Sejak dari kelahirannya sehingga usia awal kanak-kanak, anak kita biasanya harus menggunakan lima deria untuk menjelajah dan belajar tentang perkara di sekeliling mereka.

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memperkenalkan dan membuka peluang kepada anak-anak untuk menggunakan deria mereka secara aktif untuk perkembangan otaknya.

Belajar dengan deria biasanya berlaku secara semula jadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ketika masih kecil, mereka banyak belajar mengenali objek, ruang, manusia dan cara berinteraksi walaupun belum berkembang sepenuhnya.

Apakah permainan sensori?

Mengutip barangan dan merasa tekstur sesuatu barangan dikaitkan dengan permainan sensori tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Permainan sensori termasuklah dengan aktiviti yang dapat menggalakkan deria sentuhan, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran selain ia berhubung kait dengan pergerakan dan keseimbangan tubuh.

IKLAN

Permainan sensori terhad mengikut kreativiti sendiri menggunakan logik akal semasa bermain dan mengikut usia serta kemampuan anak anda.

Untuk bermula anda boleh buat begini:

BAYI – Biarkan mereka melihat buih terapung dan merasanya apabila ia terkena pada kulit mereka. Anda juga boleh menggores kertas dan biarkan anak mendengar bunyinya. Selain itu, anda boleh biarkan anak melihat dan merasa perubahan bentuk atau warna sesuatu benda.

IKLAN

ANAK KECIL – Melihat cahaya dan bayang yang dihasilkan daripada lampu suluh. Buat bayang pelbagai bentuk dan saiz berbeza. Ajarkan kepada anak anda tentang perubahan warna dan corak yang dihasilkan menggunakan jari tau span.

ANAK PRA SEKOLAH – Menghasilkan bentuk dengan pasir, bermain alat muzik dan memperkenalkan anak-anak dengan bunyi-bunyian dan muzik.

IKLAN

Cara paling mudah untuk menggalakkan deria sensori anak-anak adalah dengan membiarkan mereka bermain di luar rumah atau warna-warna pelbagai. Selain itu biarkan juga mereka bermain dengan pergerakan, tekstur, bunyi dan bau-bauan.

Kebaikan permainan sensori?

  1. Ia membantu perkembangan otak
  2. Ia menggalakkan perkembangan skil motor
  3. Ia menyokonng perkembangan bahasa
  4. Ia menggalakkan pemikiran saintifik serta menggalakkan anak-anak untuk mempunyai kemampuan mencari solusi kepada masalah
  5. Ia membuat anak-anak terlibat dengan aktiviti berfikir yang sangat baik untuk anak-anak

Jika anda-anak anda berkeinginan untuk belajar dan bermain pelbagai benda, biarkan mereka. Terlalu mengongkong dan mengawal keinginanan anak dapat merencatkan perkembangan skil motor mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI