Bukan saja-saja cakap tapi kajian buktikan ayah layan anak perempuan lebih manja berbanding anak lelakinya.
“Ayra…papa dah balik. Sayang anak papa,” ucap Meor sambil memeluk anak perempuannya yang berusia 3 tahun.
Ayra memang manja sangat dengan papanya berbanding abangnya Akif. Pendek kata, Ayra umpama “daddy’s little girl”.
Betulke ayah akan lebih manjakan anak perempuan berbanding anak lelaki? Dengan kata lain layanan seorang ayah pada anak perempuan lebih lembut berbanding pada anak lelaki yang dilayan agak ‘keras’.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?
Bukan!Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Ads
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak” dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Mengapa layanan berbeza mengikut jantina anak?
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak peremupuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Ads
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.
Ads
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ayah?
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, jangalah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti. .
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan risau mama papa, kunci sebenar ada di rumah. Dengan bimbingan betul, anak boleh kuasai English tanpa tekanan. Ini 5 cara simple tapi power yang ibu bapa boleh buat dari sekarang.
1. Mulakan Dengan Perkataan Harian (Everyday English)
Gunakan perkataan English dalam aktiviti harian. Contoh: “Let’s wash your hands,” atau “Time to eat.” Bila anak dengar perkataan yang sama setiap hari, mereka akan tangkap maksud tanpa perlu ‘translate’. Konsisten itu kunci!
INFO MENARIK: 90% perkembangan otak berlaku sebelum usia 5 tahun. Ini masa terbaik dedahkan anak pada bahasa kedua!
2. Bacakan Buku Cerita English Setiap Hari
Tak perlu buku tebal pun. Buku kanak-kanak dengan ilustrasi ceria dan ayat pendek pun cukup. Suara mama papa pun boleh jadi alat terbaik untuk anak bina vocabulary dan faham intonasi bahasa.
INFO MENARIK: Kanak-kanak yang dibesarkan dengan pendedahan buku setiap hari akan tahu 1.4 juta lebih perkataan menjelang umur 5 tahun.
3. Guna Lagu & Video Yang Sesuai Umur
YouTube ada banyak channel bagus macam Cocomelon, Super Simple Songs atau Blippi. Lagu bantu anak ingat dengan lebih mudah. Tapi pastikan screen time dipantau, dan ibu ayah pun join sekali kalau boleh!
INFO MENARIK: Lagu bantu anak belajar bahasa 2X lebih cepat kerana rentak dan ulangan bantu otak serap info.
4. Jadikan Permainan Dalam Bahasa Inggeris
Main ‘I Spy’, teka gambar, atau buat role-play seperti main ‘grocery shopping’ dalam English. Anak akan belajar melalui keseronokan tanpa sedar mereka sebenarnya sedang ‘bersekolah’ di rumah.
INFO MENARIK: Main sambil belajar aktifkan otak anak 80% lebih tinggi berbanding belajar pasif.
5. Galakkan Anak Bercakap, Biar Salah Asalkan Cuba
Ini paling penting: Jangan kritik bila anak salah sebut atau guna grammar yang kurang betul. Sebaliknya, betulkan dengan lembut. “Oh you mean, I want to play, right?” Biar mereka rasa selamat untuk cuba.
INFO MENARIK: Anak tak akan keliru walaupun belajar 2-3 bahasa serentak. Mereka boleh bezakan bahasa ikut konteks dan siapa yang bercakap.
Tak perlu tunggu anak masuk kelas tuisyen untuk mula belajar Bahasa Inggeris. Rumah kita sendiri boleh jadi ‘mini international school’ kalau kita konsisten dan sabar. Anak kecil cepat belajar bila diberi peluang dan dorongan. Let’s make learning English fun and part of your daily life, mama papa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaanya, anak kecil yang normal sudah mula bertutur dalam bahasanya sendiri atau membebel pada umur 1 tahun. Mereka akan mula menggunakan bahasa yang mudah seperti panggilan nama ibu atau ayah.
Walaupun perkembangan anak mungkin berbeza, namun ibu ayah haruslah peka terhadap masalah pertuturan anak-anak. Jika mereka sudah mencapai tahap umur yang sepatutnya sudah boleh bertutur tapi tidak dapat bertutur, ibu dan ayah boleh lakukan perkara ini di rumah untuk membantu anak-anak bertutur.
Bagaimana nak buat terapi di rumah?” “Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.” “Saya ajar anak saya tapi anak saya merengek.”
Itulah antara respon atau komen ibu bapa berikan apabila saya minta ibu bapa untuk praktis di rumah segala teknik yang telah diajar. Ibu bapa digalakkan bermain dengan kanak-kanak kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga berbanding di pusat terapi.
Namun, anda perlu ingat! Kadangkala terapi di rumah akan terganggu jika tidak mengambil kira faktor-faktor kecil yang diluar jangkaan ibu bapa. Pelbagai faktor akan mempengaruhi pembelajaran anak-anak.
Antara perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa semasa melakukan terapi di rumah adalah seperti:
Kedudukan meja dan kerusi / tempat belajarPersekitaran ceria, selamat dan yang paling penting tidak menganggu terapi anda. Sebagai contoh, susun atur meja kerusi. Anda perlu letak meja dan kerusi ditempat yg sesuai. Bukanlah di depan tv! Ini kerana anak-anak pasti akan terganggu dan tidak boleh fokus terhadap apa yang diajar.
Kedudukan ibubapa dan anak
Kedudukan anda juga memainkan peranan penting. Anda perlu duduk dalam kedudukan L shape atau berhadapan dengan anak. Seterusnya, anda perlu memastikan “eye level postion” sepanjang membuat terapi. Sebagai contoh, jika anak anda duduk di atas kerusi kecil. Anda mungkin boleh duduk di atas lantai supaya anda selaras dengan level mata anak.Anda juga boleh duduk di atas kerusi, Tetapi anda perlu merendahkan posisi badan supaya sentiasa bertentangan dengan level mata anak semasa bermain.Jika anak yang suka bergerak atau “poor sitting behaviour”.
Anda boleh mencuba cara “block”. Letak meja dan kerusi anak di penjuru bilik supaya anda boleh mengawal kedudukan anak. Jika anda tidak menggunakan meja kerusi, pilih kawasan yang tidak mempunyai barang yang boleh mengganggu fokus anak-anak. Anda juga harus mempraktikkan “eye level position” walaupun semasa membuat aktiviti di atas lantai.
Kawal mainan yang diberikan pada anak
Seterusnya, kawal mainan yang ingin anda gunakan. Objek (mainan) yang ingin diajar haruslah dikeluarkan satu-persatu. Tidak perlu mengeluarkan mainan banyak sekaligus. Hal ini dapat mengalih tumpuan anak-anak. Sorok mainan yang tidak perlu.Sorok juga semua benda yang mampu mengalihkan focus anak anda. Sebagai contoh, gadjet (hp), makanan atau minuman (susu). Walaupun nampak remeh. Percaya lah. Perkara ini mampu mengalihkan fokus anak dalam sekelip mata.
Mood AnakHal yang paling penting. MOOD ANAK! Pastikan anak anda berada dalam keadaan kenyang atau cukup makan. Mereka juga harus mendapatkan tidur yang cukup. Seperti kita juga, kalau ingin belajar juga perlukan mood yang baik. Inikan pula kanak-kanak yang sangat mudah meragam. Jika keinginan mereka tidak dipenuhi bagaimana mereka ingin memenuhi keinginan kita.Sumber: Aishah Kassim Academy
Pakar Patologis Pertuturan Bahasa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mak ayah bagi anak main dulu sebelum usia 7 tahun, bukan paksa belajar, rugi terlepas fasa ini. Dalam dunia yang semakin kompetitif, ramai ibu bapa merasakan bahawa anak-anak perlu memulakan pembelajaran formal seawal mungkin untuk memastikan mereka berjaya di masa depan.
Mak Ayah Bagi Anak Main Dulu Sebelum Usia 7 Tahun, Bukan Paksa Belajar, Rugi Terlepas Fasa Ini
Fenomena ini membawa kepada kebimbangan yang semakin meningkat apabila kanak-kanak seawal usia 3 atau 4 tahun sudah dihantar ke kelas tambahan, tadika yang fokus kepada akademik, dan program-program pengayaan. Namun, pendekatan ini sebenarnya boleh merugikan anak-anak dalam jangka masa panjang jika aspek perkembangan yang lebih penting seperti bermain diabaikan sebelum usia 7 tahun.
Fasa bermain ini bukan sahaja penting dari segi keseronokan semata-mata, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif, sosial, dan emosi kanak-kanak. Oleh sebab itu ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak belajar terlalu awal dan mengapa bermain sebelum usia 7 tahun adalah fasa yang tidak boleh dilepaskan.
Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.
Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.