Sembilan tahun menyulam cinta dan melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuriat sebagai penyeri.
Di Instagram, Izzue memuat naik foto bersama isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.
Menerusi posting tersebut, Izzue turut menyatakan sekiranya mereka dikurniakan rezeki anak, sudah pasti anak mereka berusia 9 tahun dan bersekolah. Namun apakan daya, soal zuriat merupakan ketentuan Allah.
Ujar Izzue, dia dan isteri tidak akan berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Ads
“Hari ini usia meningkat lagi dan 9 tahun berkahwin. Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe. Thank you kepada semua yang mendoakan Izzue dan Awin,” tulisnya.
Selain menyambut ulang tahun perkahwinan, Izzue turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada tarikh sama (2 Jun).
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen berdoa agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Ramai yang memberi kata-kata semangat daan berharap Izzue dan isteri tak berputus asa kerana orang yang sabar akan pasti mendapat ganjarannya kelak.
Setiap apa ketentuan yang ditetapkan Allah pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepaat semuaa itu rahsia Allah. Moga rezeki anak untuk Izzue dan isteri akan ada suatu hari nanti. InsyaAllah, amin!
Memang banyak kita lihat kes-kes rogol yang melibatkan anak-anak yang masih kecil. Kadang terfikir mana pergi sifat kemanusiaan si pelaku, sanggup lakukan perkara sebegitu kepada kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa.
Sebagai ibu jika perkara ini berlaku kepada salah seorang anak, pastinya perasaan geram yang melampau akan menguasai diri. Seperti yang berlaku di Afrika Selatan yang mana seorang wanita dihadapkan ke mahkamah di sana kerana didakwa memotong alat sulit seorang lelaki yang disyaki merogol dan membunuh anak perempuannya berusia lima tahun.
Veronique Makwena, 23, bersama dengan kakak iparnya, Noxolo Maneli dan rakannya, Siyabonga Pakade, didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh lelaki itu selepas menemui mayat anaknya, Chantelle, di tandas awam di Port Elizabeth, Ogos lalu.
Peguam Fundile Matoto, yang bersetuju mewakili Veronique tanpa mengenakan sebarang caj guaman selepas kes itu mendapat banyak tumpuan berkata, pihaknya tidak menafikan serangan itu berlaku tetapi mahu tuduhan yang lebih ringan dikenakan terhadapnya.
Chantelle dilaporkan hilang dari rumahnya di Port Elizabeth pada Ogos tahun ini ketika ibunya pergi ke kedai yang agak jauh dari rumah.
Sebaik tiba di rumah, Chantelle yang ditinggalkan bersama rakannya tidak kelihatan.
Makwena berkata, dia menghabiskan masa sepanjang malam itu untuk mencari anak perempuannya, tetapi gagal menemui Chantelle.
Sehari selepas kejadian, mayat Chantelle ditemui dalam tandas awam dengan berlumuran darah oleh suami Makwena dan polis terus melancarkan siasatan.
Seorang suspek lelaki berusia 20-an yang dikenali keluarga mangsa disyaki terbabit dalam kes itu dan diarahkan menjalani ujian DNA. Tetapi polis tidak dapat menahannya selagi keputuan ujian DNA tidak diperolehi.
Sebulan kemudian, Makwena bersama dengan kakak ipar dan seorang lagi rakan didakwa berdepan dengan suspek dan mendakwa lelaki itu bertanggungjawab di atas kematian Chantelle. Lelaki itu diserang dan alat sulitnya dipotong.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital di mana dia memberitahu pihak berkuasa bahawa Makwena, Manela dan Pakade telah menyerangnya. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula alat sulitnya.
Susulan kejadian itu, Makwena dan dua lagi suspek ditahan reman dua minggu sehingga pihak Enough is Enough tampil mengumpul dana bagi mengikat jamin mereka.
“Ketika Chantelle ditemui, hati saya pilu dan terkilan. Anak perempuan saya dah tiada. Sepanjang malam kami mencari dia, rupanya dia terbaring kaku di lantai tandas yang sejuk. Saya masih tidak dapat menerima kenyataan ini,” kata Makwena.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Februari depan untuk sebutan semula kes berikutan siasatan masih belum lengkap.
Melihat keletah Azad Jazmin, rata-rata peminat pasti tergelak kerana aksinya yang sporting dan kelakar melayan isteri, Eira Syazira dan anak-anak.
Setiap apa yang dilakukan oleh Azad jelas menampakkan dia seorang bapa yang bertanggungjawab walaupun sibuk dengan komitmen kerja.
Paling mencuit hati adalah aksinya dengan anak, Ammara Sofea Rose yang memang ada chemistry. Apa yang Azad buat, Ammara pasti boleh boleh buat. Sekali tengok memang satu kepala.
Bagi Azad, apa yang dilakukannya itu bukan ‘buat-buat’ tapi ia adalah realiti kehidupannya sekeluarga. Paling kagum Azad juga tak kekok menguruskan ketiga-tiga anak perempuannya.
Mungkin orang tengok cara Azad macam tak serius dengan anak tapi sebenarnya seorang yang penyayang.
Dia juga jenis yang suka melayan anak-anak. Sebab tu apa yang Azad buat, Ammara mudah ikut. Setakat ini paling menonjol Ammara pun boleh cakap bahasa Tamil.
Kredit: ig azadsyazirarose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan ibu dan ayah apabila selepas 14 tahun baru dikurniakan anak. Terlalu bersyukur, gembira, sebak, teruja dan segala perasaan bercampur-baur.
Setiap pasangan yang berumahtangga sudah tentu mahukan kehadiran anak dalam hidup mereka. Tapi tak semua bernasib baik dikurniakan anak dengan mudah. Ada yang memang tunggu berbelas bahkan ada sampai berpuluh tahun untuk saat bahagia itu.
Perjalanan sebelum bergelar ibu ayah sangat pedih dan perit dilalui yang hanya Allah sahaja mengetahui bagaimana rasanya.
Jadi bila segala usaha dan doa sudah dilakukan dan Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan anak, rasa terujanya mengatasi segala kegembiraan yang lain.
Pagi-pagi ini dapat berita dari kawan lama yang beliau baru dikurniakan anak. Rasa syahdu pula.
Beliau dan isteri menutup semua akaun sosial media selepas beberapa tahun berkahwin kerana tak tahan melihat wajah-wajah bayi yang dimuat naik. Kemudiannya juga mengundurkan diri dari kami (kawan-kawan) dan sentiasa beri alasan tak mahu berjumpa.
Kami faham yang beliau ada sedikit perasaan sedih apabila ditanya tentang anak. Peringkat awal berkahwin, perkara itu jadi bahan lawak lucah. Namun apabila sudah bertahun, ia tak lagi jadi jenaka. Ia sebuah keperitan yang ditanggung sesama suami isteri itu.
Jujurnya, isteri beliau 6 tahun lebih tua dari beliau. Dan ini adalah tahun ke-14 beliau melayari rumah tangga.
Dapat seorang bayi lelaki awal subuh tadi, dan beliau mesej saya,
“Khairul, baby boy. Alhamdulillah. Penantian 14 tahun berakhir hari ini. Doakan baby dan isteri sihat.”
Buat Amalan Disaran Ustaz
Bayangkan, beliau sebaya saya, 37 tahun. Isterinya 43 tahun. Saya terus telefon dia, dan kami bersembang tentang apa yang saya ceritakan tentang pesanan seorang ustaz semasa kami menunaikan umrah pada tahun 2011.
Ustaz itu cakap,
1. Sebelum berdoa nak meminta dari Allah, pastikan bertaubat dahulu. Sentiasa istighfar dan memohon dari Allah dihapuskan segala dosa, memohon keampunan sesungguhnya.
2. Sesudah itu, buat solat hajat sebanyak-banyaknya.
3. Dalam sujud yang terakhir, doa spesifik begini:
Ya Allah, kurniakan aku anak perempuan / anak lelaki yang boleh aku didik supaya menjadi anak yang soleh / solehah.
Tak disarankan berdoa Ya Allah kurniakan aku anak yang bijak, anak yang baik, anak yang soleh bla bla bla. Kena ingat, kita hamba yang banyak berdosa, untuk Allah beri semuanya dalam bentuk kesempurnaan, kena tanya diri semula.
Jadi minta sesuatu yang kita perlu, bukan kita mahu. Bab didikan, bijak dan pandai, kita yang kena didik. Tugas kita.
Dalam doa, terus cakap nak anak apa, perempuan, lelaki semua cakap ja.
4. Banyak-banyak memberi. Sedekah, hadiah, kudrat tenaga. Ada orang datang ke meja jual, beli atau sumbang sedikit, nampak orang menadah tangan, beri, nampak tabung, isi.
5. Sola dhuha tak boleh tinggal. Itu punca berjumpanya kita kepada banyaknya pintu rezeki, juga rezeki dapat anak.
6. Berbuat baik dengan ibu bapa. Yang ini kena sampai ke tahap puaskan hati mereka. Bantu sedaya mungkin.
7. Beri nafkah kepada isteri walau dia bekerja walau dia berduit. Tak boleh banyak, beri sedikit. Itu adalah kunci kepada keberkatan rumah tangga.
Kami pun suami isteri berusaha ke arah ini sikit demi sikit.
Takdir Allah, setahun selepas itu ‘Ain lahir. Dan kawan, rupa-rupanya kawan saya ini buat benda yang sama juga.
Beliau mulakan dengan pemergian ke Makkah hujung tahun 2016. Bersedekah sebanyaknya di sana, mula dengan memberi 1-2 riyal kepada pekerja dan teruskan hal itu di sini.
Disamping itu beliau berusaha menjalani rawatan dan sebagainya. Usaha tetap kena buat dan tak boleh berputus asa.
Katanya lagi tadi,
“betullah, kalau kita nak sesuatu dari Allah, kenalah beri sesuatu juga. Aku bagi RM25/bulan gaji aku pada badan-badan yang memerlukan. Serius rasa sedap dan puas. Dan akhirnya aku tak sedar pun benda itu berlaku.
Hari ni dapat baby. Allah, syukurnya!
Betul weh, nak Allah pemurah kepada kita, kita dulu kena pemurah. Sekarang aku faham kenapa orang kaya semakin kaya, sebab depa ini suka memberi apa sahaja yang mereka ada.”
Huhu syahdu pula saya. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Dan berharap beliau kembali wujud di media sosial ini hihihi.
Alhamdulillah. Pagi jumaat yang menceriakan. Berita begini rasa macam nak sujud syukur ja kan. Huhu.
Alhamdulillah.
Khairul Hakimin Muhammad, Sukanya dapat baby.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.