Kek marjerin yang dimakan ketika waktu panas sememangnya cukup istimewa. Rasanya lembut dan aromanya cukup hebat. Aroma marjerin yang semerbak baunya ketika dibakar ini buat seisi rumah terganggu sambil menanti untuk dijamah. Hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ini pastikan sebiji kek sedap tersedia buat keluarga. Bosan mencuba kek coklat, kek marjerin ini antara yang disyorkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Junaida Shukor ini nampak cukup sedap. Malah paling istimewa cara hendak menyediakan kek marjerin sedap ini juga cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi senang hendak di cuba. Jom simpan kemas resipi ini untuk raya nanti.
Resipi wajib cuba: Kuih Bunga Orang Terengganu Simple Cepat Buat, Rasanya Lembut Liat-Liat Manis!
Anda tentu risau jika si kecil makan ais krim yang dibeli di kedai kerana banyak kandungan gula dan juga pewarna. Tapi bila sebut sahaja tentang ais krim, anda tentu terbayang ais krim kegemaran anda.
Ais krim bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa, malah kanak-kanak juga amat menyukai ais krim. Jadi apa kata anda buat sendiri ais krim yang berkhasiat untuk anak anda. Ikuti perkongsian ini;
Cuaca panas ting ting tang ting~~~ Maka berjemaahlah mama dan Amna makan aiskrim homemade
Tapi Amna beranggapan rumah sekangkang kera ni shopping mall agaknya so dia pun bersiar siar dgn aiskrim sambil menitikkan air tu ke serata rumah. Lepas ni kena taruk muffin cup bawah tu tadah airnya. Lupa nak beli huhu.
RESIPI HOMEMADE FRUIT ICE CREAM
1. Campurkan 2 sudu makan yogurt + puree kurma (saya guna madu sebab Amna dah atas 12m) + air suku cawan (saya guna susu farm fresh sebab amna dah 12m). Kacau sebati 2. Lenyekkan sepotong kiwi. Jangan lenyek banyak nanti rasa pahit-pahit. campurkan no 1 tu sikit. Letakkan 2 potong kiwi dalam tray aiskrim. Letakkan kiwi lenyek campuran tadi. 3. Rebus/steam jagung dan ambil isi saja. Letakkan isi jagung dan no 1. 4. Lenyek-lenyek 3 bijik mata kucing. Letakkan 1 biji mata kucing tak lenyek dalam bekas aiskrim. Letakkan no 1.
Yogurt yang saya gunakan ialah NATURAL YOGURT jenis full cream. Brand farm fresh. Boleh je mana-mana brand asalkan natural dan full cream ye.
Susu pun gunakan FRESH MILK macam farm fresh, bukan je is full cream or low fat milk. Nak guna susu ibu pun boleh tapi mak pak maybe tak lalu kot nak makan ebm.
Boleh gunakan apa-apa jenis buah kesukaan anda mcm tembikai, oren, pisang, anggur, strawberry dan sebagainya. Jangan guna buah dadu dahla hokeyyy
BEKUKAN SEMALAMAN.
Sesuai untuk 8 bulan ke atas yang tengah banyak gigi nak tumbuh. Simple je kan buat aiskrim ni
Siapa kata real foods, healthy foods ni tak boleh dibuat snek hihi.
*bagus untuk anak-anak yang tengah tiada mood sebab nak ada gigi *bagus untuk anak-anak yang dah kenal aiskrim kedai tapi mak pak takmau dia makan yang tu. *tak sesuai jika anak ada asthma.
Sesekali buatkan pula menu berasaskan kentang supaya anak masih dibekalkan dengan karbohidrat yang mengenyangkan.
Menu yang satu ini unik kerana bahan utamanya bukanlah tepung tetapi kentang yang diparut halus.
Resipi Hot Dog Tots yang dikongsikan oleh Zuraita Anua ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Tak perlukan bahan yang banyak malah cara hendak membuatkan juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama hendak di sediakan. Jom cuba menu kentang parut ini.
Bahan-bahan:
5 batang sosej – potong pendek
900gm kentang -buang kulit
1 sudu makan garam (elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
Air secukupnya
1 cawan keju Parmesan
2 sudu makan tepung
1 sudu teh oregano
Minyak untuk menggoreng
Didihkan air dan rebus kentang sedikit lembut.
Apabila sejuk, parut kentang hingga halus.
Campurkan Parmesan, tepung dan oregano ke dalam ketang parut. Kacau sampai sebati.
Kepalkan adunan dan letakkan sosej. Balut kemas dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Angkat.
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1
Bahab-bahan;
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Buah Betik muda – Sebiji Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.