Jus Nenas Soda Terangkat, Segarnya Lepas Berbuka, Rasa Tip Top!

Share

Bukan air bandung soda sahaja yang mampu memberi kepuasan ketika berbuka. Jus nenas dengan soda ini juga antara resipi minuman yang unik tapi super sedap untuk dicuba ketika berbuka nanti.

Resipi air sedap lagi terangkat yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini memang padu. Punyalah segar rasanya selepas berbuka. Mana tidaknya, gabungan air nenas dengan soda yang menyengat menjadikan ia gabungan menarik dan sedap. Wajib cuba!


Fuhhh. Air nenas soda untuk penghilang dahaga hari ini. Wah wah wah wah..Sedapppnya. Ben sangat suka dengan kualiti produk Hosen. Baik laici atau nenas dalam tin, ada kualiti tersendiri. Mahal sikit takpe.

1 tin nenas Hosen,
1 1/2 cawan air soda F&N
5 potongan kecil buah nenas

Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.

Kisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.

Isi dalam jug cantik Ben 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.

Dah siap dah nenas soda Ben.

Menariknya kan ?

Resipi wajib cuba: Wow Cantiknya Kek Ogura Unicorn Raya Ni, Nak Buat Pun Senang!

IKLAN