Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
Ads
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
Ads
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Ads
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Pelawak dan aktres Jihan Muse mendedahkan dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin anak sulung, Ungku Arsalan Haq. Kata Jihan, dia bertemu doktor dan membuat pemeriksaan selepas dimaklumkan oleh tukang urut yang merasai ada ketulan sebesar guli di bahagian bawah dadanya.
“Pembedahan tempoh hari adalah disebabkan Cyst. Saya sendiri tak tahu mengenai ketumbuhan itu. “Tak ada rasa sakit dan saya memang tak tahu. Punca yang membuatkan saya tahu adalah masa lepas bersalin di mana saya mengambil tukang massage untuk mengurut. “Jadi bila diurut, dia yang memberitahu ada benda sebesar guli di bawah bahagian dada, sebab itu saya terus buat keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan perubatan,” jelasnya.
Bagaimanapun Jihan memberitahu ketumbuhan itu tidak merbahaya namun dia mengambil keputusan untuk membuangnya bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan di masa akan datang.
“Doktor kata tidak bahaya namun dia menasihatkan supaya saya buang sahaja. Saya buat ini pun tidak tergesa-gesa, lepas anak saya umur 11 bulan. Ada masa baru saya buat.
“Bukan apa, khuatir nanti jika saya hamil anak kedua takut ada jangkitan. Sebab bila hamil hormon kita akan berubah-ubah jadi lebih baik saya buang.
“Jadi kepada wanita, saya sarankan buatlah pemeriksaan perubatan. Luangkan sikit masa dan berbelanjalah untuk kesihatan. “Bagi saya kesihatan tiada nilai, kalau kita kaya macam mana pun tetap tak boleh beli kesihatan,” ujarnya.
Sumber: astro gempak/ ig Jihan Muse
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilema mak-mak apabila anak susah nak makan sayur. Selain dari suruh dan paksa ada juga yang deko sayur untuk jadikannya menarik. Tapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Lagi renyah!
Satu lagi masalah ibu juga adalah anak mesti kata sayur tak sedap, pahit dan macam-macam lagi sehinggakan dah tak ada idea untuk tarik minat anak.
Berdasarkan perkongsian seorang ibu, Sharifah Zahidah idea untuk tarik anak makan sayur adalah dengan menggunakan FAKTOR DALAMAN. Tak perlu nak paksa anak, bagi ganjaran atau buat hiasan menarik pun.
Hasilnya, sayur cantik dia makan, tak cantik pun dia makan. Depan saya dia makan sayur, tanpa ada saya pun dia boleh makan sayur. Makan sayur adalah dari MOTIVASI dan PILIHAN dia sendiri, bukan dorongan dari faktor luaran kerana suruhan saya atau ganjaran apatah lagi paksaan.
Apa saya buat? Senang saja.
Tip 1
JANGAN PERNAH SURUH DIA MAKAN SAYUR, like, NEVER.
“Dah tu nak buat macam mana kalau bukan dengan suruh?”
Cara kami, kami BERPAKAT suami isteri.
Masa makan, kami plan siap-siap untuk BEREBUT-REBUT AMBIL SAYUR dalam mangkuk ke pinggan sendiri.
Sambil gedik-gedik kami merengek, “Ibu nak sayur banyak! Ibu nak banyak! Abi jangan ambil banyak sangat..!”
Dan suami pun akan sambung, “Ala, abi nak banyak! Abi suka makan sayur. Makan sayur ni abi jadi pandai, jadi kuat dengan izin ALLAH.. Abi suka makan sayur banyak-banyak.”
Dan saya sambung semula, “Samalah kita Abi. Ibu pun suka makan sayur banyak-banyak. Sedap kan sayur ni..?”
Dengan suara jelas dan lakonan yang jelas. KAMI TUNJUK ‘SUPER EXCITED’ BILA DAPAT MAKAN SAYUR.
Tapi, pandai-pandailah berebut dengan penuh solehah ya. Nanti salah trick, salah dialog, anak-anak tiru pula perangai berebut makanan yang tak solehah. Sayurnya tak makan, tiba-tiba perangai berebut makanan yang dia tiru nanti. Eh jangan! Be creative lah ya.
Tip 2
JUAL MAHAL DEPAN ANAK. Jangan gopoh nak cepat-cepat dia makan sayur. Baru buat sekali, dah nak terus suruh anak join sekaki makan sayur.
Anak-anak yang TERCENGANG tu, kita BIAR saja dia tengok kita makan sayur. Dia sedang TERKEJUT dan perspektif lama dia tentang sayur-tak-sedap itu kini ‘terancam’.
Dia mula keliru, betul ke sedap sangat sayur tu? Bukan sayur ni tak sedap ke? Dan dia sedang proses maklumat yang dia dengar dari kita tentang betapa ‘awesomenya’ makan sayur ke dalam otak dia sekarang – dan dia sedang CUBA UNTUK BERI RUANG KEPADA PERSPEKTIF BARU BAHAWA SAYUR ITU SEDAP sekarang ini.
Hari esok, masa makan, ULANG LAGI LAKONAN DAN PEREBUTAN yang sama.
Tip 3
Kami BUAT-BUAT SEDIH BILA SAYUR DAH HABIS. Mulanya, berebut-rebut sayur yang terakhir dalam mangkuk hidangan. Abi buat-buat ambil semua sayur mangkuk dan habiskan sayur tu, Ibu pulak bersuara sedih, “Alaaa…. sayur dah habis ke? Ibu nak sayur lagi.. Abi, Ibu nak sayur lagi. Kita share boleh? Esok abi beli lagi banyak sayur boleh? Tak cukup ni..”
Dan Abi pun kenalah buat-buat bagi sayur dalam pinggannya dan masukkan dalam pinggan saya sambil buat dialog-dialog best tentang sayur, antaranya, “Boleh ibu, Abi pun suka makan sayur ni, sama macam Ibu. Sayur ni sedap sangat kan, cepat aje habis..”
Pandai-pandailah reka. Spontan je semua ni.
Sepantas 2 hari dan 2 kali lakonan sahaja, Maryam yang tak suka makan sayur dan memerhati kami dari semalam, akhirnya bersuara,
“Kakak pun suka makan sayur ibu. Kakak pun naklah jugak!” (Tiba-tiba je?)
Ha, part ni mesti ramai ibu-ibu rasa seronok kan!
Jangan terus tunjuk excited bila anak mula minta sayur sebab kadang-kadang, bila dia makan, dia rasa tak sedap dia akan terus luahkan semula sayurnya, terus dia lagi susah nak makan sayur nanti.
Tip 4
Jadi caranya, bila anak dah mula TUNJUK MINAT PADA SAYUR, JANGAN TERUS BAGI. Tapi TANYA.
Tanya dia, “Betul ke Kakak suka makan sayur?” Dan masa ini dengar saja apa jua jawapannya dan kita MESTI JAWAB pada dia dengan MEMBERITAHU BAHAWA sayur ni akan jadi semakin sedap dan dia akan semakin suka bila dia makan setiap hari.
Anak-anak perlu diberi percaya BAHAWA suatu hari nanti, sayur ini akan JADI SEDAP kalau dia suka makannya setiap hari.
Kita kena bersedia anak-anak mungkin ‘akan kecewa’ dengan rasa sayur ni pada awalnya.
Jadi penting, untuk pastikan anak FAHAM bahawa nak suka makan sayur ni kena makan hari-hari.
Tip 5
Dan, kalau anak memang nak terus makan sayur, BAGI SEDIKIT DEMI SEDIKIT. Racikkan menjadi kecil. Jangan bagi setangkai-tangkai besar. Bagi yang halus, yang mudah untuk dia makan, yang rasanya nanti TIDAK terlalu ketara dalam mulutnya. Saiz sayur yang kita potong pun mainkan peranan penting ya.
Selepas anak mula makan sayur, TANYA lagi dia. Sedap tak sayur tu? Kalau sedap, puji dia dan bagitau dia betapa bagusnya dia makan sayur. Esok lusa kalau makan lagi, nanti macam-macam kepintaran dan kehebatan dia akan dapat.
Pandai-pandailah relate dengan aktiviti dia.
Kalau dia tak suka, ulang kata, kita dulu pun macam itu juga. Mula-mula tak suka. Bila lama-lama makan, akan jadi suka dan jadi semakin sedap. Hari-hari tak sah kalau tak makan sayur. ADMIT PERASAAN ANAK-ANAK yang TAK SUKA MAKAN SAYUR dan SETERUSNYA BANTU DIA UNTUK atasi perasaan tak suka itu dengan cara kita dorong dia lagi untuk makan next time.
Cuma gunakan teknik ‘TANYA FASA KEDUA’. Tanya apa pula kali ni?
Tanya macam ni, “Kakak nak hebat macam Ibu?” SAMBIL TUNJUK KE ARAH SAYUR YANG DICEDOKKAN DAN BERSEDIA NAK LANDING DALAM PINGGAN DIA.
Dia kata nak, kita bubuh. Dia kata tak nak, tanya lagi dalam bentuk soalan dan perumpamaan lain, tapi jangan paksa.
Cuba lagi. Dan berlakon lagi antara kita suami isteri dengan segala dialog memukau yang bakal masuk dalam minda dia tanpa dia sedari.
Percayalah, berjaya inshaALLAH.
Seawal 3 hari, ibu bapa yang ada hubungan RAPAT dengan anak-anak akan berjaya buat anak dia makan sayur. Sebab ibu bapa yang rapat dengan anak-anak LEBIH MUDAH MEMPENGARUHI anak-anak mereka melalui tindakan mereka. Dan untuk kes saya dan Maryam, dari seorang yang cukup susah makan sayur, Maryam berubah menjadi pencinta sayur seawal 2 hari SAHAJA.
Sekarang, alhamdullillah. Dia dah sampai tahap BOLEH RATAH sayur dah sekarang, dengan syarat, sayurnya mesti dipotong kecil.
Tapi, ada kalanya dia tetap tak suka sesetengah jenis sayur. Kalau dia kata tak suka, tak apa. Jangan paksa. Hakikatnya memang ada sayur yang kita sendiri tak suka dengan rasanya. Cuma, kita sikit demi sikit bantu dia BELAJAR terima dan suka semua rasa sayur. Kalau setahun praktis didik anak makan sayur cara ini, by the time dia umur 7 tahun ni, dia dah tak boleh ‘hidup’ tanpa makan sayur lagi dah. InshaALLAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eira Syazira, pengacara rancangan Pa&Ma kongsi 4 tip badan langsing walau pun beranak 3. Katanya kena rajin & bijak guna masa
Ibu kepada Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 6 bulan sentiasa kelihatan cantik walau pun sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan.
Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Eira mengekalkan kecantikan & kelangsingan badan dan kecergasan diri walau pun mempunyai jadual padat.
Setiap kali bersalin, 44 hari Eira akan diurut, mengambil hanya segenggam nasi setiap kali waktu makan bersama sayur dan lauk manakala pada sebelah malamnya hanya meminum Milo kosong atau susu segar rendah lemak.
Ais juga merupakan kepantangan Eira. Eira juga perlu memastikan staminanya berada di tahap optimum memandangkan dirinya akan membuat come back di Indonesia tidak lama lagi.
Jangan lupa saksikan Eira & Azad sebagai pengacara rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 Tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak tajuk keibubapaan yang dikupas dan info berguna yang dikupas setiap minggu.