam hingga 12 bulan. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling PANTAS yang terbahagi kepada lima pusingan saringan.

Antara barisan peserta yang terlibat dalam acara ini

Sementara menunggu acara bermula, pihak SSPN telah membuat sedikit taklimat berkenaan dengan kewangan masa depan untuk anak-anak bagi memudahkan mereka melanjutkan pelajaran pada masa akan datang. Turut dijelaskan tentang faedah simpanan SSPN termasuk cabutan bertuah sehingga RM2 juta.

Taklimat oleh pihak SSPN sempena Merangkak Race Pa&Ma di MisFit 2018, Dewan Tun Razak PWTC

Merangkak Race telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 peserta. Lima kumpulan tersebut ialah Kumpulan Cumil, Sweet, Cute, Alolo dan Bambam. Dazrin Kamaruddin, pelakon dan juga Juara Fear Factor merupakan hos  yang telah dijemput khas untuk acara ini.

Tetamu undangan khas dari SSPN, Cik Mastura Mohd Khalis, Ketua Timbalan Eksekutif PTPTN telah merasmikan acara Merangkak Race Pa&Ma digerakkan SSPN. 

“Simpanan dalam SSPN bukan hanya untuk simpanan tapi jika berlaku musibah, anak dan waris tidak ada masalah untuk melanjutkan pelajaran dan SSPN juga ada tafsiran pelepasan cukai bagi mereka yang perlu membayar cukai. Oleh itu, SIMPAN, SIMPAN, SIMPAN, JAMINAN MASA DEPAN!” – Cik Mastura, Ketua TimbalaN Eksekutif PTPTN

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang

Pemenang-pemenang Merangkak Race telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut, antara kategori pemenang adalah pakaian tercomel, Video Pre-merangkak di Instagram, hadiah saguhati, tempat ketiga, kedua dan seterusnya pemenang Merangkak terpantas untuk tempat pertama.

  • Pakaian Tercomel

Bayi nombor 1 (Muhammad Qayyum Nur Muhammad)

  • Video Pre-Merangkak

Bayi nombor 41 (Ibnu Adam Faris) yang telah mendapat like terbanyak di instagram.

  • Saguhati

Setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa 4 tiket ke taman haiwan bernilai RM160, Hamper barangan bayi bernilai RM150 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.

Bayi nombor 41 (Ibnu Adam Faris)

Bayi nombor 21 (Faeeq Al Hakeem)

  • Tempat ke-3

Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat gangsa, penginapan hotel bernilai RM250, hamper barangan bayi bernilai RM200 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.

Bayi nombor 12 (Muhammad Rafiq Nabhan)

  • Tempat ke-2

Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat perak, 3 tiket taman tema bernilai RM450, hamper barangan bayi bernilai RM200 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.

Bayi nombor 1 (Muhammad Qayyum Nur Muhammad)

PEMENANG BAYI TERPANTAS MERANGKAK RACE PA&MA DIGERAKKAN SSPN 

  • Tempat Pertama

Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat emas, penginapan hotel bernilai RM1300, hamper barangan bayi bernilai RM300 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.

Bayi nombor 35 (Muhammad Firas Muhammad Faiz)

Barisan Peserta

 

IKLAN