“Aduh streslah. Tiap kali tak dapat apa yang dia nak, terus menangis dan automatik hempaskan badan ke lantai. Kadang rasa malu bila orang tengok.”

Pernah tak anak kecil anda buat tindakan yang tidak disangka seperti hempas badan, memukul kepalanya, menarik rambut, membuat muka bengis, memukul anda kembali atau menyepak objek bila dilarang membuat sesuatu?

Normalkah perlakuan tersebut?

Macam tak sangka pula tengok si kecil yang baru genap usia 2 tahun sudah pandai ‘buat perangai’. Tanda proteskah kerana kemahuannya tidak dituruti?

Menurut pandangan pakar psikologi kanak-kanak, perbuatan memukul kepala, menarik rambut, membuat muka bengis dan sebagainya lagi tindak balas negatif yang dilakukan oleh si kecil adalah satu cara untuk mereka menyatakan rasa tak puas hati atau ‘feeling upset’

Kalau Anak Merajuk, Suka Hempas Badan, Cara Ni Patut Buat Walaupun Sukar

Biasanya ia dilakukan oleh anak yang belum ada kemahiran untuk memberitahu ketidakpuasan hatinya.

Kebiasaannya ibu ayah tentu akan terus mengambil tindakan marah atau menghukum perbuatan protes anak. Rasa seperti tercabar pula bila si kecil sudah pandai melawan larangan orang tua.

**Nak dapatkan buku bacaan untuk anak pada harga istimewa, klik DI SINI

IKLAN

Sebenarnya, jika anda berhadapan dengan situasi tersebut, beberapa perkara ini boleh dilakukan.

1. Cuba abaikan kelakuan anak

Sekiranya tindakan protes yang dilakukan tidak membahayakan dirinya, abaikan sahaja perbuatannya.

2. Jangan berikan perhatian

Walaupun perhatian yang negatif seperti marah atau tindakan fizikal seperti menjentik tangannya (kerana memukul kepala sendiri) atau memukul tapak kakinya (kerana cuba menendang objek atau ibu bapa).

IKLAN

3. Tinggalkan anak seketika

Tindakan ini akan memberi tempoh bertenang kepada anak dan diri kita sendiri yang mungkin cenderung untuk memarahi atau memukulnya jika terus berhadapan dengan anak.

4. Beri tanggungjawab

Contohnya dalam situasi anak anda bermain dengan objek yang dilarang seperti pensil yang tajam. Dia akan marah sekiranya anda terus merampas barangan tersebut darinya. Sebaliknya, suruh anak menyimpan semula objek tersebut di tempat selamat (kotak pensil atau laci) dan berikan sedikit pujian kepadanya. Si kecil rasa seronok bila diberi tanggungjawab apatah lagi bila dapat pujian.

Kalau Anak Merajuk, Suka Hempas Badan, Cara Ni Patut Buat Walaupun Sukar

IKLAN

5. Alihkan perhatian anak

Untuk mengelakkan anak terus membuat buat tindakan negatif dan anda sendiri menjadi marah, alihkan dirinya kepada perkara lain seperti suruh dia tengok burung di luar rumah (jika dia obses dengan burung tentu dia akan tengok dan lupakan kemarahannya) atau apa sahaja yang dapat mengalihkan perhatian anak anda (anda sendiri lebih mengetahui).

Kelakuan yang tidak mendapat perhatian atau ‘reward’ akan berkurangan dengan sendirinya. Perhatian sama ada positif atau negatif hanya akan membuatkan anak semakin melawan larangan ibu ayah.

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Kalau Anak Merajuk, Suka Hempas Badan, Cara Ni Patut Buat Walaupun Sukar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI