Perjuangan yang dilakukan wanita bernama Dayah Bakar ini bukan sedikit. Semuanya demi menyatukan dua cinta hatinya di bumi asing. Bukan mudah Pasangan Jarak Jauh (PJJ), kerana ketika Dayah baru tahu dirinya hamil dan suami sudah berangkat ke luar negara.
“Memang perjalanan yang panjang. Sangat suka cuma saya fikir satu je, dugaan yang Allah bagi mesti ada hikmah dah dia beri pada hambanya yang mampu. Ketika itu, saya fikir ini adalah ujian untuk saya.”
“Setiap dugaan mesti ada kemanisan kalau kita sabar. Satu kesabaran yang luar biasa. Menanti hari-hari untuk bertemu, masa hamil saya menanti untuk bersama suami saya tapi inilah pengorbanan dan perjuangan.”
Ads
Bercerita tentang moment indah membesarkan cahaya mata sulungnya, Achbar Muhammad Fahri pastinya banyak!
“Moment indah, semua indah dari dia lahir, meniarap, merangkak sampailah berjalan. Tapi paling indah moment berjalan. Dia boleh berjalan pada malam birthday pertama dia.”
“Moment paling kelakar, saya suruh suami jagakan Fahri sebab saya nak solat. Tapi saya dengar dia menangis macam dekat sangat-sangat. Kenapa bukan kat bawah. Masa tu Fahri masih baby! Dalam 7-8 bulan macam tu dan dia selamat sampai atas. Rumah saya dua tingkat.”
Ads
“Saya turun bawah, macam biasa bila baba jaga anak, baba yang terlelap tengok kartun!”
Corat-coret Dayah Bakar sepanjang membesarkan anak jauh diperantauan memberi seribu pengalaman paling berharga buat dirinya. Ikuti perkongsian ibu cantik manis ini sebagai penerima Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 di video bawah.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, kini peminat begitu teruja untuk menantikan usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa untuk tampil berkongsi wajah putera kesayangannya, Muhammad Bilal selepas hampir tamat tempoh berpantang.
Ternanti-nanti kemunculan Bilal di Instagram Uminya, kini wajah Bilal hanya dilihat sipi-sipi sahaja bila mana Neelofa mula berkongsi beberapa keping gambar Bilal biarpun tidak sepenuhnya.
Melalui Insta Storynya, sesekali Neelofa turut berkongsi putera kesayangannya dan suami.
Tulis Neelofa melalui salah satu entrinya, biarpun duduk serumah namun rindunya pada Bilal takkan pernah padam.
“Duduk satu rumah pun boleh rindu dekat budak kecik ni,” tulisnya.
Menerusi entri berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sekeping gambar Bilal yang dilonggarkan bedungnya. Sudah semakin membesar dan berisi. Comel!
“Bedung ala-ala.
“Masyallah geramlah dengan Bilal ni,” kata Neelofa.
Dalam pada itu, perkongsian wajah sipi-sipi Bilal itu sudah semestinya membuatkan peminat selebriti cantik jelita ini begitu teruja malah turut memuji wajah comel Bilal biarpun tidak nampak sepenuhnya.
Kata wargamaya, Bilal memiliki bibir mungil seperti ibunya malah memiliki kulit putih melepak seperti Abah dan Uminya. Comel sungguh.
“Yeay lofa dah tunjuk sikit… bibir Bilal.”
“Mesti handsome macam abahnya..”
“Masya Allah comelnya, mix ummi abah, putih merah, pipi bam bam, mulut mungil, dagu tu nampak macam abah dialah.”
“Mulut macam mulut ummie lah. Comel walaupun nampak sipi-sipi je..😍.”
Terdahulu Neelofa selamat melahirkan putera sulungnya pada 29 Januari yang lalu dan kini hampir tamat tempoh berpantangnya selama 44 hari.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang lumrah kanak-kanak suka mencoteng, suka berkarya. Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain. Sedar-sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak.
Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesan kotoran. Mama papa pun mesti sakit mata dan stres tengok rumah dah macam whiteboard. Apa kata mama papa cuba alat ‘magic’ ni yang dikongsi oleh Fazlin Azma di laman facebooknya.
Art conteng dari anak-anak..dah tampal whiteboard sticker untuk conteng pun.. masih lagi nak conteng dinding. Jenuh duk cari sabun or spray untuk tanggalkan marker pen kat dinding..
Last guna magic sponge je..hilang semua..puas hati.. nasib baik tak sempat nak order sabun mahal, mengarut kat shopee tu.. Tapi tu laa..tak lama pun..
Diorang tak leh tengok putih bersih.. nak jugak conteng terbabas ke dinding, nasib baik ada magic sponge tu. Tunggu anak-anak besar.. Baru kita deco-deco rumah cantik..now tumpang tengok rumah orang dulu.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.