Seronok apabila melihat perkembangan anak daripada masa ke semasa. Namun buat papa dan mama baru pasti tidak tahu apa yang akan berlaku apabila si manja menginjak usia enam, tujuh, lapan bulan dan seterusnya.
Ini antara yang boleh di jadikan panduan. Sebagai ibu bapa anda haruslah peka dengan setiap perkembangan si manja.
Enam bulan
– Selalu memberikan senyuman semasa anda bermain dan berinteraksi dengannya.
– Perkembangan emosi semakin meningkat.
– Duduk dengan sokongan yang betul.
– Boleh berguling.
– Boleh mula makan.
Ads
Tujuh bulan
– Boleh tersenyum apabila melihat dirinya di cermin.
– Mengenali ibu bapanya.
– Sudah mengetahui namanya.
– Akan meniru perkara-perkara mudah yang anda lakukan.
Lapan bulan
– Dapat memanggil nama ringkas seperti mama, ummi, papa, dan baba.
– Boleh duduk tegak tanpa sokongan.
– Boleh berdiri untuk tempoh yang singkat.
– Boleh mencapai objek sebelah tangan.
Ads
Sembilan bulan
– Senyum dan ketawa apabila melihat anda.
– Membuat pelbagai bunyi, seolah-olah berbual dengan anda.
– Boleh merangkak.
– Memberi tindak balas segera apabila namanya dipanggil.
Sepuluh bulan
– Mula memahami maksud “tidak” dan “bye-bye”.
– Suka memukul objek dengan tangan.
– Berjalan dengan sokongan orang dewasa.
– Cuba menarik perhatian orang dewasa.
Sebelas bulan
– Menunjukkan minat terhadap buku berilustrasi menarik.
– Suka melakukan peniruan di persekitarannya.
– Boleh bercakap dengan satu perkataan yang mudah difahami.
– Boleh mencari objek dengan mudah.
Dua belas bulan
– Boleh berdiri sendiri.
– Mula memahami arahan dan permintaan.
– Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya.
– Menunjukkan minat terhadap buku kegemarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serba salah mommy nak keluar bila anak-anak dah pandai menangis tidak mahu berpisah. Sedang menghadapi fasa ini dengan anak kembarnya Amina & Amira, ini yang Farahanim Razak lakukan.
Apabila anak membesar, perubahan dari segi emosi juga turut berlaku. Seperation anxiety atau takut untuk berpisah juga salah satu perkembangan emosi yang terjadi kepada si kecil pada usia sekitar 8 bulan hingga 1 tahun.
Tidak dinafikan perkara ini akan menimbulkan kesedihan di hati ibu, melihat si kecil menangis saat berpisah. Perkara ini turut dikongsikan oleh pengacara TV dan model Farahanim Razak yang melakukan beberapa perkara sebelum meninggalkan anak kembarnya untuk keluar bekerja.
Menurut Farahanim, dia terlebih dahulu bermain-main dengan bayi kembarnya, Amina Raissa & Amina Raissa yang kini berusia 11 bulan sebelum menyelinap keluar dari rumah. Semuanya kerana dia tidak sampai hati untuk melihat si kembar menangis!
farahanimrazak Mommy before off to work. Layan layan dulu, belai belai dulu.
Lepas tu mommy akan sneak out cepat-cepat jangan bagi sorang pun tengok mommy sebab tembikai dua orang ni dah pandai nangis-nangis nak ikut bila nampak mommy bersiap siap mcm ni.
So Anim takkan say bye bye mommy pergi dulu hahaha tak boleh nanti lagi diorang nangis! tapi dalam hati ni alahai berat nya nak tinggal ?
Siapa mommies dekat sini ada perasaan yang sama macam Anim bila setiap kali nak keluar kerja?
Dalam posting ini, Farahanim turut bertanyakan ibu-ibu lain tentang perasaan ketika meninggalkan anak ke tempat kerja.
Para follower turut berkongsi perasaan yang sama dengan Farahanim. Hati ibu-ibu memang tak kuat untuk meninggalkan anak-anak. Ada yang mengakui menangis ketika di tempat kerja dan ketika di dalam perjalanan ke tempat kerja.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beli permainan yang bermanfaat dan membantu stimulasi bayi semasa bermain. Tapi jangan bazirkan wang beli yang tidak berfaedah! Ini kerana mereka penuh dengan tenaga dan sentiasa mahu melakukan penerokaan di persekitarannya. Mereka memang sukakan aktiviti menggenggam, menolak, melempar, mengetuk, dan mengisi sesuatu dalam bekas.
Perasaan ingin tahu membuatkan mereka menyentuh dan mahu melakukan apa sahaja yang dilihat. 7 jenis permainan yang boleh diguna pakai untuk merangsang deria dan skil mereka.
1.PERMAINAN WARNA HITAM PUTIH
Bayi anda masih kecil. Bagi tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya. Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
2.PERMAINAN DIPERBUAT DARIPADA KAIN / PERMAINAN LEMBUT
Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak. Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
3.MAINAN YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
4.BABY GYM DAN BABY MOBILE
Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Permainan berupa baby gym supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
Bayi hingga 2 tahun akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan pelbagai cara.
5.BLOK WARNA-WARNI
Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
6.PATUNG PUPET
Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka. Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
7.MAINAN JENIS DISUSUN/ STACKABLE
Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti. Kenapa boleh berlaku? Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian, Puan Sharipah Eyie.
KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama. Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi. Jangan kata, i breast feeding (bf) mom, i tak macam uollsss formula (fm) mom, tak guna botol. So anak i tak karies botol susu.
Nama lain nya ialah karies rampan
Terjadi apabila anak tertidur dengan botol susu di mulut, kemudian susu bertakung di dalam mulut, gigi atas terendam di dalam susu yang bertakung tersebut. (Biasa terjadi pada gigi hadapan and then spread all over)
So tak hairan la kalau bf tapi still jadi karies. Terutama pada baby atau akak baby atau abang baby yang suka ngempeng. Plus, fm ke ebm ke both ada kandungan gula, ( CUMA TAK NAFI, GULA DALAM FM MEMANG TINGGI), even tak nampak kat mata gegula nya.
Still akan jadi punca-punca kerosakan gigi. Jangan lupa resepi utama;
1. jangan biar anak tidur dengan susu di mulut. 2. bagi baby hisap botol plain water selepas susu, or: 3. Lap dengan wet cloth yang bersih.
Diet ibu menyusu tidak memerlukan pantang semua makanan. Ketahui panduan pemakanan yang betul, mitos penyusuan, pengambilan kopi serta tanda alahan bayi berdasarkan nasihat pakar.