
Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, pelakon jelita Che Puan Juliana Evans kini melalui pengalaman berbeza apabila anak lelaki pertamanya dikatakan begitu kuat menyusu sehingga meminta susu hampir setiap satu jam.
Biarpun sudah mempunyai pengalaman membesarkan dua anak perempuan, rutin penyusuan kali ini ternyata memberikan cabaran tersendiri buat Juliana, lebih-lebih lagi apabila si kecil masih berada dalam fasa bayi baru lahir.
Mana tidaknya, belum sempat ibu berehat selepas menyusukan anak, si kecil sudah menunjukkan tanda-tanda lapar dan mahu menyusu lagi.
Situasi ini pastinya cukup dekat dengan pengalaman ramai ibu, terutama mereka yang sedang melalui fasa berpantang dan berusaha menyesuaikan diri dengan jadual penyusuan bayi.

Juliana Evans Akui Anak Lelaki Kuat Menyusu, Setiap Jam Minta Susu
Menerusi perkongsian di Threads, Juliana meluahkan rasa terkejut apabila mendapati anak lelakinya mempunyai permintaan susu yang begitu kerap berbanding pengalaman terdahulu.
Malah, pelakon berusia 37 tahun itu turut mengajukan pertanyaan kepada ibu-ibu lain sama ada bayi lelaki sememangnya lebih kuat menyusu.
“Baby boy memang minum susu banyak eh?
My newborn demand susu setiap satu jam. So I pump more during the day & latch only bila nak tidur sama-sama.
Tapi sebab dia demand sangat so I mix dah bagi susu badan and formula kadang-kadang. Jenuh bagi susu badan.
Mummies yang fully breastfeeding tu, u have my utmost respect! ”
Menurut Juliana, dia kini lebih kerap mengepam susu badan pada waktu siang, manakala penyusuan secara terus atau direct latch dilakukan ketika mahu tidur bersama bayinya.
Bagaimanapun, disebabkan permintaan susu yang tinggi, dia turut memilih untuk menggabungkan susu ibu dengan susu formula pada waktu tertentu.

Untuk rekod, Juliana selamat melahirkan anak ketiganya pada 10 Oktober 2026, jam 2.04 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Bayi lelaki seberat 3.55 kilogram itu diberi nama Tengku Ismail. Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah dan Tengku Saidatul Ihsan. Kehadiran Tengku Ismail kini melengkapkan keluarga kecil mereka dengan tiga orang cahaya mata.
Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan!
Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!
Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out
Sumber: Thread @julianaevans
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

