Ibu mana yang tidak bimbang bila anaknya sakit. Lagi-lagi anak yang cukup aktif setiap hari. Anak kepada pelakon, Ezzaty Abdullah dimasukkan ke hospital selepas mengalami dehidrasi.
Menerusi Instagramnya, Ezzaty memuat naik video ketika anaknya, Harum Dalia mendapatkan rawatan di hospital.
Akui Ezzaty lagi, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang cukup aktif dan lincah. Malah tetap lincah walaupun demam. Namun kali ini Harum tewas dan mengalami muntah-muntah.
“Kakak strong girl. Ibu ingat lagi masa baby, kakak tak nangis pun. Setiap kali kakak demam or sakit, mesti kakak hyper je macam tak sakit.
“Tapi hari ni, kakak terbaring, diam, nangis, tak makan, muntah-muntah. Ibu minta maaf sangat sebab ibu ingat kakak sakit macam biasa je,” tulisnya berkongsi.
Ads
Berkongsi kisah cemas itu kata Ezzaty, anaknya dirujuk ke hospital sebagai mendapatkan rawatan di klinik pakar kerana degupan jantungnya yang tinggi dan ditambah pula masalah dehidrasi yang dialaminya.
Namun dia kini bersyukur bila mana keadaan anaknya yang lemah semakin bertambah baik. Malah kini Harum sudah mampu tersenyum dan ceria seperti selalu biar pun masih dalam pemulihan.
Ads
“Sampai je klinik pakar tadi, doktor terus suruh ibu bawak pegi hospital cepat-cepat sebab heartbeat kakak dah tinggi sangat, kakak dehydrate yang sangat teruk sampai mata dah kuyu.
“Alhamdulillah, malam ni Harum dah boleh senyum, boleh bercerita cuma dia masih lemah dan masih belum hyper lagi.
Ads
“Ibu sentiasa doakan kakak cepat sembuh dan happy macam selalu ok. Nanti dah sihat, kita pergi tengok cerita Barbie! @harumdalia,” luahnya.
Semoga Harum Dalia cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.
Isu pemilihan taska & pengasuh tidak boleh dipandang remeh dan diambil mudah. Tanpa kita sedari, kesilapan dan kecuaian ini boleh undang padah kepada anak sendiri.
Pemerhatian Pa&Ma mendapati pasangan muda kini mudah memilih untuk mendapatkan pengasuh melalui grup atau page di laman sosial. Kurang ketelitian dalam pemilihan dan mengenepikan faktor penting mula menunjukkan kesan negatif ekoran kepada terjadinya kes penderaan bayi yang semakin banyak terjadi akhir-akhir ini. Bahana kesilapan dan sikap terlalu percayakan manusia bertopengkan syaitan di laman sosial akhirnya membawa padah kepada anak sendiri.
Menurut Professor Madya Mastura Badzis, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, hal ini tidak boleh dipandang enteng dan diambil mudah. Perkara berkaitan asuhan anak dan pemilihan pengasuh perlu jadi keutamaan.
TIDAK BOLEH HANYA KENAL DI MEDIA SOSIAL
Perihal memilih pengasuh anak, ibu bapa perlu teliti. Pertama sekali, ibu bapa tidak boleh hanya kenal-kenal melalui sosial media dan terus hantar anak. Ibu bapa perlu kenal dan jumpa beberapa kali sebelum ambil keputusan untuk menghantar anak kepada pengasuh berkenaan. Sebab yang hendak kita serahkan anak kita, untuk dijaga mereka. Jadi ia menjadi tanggungjawab kita memilih pengasuh yang baik untuk anak.
PERLU BERDAFTAR
Kedua, ibu bapa perlu memastikan pengasuh atau taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika ia berdaftar, bermakna para staf terlatih yang telah mengambil Kursus Asas Permata dengan jabatan ini. Ini bermakna mereka pengasuh yang terlatih. Kursus ini juga ada diberikan kepada pengasuh-pengasuh di rumah yang mana memilih untuk berdaftar.
Kursus Asas ini adalah untuk pengasuh yang menjaga kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.
SELIDIK LATAR BELAKANG PENGASUH
Ketiga, ibu bapa perlu menyelidiki latar belakang pengasuh tersebut. Dibimbangi kalau mungkin terdapat dalam kalangan pengasuh, mereka yang mengalami masalah Psikologi atau kecelaruan emosi.
Sekarang, ramai yang mengalami masalah mental yang tidak diketahui seperti stresyang membawa kepada distress, psychotic dan memungkinkan terjadinya skizofrenia.
Bagi mereka yang mengalami gangguan emosi atau disorder ini biasanya mereka boleh bertindak sesuatu iaitu gangguan-gangguan tingkah laku yang kita tidak terfikir orang normal akan buat. Ia selalunya berlaku kerana stres yang keterlaluan.
PERLU SELEKTIF
Saya boleh katakan taska berdaftar memang wajib. Katakan ibu bapa nak hantar pengasuh di rumah sekali pun kalau saya sebagai tersebut telah mendapat latihan professional untuk pengasuh TASKA di rumah.
Kadang-kadang kita katakan berikan anak diasuh orang tua-tua, makciknya & nenek dalam keluarga kita, tu saya tidak mahu komen, terserah kepada individu. Pengasuh yang mungkin sudah berusia dan berpengalaman. Namun aspek keselamatan, kesihatan dan sebagainya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.
.
PERIKSA KEADAAN RUMAH
Perkara mengambil pengasuh kepada anak ini bukan kita boleh ambil remeh. Kita ke arah negara maju, sepatutnya kita berhak untuk untuk meminta untuk melihat keadaan rumah/ taska di mana anak akan diletakkan. Melihat keadaan depan rumah sahaja tidak cukup.
Memang kita perlu minta kebenaran untuk masuk ke dalam rumah orang, tetapi apabila rumah tersebut dijadikan pusat asuhan, ibu bapa berhak untuk melihat keadaan rumah untuk memeriksa pelbagai faktor seperti keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Bimbang keadaan rumah yang tidak sesuai menyebabkan anak mudah terjatuh, licin dan sebagainya.
TANGGUNGJAWAB
Penguatkuasaan taska di rumah mungkin kurang walau pun ada garis panduan dan sebagainya. Tetapi sebagai ibu bapa, itu adalah perkara asas yang perlu kita telitikan. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan tidak boleh ditarik balik. Seandainya sudah tersilap, ia tidak boleh nak diperbetulkan lagi.
NASIHAT KEPADA IBU BAPA
Ibu bapa perlu selektif dan buat persediaan awal. Ketika ibu masih hamil, dapatkan beberapa calon pengasuh dan buatlah lawatan ke rumah beberapa kali. Cuba kenali dan selidik calon pengasuh anda!
Jadi saya amat tekankan di sini untuk memilih taska atau pengasuh berdaftar. JKM ada juga yang memberikan latihan kepada pengasuh (taska) yang beroperasi di rumah. Selain kualiti penjagaan yang terjamin, keselamatan anak juga lebih boleh dipertingkatkan. Dan apabila terjadi sesuatu, kita boleh ambil tindakan. Dan kalau pengasuh tidak berdaftar, kita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang.
PEKA MASALAH MENTAL DALAM MASYARAKAT
Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam masyarakat. Dan kita tidak tahu hal ini dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kita tidak kenal. Masalah begini yang sangat kita bimbangkan.
FAKTOR PERSONALITI & KEPERIBADIAN Kalau kita ikut prosedur & ambil kursus asas, kita masih perlu mempertimbangkan faktor personaliti, keperibadian dan attitude kerana ia akan membentuk anak kita.
Ibu bapa yang hendak tinggalkan anak kepada pengasuh perlu ambil masa, bukan terus letak dan tinggalkan. Maksudnya dalam pantang, ketika dalam tempoh cuti materniti ibu bapa dan boleh cari calon pengasuh dan dapatkan maklumat yang tepat.
RATIO PENGASUH & BAYI
Ibu bapa juga perlu ambil tahu ratio bayi dan pengasuh. Ratio pengasuh dan bayi (bawah 12 bulan) ialah 1:3. Seorang pengasuh mengasuh empat bayi masih boleh dipertimbangkan. Sebab apa ratio 1:3 ini dijadikan garis panduan? Kerana contohnya apabila berlaku kebakaran, pengasuh boleh menyelamatkan semua bayi dengan bayi pertama di tangan kiri, bayi kedua di tangan kanan & bayi ketiga ditampung tengah-tengah.
Memang ibu bapa akan katakan, faktor ini tidak penting dan menyerahkan bulat-bulat kepada pengasuh dengan alasan “tahulah mereka menjaga”. Stigma ini perlu diperbetulkan.
Menurut Prof Madya Mastura, individu yang ingin membuka taska, mereka perlu tahu hal-hal ini. Ibu bapa juga perlu perhatikan faktor ratio pengasuh dan bayi dan ambil tahu jumlah bayi / kanak-kanak yang dijaga oleh taska/ pengasuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 18 Mac 2020, semalam hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tinjauan semalam mendapati rata-rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan tersebut malah masih sempat minum-minum kopi di warung dan tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.
Sekali lagi semalam PM buat kali kedua merayu agar rakyat Malaysia “Stay at home” supaya dapat sama-sama mencegah wabak Covid-19 dari terus merebak.
Seorang pengguna facebook yang juga juru foto sempat mengambil gambar di beberapa tempat sekitar bandar Ampang. Suasana lenggang menunjukan warga Ampang mematuhi perintah kawalan tersebut.
Suasana di sekitar bandar Ampang yang sempat dirakam oleh saudara Nazri Hashim
Kedai makan beroperasi hanya untuk ‘tapau’
Kawasan di sekitar De Palma Ampang
Kompleks Parking LRT Ampang
Syabas warga Ampang. Teruskan usaha ini sehingga 31 Mac 2020 supaya kita dapat membendung wabak Covid-19 secara menyeluruh.
Seorang bayi yang berusia lapan bulan di Bengaluru, India, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.
Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka pada Rabu.
Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.
Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.
Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.
Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.
Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.
Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.
Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.
Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.