Mengajar anak bebas pampers atau potty train bukanlah satu hal yang mudah. Perlukan kesabaran mak ayah untuk mendidik anak sehingga betul-betul yakin dan pandai untuk ke tandas sendiri.
Sebenarnya ia bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Namun ini yang dikongsikan oleh ibu ini, Alina Adenan yang sukses mendidik anaknya pada usia 3 tahun. Ikuti perkongsiannya.
Harini Alisya genap 3 tahun 2 bulan & mama finally berjaya potty train dia. Kenapa finally? Sebab 2 kali mama give up. And now Mama berjaya potty train anak bertuah sorang ni.
Mari la Alina share few tips yang Alina buat. Mana yang sesuai, cuba. Kalau tak sesuai, abaikan. Haha.
1) Intro kencing & berak. – Masa guna diaper dulu, bila diaper penuh cakap, banyaknya kencing. – Kalau time dia 💩, cakap ‘eiii yak dirty’
2) Bagi tengok cerita yang potty train. – Cocomelon ada part potty train. – Ulang cerita ni, and relate kan dengan anak. – Wahh. JJ dah besar, dia tak pakai diaper dah. Alisya pun besar, nanti Alisya pun tak payah pakai diaper. (Sebut banyak kali anak dah besar, so itu laa yang akan serap dalam otak. Gitu)
3) Potty pants? *Ada orang prefer ni. Alina tak prefer sebab 2 kali yang gagal tu sebab pakai ni laa. Anak rasa macam dia still pakai diaper. So dia kencing jugak dalam tu. Haha.
– So Alisya masa first tak pakai diaper, Alina pakaikan baju macam dress tu & biar dia tak payah pakai seluar. (Time ni berdua jer kat rumah. So, tak laa malu. Kalau ada ayah Alisya ada, Alina pakaikan dia seluar pendek. Senang nak buka)
Ads
4) Set timer. – Start dengan 15 minit. Each 15 minit ajak pergi toilet. Then, kalau tak, up lagi few minutes. (Tulis laa kat buku/ kertas/reminder dalam phone) – Then, tengok juga kekerapan anak minum air. Kalau sikit, lajak masa. Kalau banyak, kena remind. – Bila after 4 days nak ke seminggu (ada budak mungkin makan 2 weeks), dia dah pandai control. Macam kita laa. Kadang sejam atau 2 jam baru dia akan kencing.
5) Keep on tanya. – Nak kencing tak?. (Alisya sampai bosan. ‘Taknak mama 🤣’ – Tapi sebab dah biasa, so agak-agak laa. Kalau rasa lama sangat, so kita bawak je ke toilet. – Make sure pintu toilet anak dah pandai buka. Atau biar jer terbuka sikit.
6) Nap time nak pakai tak? – For me, 3 hari awal pakaikan je diaper. Tapi make sure sebelum tidur, dia dah kencing. Then, bila dia bangun je, terus g toilet, bukak diaper dan biar dia kencing ke toilet.
– Lama-lama dia dah boleh control. Sebab sebenarnya anak tak kencing pun waktu tidur. Bila dia terjaga tu sebenarnya dia kencing. So kena alert laa.
7) Keluar jalan? – Try jarak yang dekat dulu. Dalam 20 minit journey. – Make sure Sebelum naik kereta, anak dah kencing, dan sampai je destinasi, cari toilet dulu.
Nak train 💩 senang tak? – Alisya hari ke 4 baru yakk. Mama punya risau. Haha. Siap beli pisang. – Fasa untuk 💩 ni susah sikit bagi alina sebab anak takut-takut. So bagi je buah supaya senang nak membuang. – Alina tak beli pun seat for kids tu. Dulu pernah beli, lepas tu tak guna. Haha. – Bila nampak anak lain macam je teran, terus bawak ke toilet. (Prefer biar anak cangkung instead of duduk) – Sebab cangkung ni lebih mudah untuk anak teran.
Ads
9) Support. – Para suami, kalau mak-mak yang potty train siang, ambil alih waktu balik kerja & weekend. – Emosi mak penting jugak tau untuk dijaga supaya tak stress. – Kalau dua-dua kerja, try every weekend & petang.
10) Sabar & bersedia. – Sabar ni ibu ayah laa. Part terkucil tu akan terjadi. JANGAN MARAH. Nanti anak takut. Keep remind. Tengok ni, dirty. Nanti nak kencing, kita pergi toilet tau.
– Bersedia. Parents & anak kena ready. Tapi paling penting parents laa. Alina 2 kali gagal sebab tak ready & stress bila dia tiba-tiba basah je. haha. So Kali ke 3 ni menjadi sebab mama pening kena basuh 💩 dia. Busuk hoi. hahahahahah.
Okay. Panjang betul tips & explanation. Harapnya membantu laa buat ibu ayah kat luar sana. Apa-apa pun, trust the process & Jangan compare perjalanan anak-anak kita dengan orang lain. TAPI, TAK SALAH BELAJAR & AMBIL ILMU.
Ads
Mana sesuai, ambil. Tak sesuai, pi buat cara sendiri. Sekian. Semoga bermanfaat. Doakan Alisya membesar jadi anak yang sihat, bijak & solehah ye uncles aunties. ❤️
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Setiap hari jumlah jangkitan dan angka kematian masih menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun pasukan barisan hadapan negara tak berputus asa untuk memberikan rawatan terbaik untuk memastikan mangsa yang terbabit dapat sembuh.
Terbaru, satu keluarga telah dibawa ke Hospital Ipoh dan dikuarantin setelah mereka disahkan positif virus Covid-19.
Satu keluarga kena Covid-19
Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook dengan nama akaun Gold Amy Edriena, memaklumkan dia bersama suami serta lima orang anak mereka, telah dihantar ke hospital Ipoh selama 4 hari untuk dikuarantin, sebelum dibawa semula ke Teluk Intan.
Dapat dilihat menerusi perkongsian tersebut, demi keselamatan para pesakit perjalanan mereka ke hospital telah diiringi oleh beberapa pasukan polis.
Tolong doakan kami
Terdahulu, KKM telah memaklumkan seramai 39 kakitangan disahkan positif Covid-19. Difahamkan, suaminya merupakan salah seorang pakar di Hospital Teluk Intan, yang bertugas di jabatan kecemasan.
Hanya doa yang diharapkan, ibu ini meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya agar dapat pulih daripada wabak Covid-19 ini.
Semoga keluarga ini terus kuat dan tabah menghadapi penyakit ini, diharapkan segera sembuh dan dapat pulang ke rumah dalam keadaan yang sihat.
Telefon pintar asalnya hanya alat komunikasi yang menghubungkan manusia lama-kelamaan merampas kehidupan. Asalnya nak guna sebentar tapi terbabas pula hingga berjam-jam.
Tentu ia pernah berlaku kepada anda kan? Seorang ibu yang juga seorang penulis, Puan Adlil Rajiah Mohd Nasir berkongsi tentang perkara ini di Instagram beliau;
Petang tadi, saya plan nak take a nap.
So saya capai phone untuk set alarm clock.
Tiba2–
“Eh ada new email.”
Settle baca email–
“Eh ada orang whatsapp.”
Settle check whatsapp–
“Eh ada 2 orang DM kat instagram.”
Settle reply DM–
Tanpa sedar tangan automatik pergi scroll down news feed, visit people’s profile, like post orang.
Tiba2–
“Eh tadi aku ambik phone ni sebab apa eh?”
*trying to recall*
“OHHH NAK SET ALARM CLOCK!”
*baru ingat*
Plan asal nak nap pukul 2 dan bangun pukul 2:20.
Tapi tiba2 jam dah tunjuk pukul 3:30.
Mangkuk hayun betul.
Terus tak dapat nap.
That is how this so called “smartphone” perlahan-lahan merampas nikmat masa 24 jam yang Allah beri pada kita setiap hari.
So kepada yang bertanya soalan ni,
ketahuilah–
smartphone distraction ni bukan masalah kau sorang je.
Tapi masalahmu, masalahku jua.
It’s a global issue.
4 TIPS ELAK TERBABAS LAMA DENGAN TELEFON PINTAR/ GAJET
#1SIAP SEDIA DENGAN JADUAL HARIAN
The only way untuk selamatkan diri dari getting distracted lebih lama, ialah by being prepared with daily schedule. 80% pencapaian harian bergantung kepada persediaan yang dibuat sehari sebelumnya.
#2BUAT SENARAI MALAM SEBELUMNYA
Setiap malam before bedtime,
buat to-do-list untuk keesokan hari.
Susun mengikut urgency level dan masa.
Dan kalau rasa iman tak kuat, jangan simpan to-do-list tu dalam phone.
Kang lagi sekali kena sabotaj dengan phone sendiri ?
#3IKUTI SENARAI YANG DIBUAT
Dan yang paling penting–
stick to your list.
Pastikan semua tugasan selesai seperti yang dirancang.
Benda ni memang nampak remeh.
Tapi sebenarnya sangat membantu.
#4 JANGAN INGAT KITA BANYAK MASA
Sebab kesilapan terbesar manusia adalah–kita selalu sangka kita ada banyak masa.
Asal ada masa lapang sikit, mula lah capai phone, acah-acah tengok waktu solat, pastu entah kemana-mana perginya dan terus hanyut.
Sedar2, masa dah banyak terbuang, kerja dah banyak tertangguh.
Pastu mula lah stress tak tentu hala, kelam kabut, marah2, baling pinggan, maki isteri/ suami, maki anak. Padahal kau sendiri yang cari pasal.
Wanita walaupun diciptakan untuk dilindungi, tapi jangan pula kita menyangka golongan wanita itu lemah. Terkadang golongan wanita lebih kuat bila hati mereka telah cekal dan tak akan goyang walau sebesar manapun ujian melanda.
Namun secekal manapun hati isteri, pasti dia akan diam kepenatan menguruskan segala hal dunia yang diamanahkan. Bebelanya tak lain tak bukan hanya ingin difahami, hanya ingin melepaskan penat yang terbuku. Begitulah wanita, sifatnya dicipta untuk disayangi.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai. Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Mereka mahkluk paling penat! Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.
Penulis asal: Abu Hurairah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seekor kucing comel menjadi tumpuan ramai di TikTok apabila videonya yang ‘naik angin’ kerana tidak puas hati dengan seorang ayah yang meninggikan suara terhadap...