Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Timbul juga kebimbangan apabila melihat kaki semakin membesar, adakah ini berbahaya?

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.

Beliau mengupas tentang isu ini secara terperinci. Walau pun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?

Ikuti perkongsian daripada beliau ini;

KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL – BAHAYA KE?

Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.

Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini. Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal!

PUNCA

Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.

Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.

TIP MENGURANGKAN BENGKAK PADA KAKI SEMASA HAMIL

Tips untuk mengurangkan bengkak pada kaki

#1: MINUM AIR MENCUKUPI

Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.

#2: TINGGIKAN KAKI SEMASA BARING

Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.

#3: MENGIRING KE KIRI

Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.

Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini. Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal!

#4: BANYAKKAN PERGERAKAN

 Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.

#6: COMPRESSION STOCKINGS

Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.

#7: KASUT YANG SELESA

Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!

Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia  boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.

Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome – penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.

KAKI BENGKAK SEBELAH ADALAH TIDAK NORMAL!

Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. macam mana?

Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini. Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal!

TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.

DEEP VEIN THROMBOSIS

Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.

Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.

CELLULITIS

Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga ( tanpa kita sedari ) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.

Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

[ Artikel berkaitan: Keajaiban Darah Tali Pusat Bayi, Boleh Selamatkan Nyawa Anak & Ahli Keluarga. 6 Kelebihannya Mama Papa Perlu Tahu]


Kaki Bengkak Masa Hamil Boleh Dikawal Dengan 7 Tips Ini. Tapi Kalau Bengkak Sebelah Itu Tidak Normal!

Sel stem atau darah tali pusat memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya.

Mama papa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan menyimpan darah tali pusat  boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI