Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Ads
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Ads
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu, ramai yang menantikan perkongsian video dari Ryzal Ibrahim dan Maryam untuk melihat perkembangan mereka. Namun setelah kelahiran si comel Rina, ramai yang tak sabar menunggu pasangan ini memuatnaik gambar atau video terbaharu bayi tersebut.
Geram tengok aksi Rina, ternyata dia bayi yang sangat cerdik. Rina yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu kini sudahpun berusia 10 bulan. Selain sudah pandai makan sendiri, Rina juga sudah pandai berdiri.
Menerusi video yang dikongsikan duriankimchijunior, dapat dilihat Rina bercakap di hadapan cermin. Biarpun masih belum boleh bercakap dengan lancar, Rina boleh mengikut apa yang disebut oleh ibunya.
Untuk menggalakkan anak bercakap, anda boleh buat beberapa cara ini:
1. Sentiasa berborak dengan anak
Biarpun anak tak pandai bercakap sepenuhnya, berboraklah dengan mereka. Dengan mendengar apa yang ibu ayah sebutkan, ia dapat mengajar anak banyak perkataan baharu.
2. Jangan gunakan bahasa pelat
Apabila mengajar anak bercakap, jangan gunakan bahasa pelat kerana itulah yang akan anak ikut.
3. Ajar perlahan-lahan
Sebut satu perkataan perlahan-lahan untuk memudahkan anak ikut. Sebagai contoh, sebutlah perkataan susu dengan memanjangkan suku kata perkataan tersebut: “Suuuuuuuu suuuuuuuu.” Sebut berulang-kali supaya anak boleh dengar dan ikut.
4. Menyanyi
Salah satu cara untuk menggalakkan anak belajar bercakap adalah dengan menyanyi bersama mereka. Pasangkan lagu dan menyanyi, anak akan ikut bersama.
5. Puji anak
Setiap kali anak berjaya menyebut perkataan baharu, berikan pujian kepada mereka.
6. Katakan Tidak! kepada gajet
Seawal usianya, elakkan anak-anak dari terdedah dengan gajet.
Bila bayi lahir, setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang sempurna anggota dan sihat tubuh badan. Tapi, kadang-kadang ujian datang dalam bentuk yang kita tak sangka. Salah satunya bila doktor maklumkan bayi ada Congenital Clubfoot atau dalam bahasa mudahnya, kaki bengkok sejak lahir.
Clubfoot atau kaki abnormal adalah kelainan bentuk kaki yang menyerupai tongkat golf. Ia adalah keadaan bawaan yang biasa berlaku kira-kira satu dalam setiap seribu kelahiran bayi.
Ramai ibu ayah terus panik, risau kalau anak tak dapat berjalan atau perlu pembedahan besar. Tapi hakikatnya, keadaan ini boleh dirawat. Malah, ramai bayi dengan Congenital Clubfoot membesar seperti kanak-kanak lain bila dapat rawatan awal dan betul.
Congenital Clubfoot ialah keadaan di mana kaki bayi membengkok ke dalam atau ke bawah ketika dilahirkan. Ia bukan berpunca daripada posisi tidur ibu semasa hamil atau kekurangan nutrisi. Dalam kebanyakan kes, ia terjadi kerana perkembangan otot, tulang dan tendon di bahagian kaki tidak seimbang semasa bayi masih dalam kandungan.
Menurut pakar ortopedik, keadaan ini berlaku kira-kira 1 daripada 1,000 kelahiran, dan lebih kerap pada bayi lelaki berbanding perempuan.
Dalam sesetengah kes, ia hanya melibatkan satu kaki (unilateral), tetapi ada juga yang melibatkan kedua-dua kaki (bilateral).
Dianggarkan setiap tahun lebih 100,000 bayi di seluruh dunia lahir dengan Congenital Clubfoot. Masyarakat Asia mempunyai risiko lebih tinggi tiga kes bagi setiap seribu kelahiran, berbanding satu dalam seribu bagi masyarakat Caucasian. Ia juga lebih kerap berlaku pada bayi perempuan dan dalam 50% kes, melibatkan kedua-dua kaki.
Jika salah seorang ibu atau bapa mempunyai kondisi ini, bayi mereka mempunyai risiko 3–4% untuk mewarisinya. Namun, jika kedua-duanya mempunyai kondisi sama, risiko meningkat kepada 30%.
Beberapa teori mengaitkan Clubfoot dengan faktor genetik, masalah saraf otot, jangkitan virus, atau ruang rahim yang sempit. Namun, punca sebenar masih belum dapat dipastikan sepenuhnya.
Bagi bayi baru lahir, tanda-tanda ini biasanya jelas dapat dilihat sejurus selepas kelahiran:
Walaupun nampak menakutkan, kaki bayi tidak sakit dan mereka masih boleh menendang seperti biasa. Yang penting ialah rawatan awal untuk bantu kaki kembali ke posisi normal.
Rawatan paling berkesan untuk Congenital Clubfoot ialah kaedah Ponseti, diperkenalkan oleh Dr. Ignacio Ponseti. Ia tidak memerlukan pembedahan besar, hanya menggunakan teknik casting (balutan plaster khas) dan bracing (pemakaian kasut khas selepas rawatan).
Rawatan boleh dimulakan seawal minggu kedua kelahiran. Hasil terbaik dicapai dalam tempoh sembilan bulan pertama kelahiran. Proses rawatan melibatkan pembetulan empat jenis abnormaliti kaki secara berperingkat mengikut urutan CAVE Cavus, Adduction, Varus dan Equinus.
Dalam sesetengah kes, prosedur tenotomy perlu dilakukan untuk melonggarkan urat keting (tendon Achilles) yang tegang. Di Malaysia, ia biasanya dilakukan dengan bius penuh, melibatkan torehan kecil di bahagian belakang urat keting. Selepas prosedur, kaki dipasang simen selama tiga minggu untuk memastikan posisi betul dikekalkan.
Sebaik sahaja simen terakhir dibuka, kedua-dua kaki bayi akan dipasangkan brace bagi memastikan pembetulan kekal sehingga tulang dan otot matang. Brace ini terdiri daripada kasut khas (Dennis-Brown shoes) dan batang penyambung.
Untuk tiga bulan pertama, ia perlu dipakai 24 jam setiap hari. Selepas itu, masa dikurangkan kepada 16 jam sehari sehingga kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun. Walaupun mencabar, ia penting untuk mengelakkan keadaan berulang semula.
Ibu yang baru bersalin selalunya masih dalam fasa penyesuaian, ditambah pula bila tahu anak perlu rawatan mingguan. Memang boleh rasa lemah dan takut. Tapi penting untuk ibu ayah tahu bahawa Congenital Clubfoot bukan kecacatan kekal jika dirawat dengan betul.
Anak-anak dengan clubfoot boleh berjalan, berlari, malah bersukan seperti kanak-kanak lain. Ramai atlet terkenal dunia termasuk pemain bola dan pelumba basikal profesional dilahirkan dengan keadaan ini!
Sebelum rawatan moden diperkenalkan, masyarakat kampung menggunakan urutan bayi dengan minyak panas atau herba seperti minyak kelapa dan minyak gamat. Walaupun niatnya baik, pakar menasihatkan agar urutan hanya dilakukan oleh tukang urut bayi bertauliah, dan selepas nasihat doktor. Tulang bayi sangat lembut dan boleh cedera jika diurut kuat.
Congenital Clubfoot bukan pengakhiran dunia buat anak kecil. Ia hanya permulaan kepada perjalanan kecil yang perlukan perhatian, kasih sayang, dan kesabaran. Dengan rawatan moden dan semangat ibu ayah yang kuat, anak tetap mampu membesar seperti kanak-kanak lain berlari, melompat dan menari dengan kaki yang kuat dan sihat.
Ingat, kasih sayang ibu ayah adalah terapi paling berkesan untuk setiap langkah pertama anak.
Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.