Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan. Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan mereka.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita menerusi laman Facebook Info Ibu Hamil. Sakit bersalin secara pembedahan masih lagi terasa, tambah pula dengan keadaan anak yang memerlukan bayi wanita ini di tahan di wad. Demi susukan anak ibu ini gagahkan jua berulang alik ke hospital meskipun sakit masih lagi terasa.
Niat dihati ingin berpantang di rumah ibu sendiri kerana keadaan rumah mentua yang agak bingit dengan kehadiran anak-anak buah yang lain sehingga terganggu tidur dan rehat si kecil serta ibu. Lebih menyedihkan apabila tanpa pengetahuannya, ibu mentua menyuapkan makanan pada bayi yang baru berusia 25 hari. Akibat daripada itu bayinya yang masih kecil telah disahkan meninggal dunia.
Berpantang di rumah mentua
" ASSALAMUALAIKUM.
Sekadar perkongsian peristiwa yang terjadi pada diri sendiri.
Tanggal 20 April, saya selamat melahirkan anak secara ceaser sebab baby dah tertelan najis. 20 hari duduk di wad dan on antibiotik. Saya berpantang di rumah mentua. Pada awalnya semua berjalan lancar walau sakit tetap gagah ulang alik ke hospital untuk susukan anak.
Ads
Husband janji lepas anak keluar ward nak hantar saya berpantang rumah mak saya sebab saya tak selesa di rumah mentua dengan keadaan yang amat bising. Akhirnya anak Alhamdulilah dapat keluar. Saya ingat husband terus hantar balik kampung rupanya tak, terus balik rumah mak dia. Saya pujuk hati takpe, nanti dia hantar (rumah mak saya).
Seminggu anak balik macam-macam saya hadapi. Keadaan rumah bising dengan anak-anak saudara dia yang terlalu buas sampai baby saya selalu menangis sebab tidur terganggu. Kadang-kadang sengaja buat bising nak suruh baby saya bangun.
Ibu & ayah mentua sibuk suruh bagi bayi makan
Time ni emosi saya mula terganggu dengan berjaga malam, anak asyik menangis dan part paling serabut ibu mentua dan ayah mentua dah mula bising suruh bagi anak makan. Katanya anak menangis sebab lapar. Baby berusia 25 hari, besar mana perut?
Ads
Mula-mula saya tak endah, tapi tiap kali baby nangis paksa husband dan paksa saya suruh bagi anak makan. Husband tak layan begitu juga dengan saya. Mulalah membebel cakap saya ni tak nak dengar cakap. Orang dulu-dulu ok je bagi anak sekecil itu makan.
Saya mula hampir-hampir meroyan, suami dah kena pergi kerja. Satu hari entah macam mana saya terlelap ibarat gunung berapi pun tak sedar (sebab berhari-hari tak tidur). Bila saya sedar, tengok baby tak ada rupanya, ada dengan ibu mentua. Dia siap cakap,
"Ni anak kau dari tadi melalak. Sekarang dah kenyang. Itulah, mak suruh bagi makan tak nak, tengok mak bagi molek je diam.."
Ads
Perasaan saya pada waktu tu, luruh jantung. Saya ambik baby dan dakap sambil nangis.
Dua Hari selepas diberi makan, anak menangis dan muka bertukar biru
Dua hari selepas tu, baby asyik menangis dan demam. Malam tu dia menangis tanpa henti. Muka dah kebiruan, cepat-cepat hantar ke hospital. Sampai sana (hospital), anak dah nyawa-nyawa ikan. Mengucap panjang doktor bila tahu bayi seusia 25 hari diberi makan dan akhirnya anak saya pergi untuk selamanya sejam kemudian.
Doktor cakap usus dan perut anak hampir pecah disuap seakan nasi. Dan untuk pengetahuan semua, ini bukan kisah rekaan, ini yang baru terjadi dalam hidup saya. Hampir 4 bulan telah berlalu tapi terlalu sukar untuk saya maafkan ibu mentua. Kejam kah saya??"
Peringatan untuk semua, jangan sewenang-wenangnya nak beri makan pada bayi yang masih kecil dan belum bersedia untuk makan. Bayi yang menangis hanya perlu diberikan susu dan bukannya makanan seperti kanak-kanak yang lebih besar. Jangan kerana tindakan yang tak sepatutnya ada nyawa yang tergadai.
“Apa salah Adam Rayqal sampai sanggup buat macam tu sekali. Tak ada sikap perikemanusian hingga sanggup bunuh dan letak dalam peti sejuk”.
Ini antara luahan dari orang ramai selepas bayi berusia 5 bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati dirumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves malam tadi susulan bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi memberitahu di facebook berita kehilangan Adam petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya
Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
“Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Lepas Beberapa Jam Bunuh, Promote Servis Jaga Budak Lagi
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen, pengasuh yang disyaki bunuh Adam Rayqal itu boleh lagi promote servisnya untuk mengasuh anak dalam group pengasuh. Seolah-olah tiada rasa bersalah langsung.
Rata-rata netizen berharap pengasuh ini dapat di bawa ke muka pengadilan. Ramai yang berpendapat, pengasuh yang betul-betul mahu menjaga anak kena ada sifat keibuan, lebih-lebih lagi bayi.
Kalau tiada pengalaman, tak ada sifat keibuan, kasih sayang dan kesabaran lebih baik jangan mengasuh dari awal walaupun kerja ini nampak macam mudah.
Setakat nak dapatkan wang setiap bulan tapi bukan dengan niat ikhlas akan berlaku pengabaian dan anak kecil jadi mangsa.
Sumber: Metro & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjuangan yang dilakukan wanita bernama Dayah Bakar ini bukan sedikit. Semuanya demi menyatukan dua cinta hatinya di bumi asing. Bukan mudah Pasangan Jarak Jauh (PJJ), kerana ketika Dayah baru tahu dirinya hamil dan suami sudah berangkat ke luar negara.
“Memang perjalanan yang panjang. Sangat suka cuma saya fikir satu je, dugaan yang Allah bagi mesti ada hikmah dah dia beri pada hambanya yang mampu. Ketika itu, saya fikir ini adalah ujian untuk saya.”
“Setiap dugaan mesti ada kemanisan kalau kita sabar. Satu kesabaran yang luar biasa. Menanti hari-hari untuk bertemu, masa hamil saya menanti untuk bersama suami saya tapi inilah pengorbanan dan perjuangan.”
Bercerita tentang moment indah membesarkan cahaya mata sulungnya, Achbar Muhammad Fahri pastinya banyak!
“Moment indah, semua indah dari dia lahir, meniarap, merangkak sampailah berjalan. Tapi paling indah moment berjalan. Dia boleh berjalan pada malam birthday pertama dia.”
“Moment paling kelakar, saya suruh suami jagakan Fahri sebab saya nak solat. Tapi saya dengar dia menangis macam dekat sangat-sangat. Kenapa bukan kat bawah. Masa tu Fahri masih baby! Dalam 7-8 bulan macam tu dan dia selamat sampai atas. Rumah saya dua tingkat.”
“Saya turun bawah, macam biasa bila baba jaga anak, baba yang terlelap tengok kartun!”
“Itulah moment yang paling comel dan menakutkan!”
Corat-coret Dayah Bakar sepanjang membesarkan anak jauh diperantauan memberi seribu pengalaman paling berharga buat dirinya. Ikuti perkongsian ibu cantik manis ini sebagai penerima Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 di video bawah.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Mulai 1 Mac 2019 , ibu bapa dengan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tahun satu pada tahun 2020/2021 sudah boleh isi borang permohonan pendaftaran sekolah di public.moe.gov.my.
Ada yang beritahu, mereka tidak faham istilah dalam buku rekod imunisasi anak-anak kerana ditulis singkatan sahaja berbanding borang atas talian yang diisi penuh nama jenis imunisasinya (Rujuk Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3).
Untuk memudahkan ibu bapa, Jururawat Terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah menerangkan maksud satu-satu huruf di dalam buku REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN (Pink = Perempuan, Biru = Lelaki).
BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
DTap
D – Difteria
T – Tetanus
P – Pertusis
DT
D – Difteria
T – Tetanus
* Ni isi kat ruang dos tambahan.
Hib
Haemophilus Influenzae type B.
MMR
M – Measles
M- Mumps
R – Rubella.
MR
M – Measles
R – Rubella
* Ni isi kat ruang dos tambahan
JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
Anda perlu tahu:
Bagi anak-anak yang lahir pada 2013 dan 2014, ruang dos 2 untuk MMR itu tidak perlu diisi kerana HANYA jadual imunisasi baru yang dikeluarkan pada 2016 mempunyai MMR dos 2 (Rujuk Gambar 4)
Dalam rekod atas talian, setiap imunisasi MEMANG diasingkan satu demi satu dan tarikh setiap imunisasi diberi adalah SAMA. Ramai yang keliru disini tapi jangan pelik pula bila tarikh yang akan diisi adalah sama bagi setiap set imunisasi.
Dos tambahan dan BOOSTER adalah dua benda yang SAMA.
Semoga posting ini memberi manfaat kepada ibu-bapa yang akan mendaftarkan anak-anak untuk sesi kemasukan tahun 1 pada 2020 dan 2021.
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.