Sedap betul makan laksam dengan kuah putih yang pekat ditambah pula dengan sedikit cili boh. Memang bertambah-tambah! Tapi yang menjadikan makanan ini sedikit susah nak sediakan bila masuk part penyediaan laksam itu sendiri. 

Tak kena cara memang berjam-jam di dapur.  Bagi yang nak cuba resipi mudah buat laksam, boleh ikuti perkongsian ini.

LAKSAM

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap
Bahan-Bahan;

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Cara penyediaan:

Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk). Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap

IKLAN

Untuk kuah putih:

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap-Ikan kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)

-Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)

-Lada hitam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) – (Blend bersama ikan)

-Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)

-Bawang putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)

IKLAN

-Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)

-Ajinomoto jika mahu

-Garam secukupnya

-Air secukupnya ( dalam 2 cawan )

*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap

*doublekan bahan jika buat banyak

IKLAN

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat SedapMakan bersama Ulam:

-Kacang panjang – hiris
-Bunga kantan – hiris
-Daun kesum – hiris
-Kobis – hiris
-Timun batang – cincang dan hiris
-Taugeh
(Gaulkan sekemua ulam)

Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
-Belacan
-Ciliboh
-Garam

P/s: Kalau nak makan jenis ada pedas-pedas sikit, Kalau tak nak makan laksam dengan ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada:

Resepi – Ambil cili padi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dalam mangkuk, letak sedikit cuka dan air panas. Gaul rata. Siap

P/s : Contoh pinggan ikea yang digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir, Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Boleh juga makan bersama laksa

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi! Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap
Selamat Mencuba
Kredit: Tia Rizz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI