Anak yang berusia antara 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi drama yang mereka buat semata-mata nak dapat perhatian.

Daripada perkongsian Dr. Rozieta Shaary anak-anak kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.

Kajian Membuktikan Memeluk Anak 18 Kali Sehari Menjadikan Anak Lebih Pandai Dan CerdikAkhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.

Bagaimana nak lembutkan hati anak?

Berdasarkan perkongsian dari Puan Aminah Hussain, kuasa pelukan adalah ubat paling berkesan untuk anak-anak bermula dari peringkat bayi hinggalah anak yang dah besar.

Jangan pandang rendah pada kuasa pelukan.

Dulu pernah tular kisah seorang ibu yang mempunyai seorang budak 3 tahun yang panas baran. Anak yang tidak boleh kawal rasa marah ini ubat dia ialah pelukan.

Kajian Membuktikan Memeluk Anak 18 Kali Sehari Menjadikan Anak Lebih Pandai Dan Cerdik

Bayangkan umur 3 tahun dah boleh angkat kerusi nak pukul budak lelaki lain. Ibu ini berkongsi seorang pakar psikologi memberi tip, bila anak marah dan mengamuk PELUK lah dia.

Cara memeluk anak ialah kita yang tinggi ni kena melulut biarkan sama paras dengan anak dan memeluk anak dengan kedua tangan kita selama 15- 20 saat. Bacakan surah alfatihah dan tiupkan pada ubun- ubun anak.

Ini kerana 2 ayat terakhir surah al fatihah adalah ubat pada salah laku anak tadi.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Menurut 1 laman web yang saya baca, memeluk anak sebanyak 18 kali sehari menjadikan anak lebih cerdik dan pandai. Senang menerima pembelajaran di sekolah.

Memeluk anak 8 kali sehari pula dapat mengembangkan sikap kreatif dalam diri anak. Memeluk sebenarnya lebih berkesan daripada memuji. Peluk anak jika mereka melakukan sikap yang terpuji daripada hanya memuji “yeay, adik dah pandai”

Sudah peluk anak hari ini?

Sumber: Aminah Binti Hussain

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI