Skill apa sebenarnya kita nak prepare untuk anak pergi sekolah dan dapat menguasai akademik dengan baik. Adakah boleh menyebut abc? Atau mengira 123? Atau menghafal warna dan bentuk?
Memang tidak dinafikan bahawa kita boleh menjangka kebolehan kanak-kanak untuk membaca daripada kebolehan mereka mengenal huruf. Sama juga seperti kebolehan 3M kanak-kanak ditadika boleh menjadi kayu ukur yang kanak-kanak akan menguasai subjek di sekolah dengan baik.
Tapi cuba bayangkan, ada tak skill yang memberi kesan yang lebih besar pada kejayaan kanak-kanak di sekolah. Skill yang akan menjadikan dasar kepada kejayaan kanak-kanak dalam pelbagai bidang-bidang lain lagi selain akademik semata-mata.
Ads
Ya. Memang ada dan ianya hanya di depan mata kita sahaja. Kajian terbaru yang dilakukan mendapati bahawa, bahasa bukan sahaja berperanan untuk bercakap sahaja, tetapi ianya kunci kepada perkembangan kemahiran-kemahiran penting yang lain. Kebolehan berbahasa kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan boleh melambangkan kebolehan mereka untuk menguasai kemahiran 3M dan juga memberi kesan kepada kemahiran sosial mereka.
Bagaimana Bahasa Memberi Kesan Kepada Skill Lain?
Mudah sahaja, Kita hanya perlu lihat bahasa sebagai “peralatan” untuk kanak-kanak belajar. Sebagai contoh, kemahiran memahami bahasa. Kita perlu menggunakan kefahaman yang baik untuk memahami pengajaran guru, memahami apa yang dibaca dan didengar dan juga memahami konsep nombor untuk belajar matematik. Tanpa kefahaman, semuanya akan jadi tidak bermakna.
Ads
Skill bahasa yang lain pula adalah kemahiran menghasilkan bahasa. Kita perlu menggunakan bahasa untuk mengekspresikan pemikiran kita dan membentuk hubungan dengan orang lain yang mana ianya penting untuk perkembangan sosial kanak-kanak.
Disebabkan itulah kita dapat lihat kanak-kanak dengan masalah lambat bercakap atau speech delay akan mengalami kesukaran dan terpaksa begelut untuk belajar subjek-subjek di sekolah dan juga untuk bersosial dengan orang lain.
Ads
Jadi pembelajaran bahasa semasa kecil lagi memainkan peranan yang sangat penting untuk persediaan anak-anak menghadapi alam persekolahan yang semakin mencabar kini. Dasar bahasa yang kuat akan membuka pintu-pintu kejaaan kanak-kanak dalam pembelajari pelbagai skill bukan sahaja dalam akademik, malah dalam perkara-perkara lain dalam kehidupan mereka.
Perasan tak anak umur setahun ke atas kalau mandi mesti nak lama-lama dalam bilik air.
Kalau main di playground tak nak balik, kalau jumpa mainan di mana-mana mesti mengaku miliknya. Lepas tu akan menangis tanpa henti dan susah dipujuk.
Ia adalah perkara normal dan sebahagian daripada proses perkembangan si kecil. Perangai susah nak ‘move on’ mereka kalau tidak dikawal boleh menyebabkan mak ayah sendiri yang akan stress kelak.
Puan Maryam Jamadiseorang Pediatrik Occupational Therapist terkenal berkongsi tips yang patut dilakukan oleh ibu ayah dalam menangani perilaku ini.
ANAK SUSAH “MOVE ON”
Mandi, nak mandi lama-lama.
Pergi playground, tak nak balik.
Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari.
Main mainan orang lain, tak nak pulang.
Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun ada ciri-ciri di atas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan.
Belajar untuk “move on” pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham
1. Konsep kepunyaan
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau
“Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada di sana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu ke mana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapkan konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada di ruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa ke mana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi ke mana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah, kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu. Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur. Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga. Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best! Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist Beyond Home Therapy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah pendidikan keluarga, perlunya ada keseimbangan dalam mendidik anak-anak. Perlu ada elemen berlawanan. Seperti lumrah hidup, panas mesti ada sejuk. Besar dan kecil. Kuat dan lemah. begitu jugalah keluarga
Anak-anak ni kalau dua-dua ibu bapa lembut hati sangat. Kurang seimbang jadinya. Kekadang mereka tidak akan takut dan terlebih manja. Tu yang tak dengar cakap, taknak dengar arahan, suruh buat itu tak mau, lambat, bertangguh, dan sebagainya. Dah mak ayahnya lembut hati.
Kalau dua-dua tegas dan garang pun tak seimbang sangat. Takut anak-anak tidak merasa tenteram pula dirumah. Berasa seperti diri tak disayangi
Tapi, kalau salah seorang samada ibu atau bapa garang dan tegas, maka akan jadi seimbang. Anak akan lebih mudah mendengar kata. Anak akan mudah mendengar kata orang yang dia takut.
Contohnya yang paling ditakuti / tegas ialah ayah, makan lebih mudah si anak mendengar kata ayah. Ibu yang lembut pula berfungsi sebagai penyejuk dan pemujuk. Dan si ibu pula boleh lah menggunakan peluang yang ada pada ketegasan si bapa kalau tak berapa nak dengar kata ibu.
Anak lelaki cenderung suka main masak-masak mungkin menimbulkan kerisauan di hati ibu ayah. Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya. 5 tip yang dikongsikan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini boleh digunakan.
Banyak kita mendengar keluhan mama papa tentang anak lelaki yang suka bermain dengan permainan anak perempuan. “Anak lelaki saya suka permainan perempuan seperti teddy bear dan masak-masak. Bagaimana hendak atasi tingkah laku ini?”
Menurut Dr. Bustam Kamri, Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College Of Yayasan Melaka, memang selalunya ibu bapa amat khuatir apabila anak lelakinya bermain beruang dan masak-masak. Jika dilihat secara positif hal mainan tidak menjadi masalah kerana orang dewasa yang membuat klasifikasi pengkhususan jantina permainan itu sendiri.
TANGGAPAN PENENTUAN MAINAN BERDASARKAN JANTINA PERLU DIUBAH
Masa telah berubah dan tanggapan penentuan permainan mengikut jantina perlu diubah. Secara professional tugas memasak bukan lagi kerjaya yang dimonopoli oleh golongan wanita sebaliknya ‘chef’ (tukang masak) yang terkenal terdiri daripada orang lelaki terutama di hotel-hotel dan restoran-restoran.
Dr Bustam juga turut berkongsi beberapa tips dan info yang boleh ibu bapa lakukan;
#1. PELBAGAIKAN JENIS PERMAINAN DI RUMAH
Begitu juga dengan reka cipta alat mainan itu sendiri. Ibu bapa tidak boleh menyekat minat kanak-kanak untuk bermain. Sebaliknya perlu mempelbagaikan jenis permainan di rumah. Perlu diingat bahawa main adalah suatu proses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Menerusi main mereka meneroka sesuatu dengan bereksperimen. Bermain masak-masak adalah meniru kehidupan seharian orang dewasa. Manakala bermain dengan beruang adalah imaginasi untuk berkomunikasi dan berimaginasi menerusi fantasi.
#2. LIBATKAN DIRI DENGAN KETIKA ANAK BERMAIN
Selalunya ibu bapa sebagai pemerhati semasa anak-anaknya bermain dan jarang sekali melibatkan diri bersama anak-anak untuk bermain. Cuba dekati anak walaupun bermain dengan beruang cuba padankan dengan haiwan yang lain. Ajak anak berkomunikasi dengan menggunakan haiwan-haiwan yang sedia ada di sekelilingnya.
Jadikan aktiviti bermain dengan beruang sebagai cetusan galakkan membaca. Ibu bapa hendaklah membacakan buku berkaitan dengan beruang. Terdapat banyak cerita tentang beruang yang boleh mendorong minat kanak-kanak untuk meneroka imaginasi lebih jauh tentang kegagahan dan kepahlawanan.
#3. BERCAKAP DENGAN ANAK BERKAITAN MAKANAN/ INDUSTRI
Begitu juga halnya main masak-masak boleh menyemaikan minat ke arah kerjaya dengan menunjukkan kejayaan ‘chef’ lelaki yang terkenal.
Dapatkan gambar dan cerita-cerita tentang ‘chef’ di pelbagai lapangan seperti di hotel, restoran dan sebagainya. Kembangkan perbualan anda dengan penyelidikan pemakanan dan hal-hal yang melibatkan industri dan pertanian.
#4. DORONG ANAK LELAKI MENERIMA RISIKO
Ajar anak-anak lelaki dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu perkara bukan sekadar melihat apa yang dilakukannya. Dorong kanak-kanak lelaki untuk menerima risiko. Bukan sahaja risiko pada fizikal tetapi mental dan emosi.
Contohnya bermula main masak-masak, kanak-kanak boleh didorong menerusi perbincangan perkara yang diperlukan untuk masakan. Sayur-sayuran diperlukan dan ibu bapa hendaklah mengajar cara menanam sayur-sayuran atau membawa kanak-kanak ke ladang ternakan.
#5. BERIKAN BIMBINGAN SUPAYA ANAK FAHAM PERSEKITARAN
Semuanya terpulang kepada ibu bapa untuk mengarahkan kanak-kanak kepada yang lebih positif. Jangan biarkan kanak-kanak bermain sendirian tanpa didampingi oleh ibu bapa. Kanak-kanak perlu mendapat perhatian dan bimbingan biar pun hanya sekadar aktiviti bermain, sebenarnya merupakan titik permulaan kanak-kanak belajar memahami tentang persekitarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.