Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan. Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara mendidik anak 3 tahun
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak.Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar.
Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri.Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul.Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa.
Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Ads
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air. Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah. Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif. Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda. Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang.
Ads
Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain.Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda. Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak.
Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda. Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”.
Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?” Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Ads
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka. Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan.
Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka. Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Cara mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu. Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila-bila dan tak akan mengulanginya lagi.
Namun sebagai ibu bapa adakah anda terfikir tindakan itu menyebabkan anak akan hilang keyakinan dalam diri mereka? Ingat ya walaupun anak kecil dan tak mampu buat apa-apa mereka sebenarnya ada sikap malu.
Kalau diikutkan biasalah anak-anak kecil ni akan berlari ke hulur hilir, tapi ada cara menasihatinya supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh. Berikut perkongsian dari Certified Parental Coach, Zaid Mohamad apa yang sepatutnya ibu bapa buat tanpa memalukan anak dikhalayak ramai.
Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah “taman permainan” yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih “excited” tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah).
Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka – elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah….ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Setiap ibu bapa pasti teruja tak lama lagi si kecil bakal masuk ke sekolah rendah. Bermakna fasa tadika/taska sudah berlalu bukan? Namun adakah anak-anak anda sudah bersedia untuk menempuhi alam persekolahan yang sebenar?
Ibu ayah perlu meneliti beberapa perkara sebelum anak masuk ke darjah 1 supaya anda dapat mengenalpasti potensi mahupun masalah perkembangan anak. Ikuti senarai sedia sebelum anak masuk ke darjah 1 yang dikongsi oleh penulis keibubapaan ini.
Readylist ni penting supaya anak boleh survive & tak bergelut di dalam kelas nanti. Ibu ayah boleh semak seawal usia 4 tahun lagi, jangan lambat..
1️⃣ Anak kenal tak sekurangnya 6 warna
Umur 4-5 tahun anak sepatutnya dah boleh kenal & ingat warna primer seperti merah, biru, kuning, hijau, oren dan ungu.
Penting sebab dari kenal warna ini boleh bantu kita kesan anak ada masalah buta warna atau tidak. Jangan terkejut ramai sebenarnya yang buat warna.
2️⃣ Anak mampu mewarna gambar bersaiz kecil
Daripada aktiviti mewarna ni kita boleh tengok anak tu ada masalah fokus atau tidak.
Jika warna terkeluar border sikit sikit tu ok lagi tetapi jika yang terkeluar tu lebih setengah inci jaraknya kena cepat cepat guide anak tu.
3️⃣ Anak boleh memadan gambar / bentuk sama.
Cuba dapatkan buku aktiviti seperti memadankan gambar atau bentuk sama ni. Lihat anak mampu buat atau tidak.
Jika dia tak mampu padankan, ada risiko besar kemahiran VP ( Visual Perception ) anak lemah.
Kemahiran VP ni besar impaknya di dalam proses belajar nanti. Dengan VP ni la penentu anak cepat atau lambat faham apa cikgu ajar di kelas.
4️⃣ Anak boleh tak tulis nama sendiri
Apa tanda anak dah mampu menulis ialah bila dia boleh tulis nama sendiri. Mudah je tapi ramai lagi murid darjah 1 yang tak boleh buat.
Selain itu untuk survive di dalam kelas anak perlu tahu nama sendiri, kerana apa-apa nanti cikgu akan panggil nama sahaja. Jadi kena alert dengan nama sendiri.
5️⃣ Anak dah kenal sekurangnya 4 bentuk
Sebenarnya seawal 4 tahun lagi anak dah patut kenal 4 bentuk at least. Segiempat, segitiga, bulatan & bintang contohnya.
Dari kenal bentuk ni kemahiran visual memory anak akan di asah. Lepas dah kenal baru anak boleh untuk melukis bentuk tersebut.
Visual memory penting juga di darjah 1 kerana banyak gambar, objek & bentuk yang akan di gunakan dalam p&p nanti.
6️⃣ Anak boleh kira sekurangnya 1-20
Ini asas dalam matematik. 1-20 adalah keperluan minima murid darjah 1 kena kuasai. Dapat lebih bagus tapi jika kurang maknanya anak tak capai standard paling minima.
Baru kenal nombor ni, belum masuk operasi tambah tolak lagi. Lebih baik capai usia 6 tahun anak dah boleh kira 1-100.
7️⃣ Anak mampu duduk diam 6-12 minit minima
Apabila masuk ke sekolah anak anak perlu mampu untuk fokus & duduk diam ketika proses p&p berlangsung.
Jika ikut umur purata attention span normal murid darjah 1 ialah 10 – 14 minit, ini asas jika nak duduk diam dan fokus belajar.
Ke semua Readylist ni bukan self-learned skills. Kita kena bimbing & praktis dengan anak seawal usia 2-4 tahun lagi. Ikut kemampuan.
Lagi awal lagi bagus.
8️⃣ Selain daripada kemahiran untuk belajar, kemahiran urus diri pun super duper penting bila dah masuk sekolah.
Antaranya ialah :
– guna toilet sendiri
– tidak memilih makanan
– makan sendiri
– berkomunikasi
– boleh ikut arahan
– belajar sendiri
– penjagaan diri
– berkawan
Nampak remeh tapi kemahiran ni semua jadi penentu anak boleh survive atau tidak di sekolah nanti.
Perkongsian daripada Khairul Abdullah, bapa tunggal yang banyak menulis tip keibubapaan di Facebook tentang rawatan dijalani oleh anak bongsunya yang disahkan ada Selective Mutism boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.
Anak Ada Selective Mutism
Anak bongsu aku Khaleed sedang menjalani terapi dengan psikologist di HUKM. Dia didiagnos sebagai Selective Mutism (SM).
Selective Mutism adalah satu kondisi di mana anak yang petah bercakap memilih untuk diam membisu.
Di rumah kemain annoying lagi dengar dia bercakap, di sekolah senyap sunyi. Nak dengar sepatah pun payah yakmat. Jadi ini menyukarkan pembelajaran dia.
Punca SM ni adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah berpunca dari anxiety dan juga trauma. Jumpa pakar nanti barulah diorang boleh korek dan tahu punca.
Ini Rawatan Dari Pakar Bertauliah
So, takpe, benda boleh rawat maka kita rawat. Kalau dibiarkan ia akan terus melarat sehingga dewasa. Rawatan dilakukan secara terapi oleh pakar melalui:
1. Pendedahan berperingkat (Graded Exposure) Anak anak didedahkan kepada stranger atau orang luar secara berperingkat. Pertama of coz therapist dia akan make connection dulu. Diorang akan duduk berdua dan therapsit akan cuba dapatkan kepercayaan supaya anak akan bercakap dengan dia. Proses ni kadangkala ambil masa beberapa sessi, kalau nasib baik satu sessi dah settle.
2. Proses rangsangan pudar (Stimulus Fading) Anak dibiarkan bercakap dengan bebas bersama emak atau ayah atau therapist dia. Anak kalau dah selesa maka dia akan bercakap macam biasa. Waktu ni orang asing akan diintroduce dan dibawa masuk. Waktu ni mak ayah akan keluar dan biarkan anak dengan stranger tadi. So proses ni buat berulang-ulang kali. Biar anak tahu its ok dan boleh buang anxiety dia.
3. Membentuk (Shaping) Banyak teknik shaping ni. Antaranya bagi anak dengar suara dia. Rekod dan dengarkan. Atau boleh install Tom yang kucing boleh ajuk cakap tu kat phone. Biar dia bercakap berulang dan dengar suara dia. Selain tu boleh buat aktiviti bergilir-gilir membaca, atau permainan membaca interaktif, aktiviti bercakap berstruktur dan lain-lain lagi yang boleh leada kepada perbualan 2 hala.
4. Peneguhan positif dan negatif Sentiasa respons dengan positif atas setiap jenis atau cara komunikasi anak dengan orang luar. Asalkan dia bercakap tak kira sepatah pun maka reward dia dengan terima kasih, senyuman, good job dan sebagainya. Kena bagitau anak yang komunikasi itu penting. Sentiasa berikan pengalaman positif bila kita introduce dia pada orang luar dan minta dia say hello, salam ke dan bila dia bersuara maka rewards dia dengan terima kasih, senyuman, pelukan dan sebagainya.
5. Penyahpekaan (Desensisation) Penyahpekaan pula ialah teknik yang melibatkan mengurangkan sensitiviti anak itu dengan orang luar. Instead bercakap secara berdepan, boleh cuba guna telefon, voice note dan sebagainya. Slowly anak akan terbiasa dengan suara orang tersebut dan anxiety dia akan slowly hilang dan akhirnya dapat bercakap dengan invidu tersebut.
Itulah sedikit sebanyak teknik yang aku belajar dari doctor dan juga pembacaan aku. Terapi anak ni kena dua pihak. Selain terapist membantu anak, kita sendiri kena tahu dan sambung terapi tu di rumah.
Biasanya anak-anak yang dah jalani terapi ambil
Masa antara 12-24 bulan untuk baik dari kondisi SM ini. Kalau tak dirawat langsung maka ia akan berlarutan sampai anak ke universiti dan alam pekerjaan nanti.
Semoga dipermudahkan buat semua mak ayah yang ada anak SM ini. Aamiin.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Di era digital yang semakin maju ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet, dan komputer menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Malah, kajian...