“Anak Baru Nak Tergolek Dia Dah Sambut” Diana Danielle Gambarkan Farid Kamil Ayah Yang Penyayang

Share

Walaupun pasangan ini pernah diduga, namun Diana Danielle menggambarkan suaminya Farid Kamil seorang ayah dan suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.

Baru-baru ini pengacara rancangan Kata Serasi berkongsi foto dan ucapan selamat hari lahir kepada suami tercinta di Instagramnya.

Ucapan penghargaan yang cukup sweet dibuat sempena hari kelahiran Farid Kamil membuktikan betapa cintanya Diana terhadap suaminya.

Selamat Hari Lahir ayah terbaik yang mana-mana anak mahu! Saya bahagia menyaksikan betapa sayangnya awak pada anak-anak kita dan macam mana awak bersikap melindungi mereka, kalau anak jatuh dia lari dulu, reflex pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut, dia dulu yg panic dan dia dulu yg cepat bertindak, bila saya marah pada anak-anak Farid kadangkala akan keluar dari bilik kerana mempunyai hati yang sangat lembut dia tak tahan menyaksikan saya bertukar menjadi mommy monster, dan bila dia marah anak-anaknya dia akan rasa menyesal kemudian walaupun tahu itu yang sepatutnya dia lakukan.

Ini adalah sebuah cinta hingga sanggup merenangi lautan api dan inilah sebabnya saya sangat cintakan awak. 

Awak memang ayah yang hebat dan suami yang hebat yang sentiasa sokong apa yang saya dan anak-anak nak buat.

Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, semoga sentiasa memperolehi kejayaan dan ketenangan hati.

Ibu kepada Chemad dan Aurora ini menggambarkan Farid seorang ayah dan suami yang baik dan penyayang terhadap ahli keluarga.

Nyata pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini seorang ayah yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya sampaikan kalau anak terjatuh Farid dulu yang pantas berlari menyelamatkan anaknya.

Semoga rumahtangga mereka terus dilimpahi kebahagiaan dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan segala dugaan yang mendatang dapat dihadapi dengan penuh kesabaran.

Sumber: Instagram Diana Danielle

IKLAN