Anak susah nak makan memang masalah yang sering dihadapi ibu pa. Kesukaran ini kadangkala menyebabkan kebuntuan. Apa kata mama papa cuti tip daripada juruterapi ini.
Bila anak susah untuk makan, mama papa tentu runsing anak tidak mendapat keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Dalam kes tertentu, si manja terlalu bergantung kepada susu.
Sedangkan bila anak sudah berusia dua tahun, makanan pelengkap amat mustahak untuk menampung permintaan proses perkembangan fizikal seperti perkembangan otak, saraf, otot, gigi dan sebagainya.
Perkongsian daripada Puan Nor Fikrah, seorang Juruterapi Fizikal telah berkongsi menerusi posting Facebook beliau mengenai solusi masalah ini.
#1 KURANGKAN PEMBERIAN SUSU
Sekiranya anak anda bergantung dengan formula milk,sila kurangkan pemberian susu formula.
Lengkapkan pemakanan anak anda dengan 3 kali makanan berat (nasi,sayur,protien) dan 2 kali makanan snek sihat seperti :
Buah segar yang dipotong.
Buah-buahan kering: aprikot, kurma, prun
Kekacang : Badam, walnut dan lain-lain.
Ads
Bila dah lengkap complete and snack meal, barulah boleh nak bagi susu pada anak.
Bukan bagi susu dulu lepas tu baru bagi makanan berat.Memang anak tidak akan makan nasi lepas menyusu. Sebab anak dah kenyang kerana minum susu.
#2 HENTIKAN BERI MAKANAN TINGGI LEMAK, GARAM & GULA
Berhenti berikan makanan tinggi lemak,garam,gula-gula ,kek, coklat, ais krim, kentang goreng, roti, biskut dan air birkabonat(no junk and fast food).
Bila anak disaji dengan makanan yang masin manis dan berlemak macam ni,taste bud anak kecil akan lebih memilih untuk makan benda macam ni,dan akan menentang keras dengan rasa sayur yang sedikit pahit.
Ads
#3 TERAP AMALAN MAKAN SIHAT
Terapkan amalan makan secara sihat di antara kanak-kanak seperti :
Makan pada waktu yang ditetapkan
Hidangan pelbagai sayur pada setiap waktu makan
Gantikan snek dengan buah-buahan.
Haramkan pemberian air manis dan berwarna
HARAMKAN gajet pada waktu makan.
Ramai parents yang bagi gajet masa waktu makan,dengan alasan anak taknak duduk diam di meja makan, which it so wrong.
Pada waktu makan,masa ni kita perlu berinteraksi dengan anak, tanya dia makan sayur warna apa, ikan warna apa, nasi warna apa dan lain-lain. Masa makan adalah masa emas untuk hasilkan komunikasi dua hala.
Ads
#4 MOHON IBU BAPA BERSABAR
Sekiranya anak masih meronta nak menyusu dengan botol, mohon ibu bapa sabar dan keep promote anak makan dengan makanan, sebab nak berubah ni tak mudah,bila ada proses perubahan,Insya Allah akan ada progress yang lebih baik.
Offer healthy meal.Take it or leave it.
Jangan gatal-gatal nak offer susu botol.
Suap je nasi,sayur dan ikan. Nak tak nak, anak tu akan makan juga. Sebab dia dah kelaparan.
Hati mak pak kena kental. Jangan kalah dengan tangisan stimulasi anak-anak tu.
Last but not least.Don’t let children rule the roost.
Anak-anak memang seronok kalau ibu ayah bawa bermain di taman permainan. Tapi biasanya ramai yang suka tengok handphone dan sesekali bersuara “jangan itu” atau “jangan ini” pada anak yang tengah bermain.
Membawa anak bermain di taman permainan memang bagus tapi kalau anda lebih banyak membiarkan anak main sendirian kerana sibuk melayan handphone maka kuranglah berlaku proses pembelajaran si anak.
Mari kita hayati nasihat berguna daripada Ahli Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, Puan Liyana Raya yang dikongsi dalam laman facebook beliau. Semoga ibu ayah akan lebih ‘alert’ dengan perkara ini.
Bawak anak bermain tu dah elok dah,tapi kerap sangat berkata ‘jangan itu’ ‘jangan ini’…
# Episod 1
Hurm….
Susah ni kalau kita keep on cakap jangan itu ini dekat anak ketika bermain. Sebab masa anak bermain,masa itulah waktu crucial nak membentuk tingkah laku anak.
Nak bentuk anak jadi positif. Nak bentuk anak utk tahu apa yg betul apa yg salah. Kalau anak tiba2 membuli org lain, nak2 kita terlihat di depan mata… time tulah kita nak bantu dia utk bersikap tidak menjadi pembuli. Waktu anak kena buli ketika bermain,waktu itulah kita nak bantu anak utk belajar sikap mempertahankan diri. Jika ketika bermain anak jatuh,waktu itulah nak ajar anak supaya bangun dan jadi kuat semula. Time anak nak pergi main api,time tulah nak ajar anak apa erti bahaya jika dia terlihat api.
Semua ini boleh berlaku sekiranya kita:
-letak hp diam2 dan elok2 dalam poket.
-BERFIKIR dengan waras utk tahu apa benda yg salah utk dibetulkan dan apa benda yg betul utk anak lakukan.
Oklah. Jom kita buat analisis bagaimana kita boleh mencapai objektif mengajar anak sambil bermain.
Kita ambil situasi anak bermain jadi pembuli dan dibuli dulu ya… nak hurai satu2 memang panjang berjela post ni.
1) Anak kita membuli org lain.
Sedang seronok anak kita bermain di playground,anak kita bermain bersama-sama dgn kawan baru. Kelihatan sudah selesa dgn si rakan,anak kita merampas apa sahaja yg ada di tangan anak org lain ketika itu (katalah masa tu rakannya baru diberi makan kek oleh ibunya dan terlihat dek anak kita). Maka anak kita menyuruh rakan barunya itu meminta sedikit kek dari ibunya. Si ibu ni tadi rasa geram je dengan anak kita bila buat mcm tu. Lagi bertambah geram kalau dia nampak kita tengok hp kan…..so pentingnya sekali lagi,hp tolonglah letak tepi. Mata tuuuu tolonglah tengok2kan anak.
Katalah kita ternampak situasi tersebut. Boleh utk kita cakap ‘jangan buat mcm tu kat kawan,tak baik!’ Tapi ajarlah,apa yg sepatutnya dilakukan oleh anak?
Meminta pada kita.
Kita sbg org dewasa pasti sudah tahu bahawa anak kita memang nak makan kek tersebut. Apalah salah
Kalau anak rasa nak kek jugak,boleh ajarkan alternatif kepada anak supaya:
-mintak dengan kita,ibu dan ayahnya.
-mintak izin dengan kawan tersebut.
Kalau kawan tersebut si ibunya tak bagi,tak perlulah risau. Ajar anak utk hormat kehendak org lain. Bukan mengajarnya utk mengalah. Kdg kita pun tak mampu utk layankan permintaannya. Apa kata kita cakap kalau tak boleh,memang tak boleh. Kalau dia mengamuk time tu,apa lagi… bagi pilihan samada nak teruskan main atau nak mengamuk. Kalau nak teruskan main,main tanpa meminta. Jika kita mampu,boleh katakan pada anak,main dulu tanpa meminta dan kemudian kita pergi beli kek. Tetapi jika anak memilih utk mengamuk juga,balik dan tidak dapat apa yg diminta- samada main atau kek. Dua2 tak dapat. Balik terus. Tegas tetapi demi kebaikan anak.
Ingatkan Anak
Jika anak kita jenis yg sedikit ganas,suka main ‘langgar lari’ dan berkelakuan sangat aktif ketika bermain,please alert on his behavior! Jangan main tinggal saja anak buat itu ini pada org lain sambil main phone. Boleh kalau kita nampak anak kita tolak budak lain dan kita cakap ‘jangan tolak! Tengok tu.. kesian adik tu jatuh’.Anak ni faham sekejap je. Nak lagi bagus,kita suruh anak kita pergi minta maaf (walaupun yg dia tolak tu masih kecil lagi budaknya). Kalau dia tak nak minta maaf,kita boleh ugutnya sedikit dengan berkata kita juga akan menolaknya sama seperti dia menolak budak itu. Kita nak buat mcm tu sebab dia punya perangai mcm tu,bukan perangai kita tu kan? He deserves to feel the same pain sama macam org lain rasa sakit. Bukan sengaja kita nak bagi dia sakit mcm tu.
Tapi ni benda yg saya tahu,tak ramai ibu bapa sanggup buat. Tuan/puan,ada masanya at one time,kita kena bertegas yg habis habisan. Pendek kata,dah sampai limit dah kita sabar. Tapi once kita buat mcm ni,anak akan ingat sampai bila2 dan cukuplah jika sekali saja kita ‘ingatkan’ dia dengan cara yg tegas mcm ni. Lain2 waktu,be flexible. Always provide gentle reminder. Sentiasa ingatkan dia nak tak buat mcm dulu2? Kalau tak nak rasa sakit sama mcm dia buat dekat budak lain utk rasa sakit,seeloknya dia belajar utk ‘behave’.
And one thing-menggunakan perkataan ‘tolong behave’ tidak bermaksud apa2 kalau dia tak tahu nak behave yg betul mcm mana. Always be specific-nak ‘behave’ tu mcm mana. Terangkan dengan detail. ‘Behave’ adalah apabila kita sering belajar menunggu giliran,berkongsi sesuatu dan ap saja yg ‘good behavior’ pada masa bermain-bergantung kpd situasi tersebut ya.
***********************************************
2. Apa jadi kalau anak kita berada di situasi budak kena tolak tadi (dibuli)?
Ajarkan anak kita utk sentiasa beritahu kita jika dia benar2 dibuli(sambil kita pun nampak depan mata kita tanpa tengok telefon). Apa yg patut kita buat adalah utk pergi kepada budak yg menolak tersebut,dan katakan padanya ‘kalau abg tolak adik mcm ni,tak ada siapa nak berkawan dengan abg.’ Boleh saja minta anak kita utk pergi dari situ dan dtg semula ke playground apabila dia sudah tiada.
Jika anak kita ditolak dengan tidak sengaja (melalui pemerhatian kita), boleh saja kita katakan abg itu tak sengaja dan tanyakan pada abg itu ‘abg tak sengaja ye tolakkan adik tadi?’
Kita jangan protect anak sepanjang masa. Ada masanya,jika anak kita memukul semula budak yg menolak itu,boleh saja kita biarkan sebab kita nak dia belajar utk protect dirinya.
Kdg2 biarkan saja dan kemudian panggil anak kita,dan bawa anak kita keluar dari situasi tersebut sebelum terjadinya kes yg lebih berat. Puji tindakannya yg berani melawan semula jika ada org sengaja menolaknya. Boleh ajar apa beza org tak sengaja menolak dan sengaja menolak di kemudian hari. Yg penting,tak salah utk expose kan anak dengan situasi buli dan membuli ni supaya mereka belajar.
***********************************************
Kebiasaannya,kita sendiri suka mengambil langkah menyuruh anak mengalah. Abg/Kakak besar,abg/kakak patut mengalah dengan adik. Benda ni biasa terjadi di kalangan adik beradik. Maaf cakaplah,jangan jadikan ini satu kebiasaan.
Anak yg kerap mengalah akan mewujudkan rasa bersalah yg tinggi dan kita akan secara tak langsung menjadikannya seorang yg berdendam. Selalu menahan perasaan kerana harus jadi baik utk adik2. Kdg2 merekalah yg akan menjadi insan dibuli dan seterusnya sikap ingin balas dendam menjadi tinggi. Manakala si anak yg biasa ‘menang’ akan ada tendency utk menjadi pembuli kerana ada org yg boleh mengalah dengannya.
Ini baru post yg ringkas. Tak perlulah kita selalu keluarkan perkataan ‘jangan’ sebaliknya sentiasa latih diri kita utk memberi solution kpd anak.
InsyaAllah,post yg panjang lagi satu akan saya coretkan lagi. Anak didatangkan dengan amanah dan tanggungjawab,maka tolonglah celik mata dan hati utk mendidik mereka.
*Kalau setakat kena jawab call dan jawab message penting ketika bawa anak bermain,tiada masalah utk tengok phone sekejap. Kita dah dewasa,bijak dah kan… fikirlah secara berhemah.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia yang semakin dipenuhi maklumat, kemampuan untuk menapis, memahami, dan menyampaikan informasi dengan tepat menjadi kemahiran yang sangat berharga. Mendorong anak-anak untuk menceburi bidang kewartawanan bukan sahaja membina kemahiran komunikasi mereka, tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang peka, kritis, dan berani menyuarakan kebenaran.
Kewartawanan melatih anak-anak untuk berfikir secara kritis, menyoal dengan bijak, dan menyampaikan maklumat dengan jelas. Melalui aktiviti seperti menulis laporan atau melakukan wawancara, mereka belajar cara berkomunikasi secara efektif dan empati terhadap orang lain.
Fakta Menarik: Aktiviti jurnalistik membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi dan sosial, serta meningkatkan keyakinan diri mereka.
Menjadi wartawan memerlukan kreativiti dalam menyampaikan cerita dan mencari sudut pandang yang unik. Anak-anak belajar untuk melihat dunia dari pelbagai perspektif dan mengekspresikan diri mereka melalui penulisan dan media lain.
Fakta Menarik: Bermain peranan sebagai wartawan dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak, serta memperkaya kemampuan komunikasi dan bahasa mereka.
Dalam proses mencari dan melaporkan berita, anak-anak berinteraksi dengan pelbagai individu dari latar belakang yang berbeza. Ini membantu mereka memahami pelbagai perspektif dan mengembangkan empati serta kemahiran sosial yang penting dalam kehidupan seharian.
Fakta Menarik: Melalui aktiviti kewartawanan, kanak-kanak belajar untuk berinteraksi dengan pelbagai orang, meningkatkan kepekaan sosial, dan membina hubungan yang sihat.
Menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia kewartawanan, seperti menepati tarikh akhir dan berhadapan dengan penolakan, membantu anak-anak membina ketahanan mental dan keyakinan diri. Mereka belajar untuk mengatasi kegagalan dan terus berusaha mencapai matlamat mereka.
Fakta Menarik: Aktiviti kewartawanan dapat membantu kanak-kanak mengembangkan disiplin diri, kesabaran, dan kecekapan dalam menghadapi cabaran.
Sebagai wartawan cilik, anak-anak didorong untuk peka terhadap isu-isu semasa dan memahami peranan mereka dalam masyarakat. Ini memupuk rasa tanggungjawab dan keinginan untuk menyumbang kepada perubahan positif dalam komuniti mereka.
Fakta Menarik: Melalui pelatihan jurnalistik, kanak-kanak dapat memahami isu-isu yang berkaitan dengan hak anak dan belajar untuk menyuarakan pendapat mereka secara bertanggungjawab.
Mendorong anak-anak untuk menceburi bidang kewartawanan adalah pelaburan dalam membina generasi yang berpengetahuan, berani, dan bertanggungjawab. Dengan sokongan dan bimbingan yang betul, mereka dapat berkembang menjadi individu yang mampu menyuarakan kebenaran dan membawa perubahan positif dalam masyarakat. Mari kita galakkan mereka untuk meneroka dunia kewartawanan dan menjadi suara yang membawa inspirasi dan perubahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang kompleks. Ia berlaku secara berperingkat dan memakan masa yang panjang. Kanak-kanak mula belajar bercakap selepas dilahirkan dan menjadi mahir apabila berumur 5-6 tahun.
Walaupun begitu terdapat variasi pada tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang petah bercakap ketika berumur 3 tahun tetapi ada juga yang baru mula bercakap pada umur tersebut. Hal ini kerap merunsingkan ibu-bapa mahupun penjaga. Proses penguasaan bahasa sebenarnya banyak bergantung kepada faktor–faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa.
Asas Pembelajaran Bahasa
Kemahiran mendengar, memahami dan bertutur adalah kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari bahasa. Semua kemahiran ini saling berkaitan di mana kemahiran mendengar dan memahami adalah proses pemerolehan maklumat. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan proses penghasilan maklumat.
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan titik permulaan pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak. Kemahiran ini merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka mengeluarkan bunyi awal.
Di awal kelahiran, bayi mula mendengar dan memberi respon pada ritma pertuturan orang disekeliling mereka. Respon yang diberi biasanya dalam bentuk senyuman, ketawa dan juga tangisan. Bayi mula mengenalpasti suara individu yang kerap berinteraksi dengan mereka. Ketika berumur 6 bulan kemahiran mendengar meningkat dan ketika ini bayi sudah mula membezakan bunyi pertuturan dan bunyi persekitaran. Proses mendengar menjadi semakin kompleks dan ketika berumur satu tahun, mereka mula mendengar dengan lebih baik dan memahami maklumat yang diperolehi.
Kemahiran memahami maklumat
Kanak-kanak mula mengaitkan objek dan perkataan ketika berumur satu tahun. Pada ketika ini mereka mula mengenali objek yang selalu dilihat dan arahan mudah. Kanak-kanak memahami lebih banyak objek, arahan dan gambar apabila berumur 2 tahun. Ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun, mereka akan mula menggunakan memori dan belajar memahami arahan 2 langkah.
Kanak-kanak menjadi semakin mahir dalam memahami maklumat ketika berumur 3 hingga 4 tahun di mana mereka dapat memahami hampir 1500 perkataan. Mereka mula memahami arahan panjang (3 langkah) dan soalan mudah seperti, apa dan mana. Ketika ini, mereka telah memahami lebih banyak perkara berkaitan konsep seperti preposisi, warna dan jantina.
Kemahiran pemahaman ini akan meningkat sehingga kanak-kanak berumur 7 tahun di mana mereka dapat memahami petikan yang panjang dan lebih sukar. Kefahaman menjadi semakin kompleks di mana mereka juga mula memahami maklumat abstrak seperti sindiran dan gurauan.
Kemahiran bertutur
Semasa bertutur seseorang akan menggerakkan alat pertuturan untuk menghasilkan bunyi yang bermakna. Proses bertutur tidak hanya terhad kepada penghasilan bunyi sahaja tetapi juga melibatkan penggunaan nada dan intonasi yang bersesuaian.
Seawal umur 4 bulan bayi mula menghasilkan bunyi vokal atau juga dikenali sebagai vokalisasi. Kebiasaannya bayi akan menghasilkan bunyi vokal secara berulang seperti bunyi aaa, iii.
Ketika bayi berumur 6 bulan, mereka mula menghasilkan bunyi ‘bebelan’ (babling) dan bunyi cooing. Penghasilan bunyi bebelan berkait rapat dengan penghasilan suara (fonasi) serta pergerakan pembukaan dan penutupan rahang mulut. Pada tahap awal bebelan, bayi biasanya menghasilkan kombinasi bunyi konsonan dan vokal secara berulang seperti (baba atau mama).
Kombinasi bebelan menjadi semakin sukar apabila bayi berumur 8-9 bulan. Ketika ini mereka menghasilkan kombinasi bunyi yang melibatkan penghasilan lebih bunyi konsonan seperti (babadebo).
Seterusnya apabila berumur 9 -10 bulan, bayi mula meniru struktur percakapan orang dewasa. Pada tahap ini mereka mula menghasilkan bunyi ‘jargon’. Bunyi jargon adalah vokalisasi bunyi yang menghampiri pertuturan orang dewasa dari segi intonasi dan tekanan. Walaubagaimanapun bunyi yang dihasilkan tidak mempunyai sebarang maksud.
Kanak-kanak mula menghasilkan perkataan pertama apabila mereka berumur lebih kurang satu tahun. Ketika ini mereka mempelajari bahawa satu perkataan mempunyai makna yang tersendiri. Mereka akan cuba meniru perkataan yang di sebut oleh orang dewasa. Perbendaharaan kata kanak-kanak akan meningkat dengan pesat setelah melepasi umur satu tahun. Kebolehan kanak-kanak membina ayat akan meningkat dari masa ke semasa dan mereka boleh menggunakan struktur ayat orang dewasa ketika berumur 5-6 tahun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Kesihatan: Tahap kesihatan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa. Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah kesihatan yang turut memberi kesan pada perkembangan kognitif seperti Sindrom Down, Autisma, Palsi Cerebral dan lain-lain, pemerolehan bahasa akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak normal yang seusia mereka.
Kognitif: Kebolehan kognitif merujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk berfikir. Sekiranya kanak-kanak mempunyai kebolehan kognitif yang rendah, proses penerimaan dan pembelajaran akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Fizikal: Terdapat banyak organ yang membantu dalam menghasilkan bunyi pertuturan. Organ seperti telinga, peti suara, lidah, mulut, gigi dan lelangit membantu dalam penghasilan bunyi bahasa yang normal. Sekiranya kanak-kanak mempunyai ketidaknormalan pada organ pertuturan, kejelasan bunyi pertuturan akan terjejas. Contoh; Klef pada lelangit mulut boleh menyebabkan bunyi pertuturan menjadi sengau dan sukar untuk difahami oleh orang yang mendengarnya.
Persekitaran: Faktor persekitaran merujuk kepada individu yang berada di sekeliling kanak-kanak termasuklah keluarga, penjaga, guru serta rakan-rakan. Kepentingan individu ini adalah untuk memberikan rangsangan bahasa pada kanak-kanak. Mereka merupakan sumber rujukan awal pembelajaran bahasa kanak-kanak. Walaupun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kanak-kanak seperti tahap pendidikan, sosioekonomi penjaga dan budaya keluarga.
Perkembangan neurologi: Perkembangan neurologi berlaku dengan pesat sehingga kanak-kanak mencapai umur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada saiz, berat dan pertumbuhan otak meningkatkan kebolehan berfikir kanak-kanak. Oleh itu rangsangan bahasa pada ketika ini amat penting. Kanak-kanak lebih mudah memahami dan mempelajari stimulasi yang diterima daripada persekitaran dalam tempoh kritikal ini.
Rujukan
Owen Robert E. (1995). Language Development: An Introduction. Allyn & Bacon
Carol Bainbridge (2011). How Do Children Learn Language?. Retreived January 13, 2014 from http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/language-learning.htm
Nicole mahony. Learning Language. Retreived January 13, 2014 from www.nsf.gov/news/special-reports/linguistucs/learn jsp
Jill Mc Cain (2000). Language Acquisition and Affective Variables. Retreived January 13, 2014 from serendip-brynmawr.edu/biology/b103/f00/web3/mccain3-html
Muhd Ruslee (2010). Modul BMM 3104 Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis. Retreived February 2, 2014 from http://www.scribd.com/doc/28428335/MODUL-BMM-MENENGAR-BERTUTUR-MEMBACA-MENULIS