Kehadiran cahaya mata menyerikan sebuah perkahwinan & menguatkan ikatan yang terjalin. Apa pun jantina anak sama ada lelaki atau perempuan adalah anugerah & amanah yang sangat bernilai.

Pasangan aktor dan aktres Amar Baharin & Amyra Rosli kini sedang menantikan kelahiran zuriat kedua yang bakal disambut lebih kurang lima bulan lagi. Ia sememangnya detik yang dinanti-nantikan.

Artikel berkaitan: [Hadiah Birthday Paling Best. Amar Tak Sangka Amyra Buat Kejutan Hamil Anak Ke-2]

“Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

MEMANG MERANCANG TAMBAH ANAK TAHUN 2020

Biar pun  ia bukan kelahiran anak pertama, namun debaran dan penantiannya tetap sama. Turut bermakna lebih-lebih lagi apabila pasangan ini sememangnya merancang untuk menambah cahaya mata pada tahun 2020.

“Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

KALAU BOLEH PILIH, AMAR MENGINGINKAN BABY GIRL

IKLAN

Berkongsi tentang kandungan Amyra, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu mengakui sememangnya menginginkan cahaya mata perempuan memandangkan mereka sudah memiliki anak lelaki.

“Lelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Kalau rezeki Allah boleh dipilih, sudah tentu saya mahukan anak perempuan pula.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur walau apa pun jantina anak saya ini. Asalkan dia sihat dan sempurna. Itu yang kami doakan setiap hari,” tuturnya memberitahu kandungan isterinya kini telah memasuki minggu ke-13.

“Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

ADA SEBAB TIDAK MAHU TAHU JANTINA BAYI AWAL-AWAL

IKLAN

Bapa kepada Aqeef Anaqi ini  turut memberitahu yang dia enggan mengetahui lebih awal jantina bayi dalam kandungan isterinya kerana mahu memberikan kejutan.

“Saya tidak mahu mengetahui jantina bakal anak kedua saya kerana mahu memberi kejutan pada majlis baby shower kelak,” ungkapnya ringkas ketika ditanya mengenai hal itu.

“Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

KEHAMILAN INI ADALAH HADIAH PALING BERMAKNA

IKLAN

Pada awal Julai lalu, Amar memaklumkan berita gembira yang isterinya sekali lagi berbadan dua dengan memuat naik foto Amyra bersama alat ujian kehamilan di Instagram.

Amar yang terkenal menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu turut menyifatkan, berita Amyra hamil anak kedua menjadi hadiah paling bermakna sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada tahun ini.

“Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

Sumber: kosmo.com.my

Foto: @amarbaharin & @amyrarosli

Artikel berkaitan:[ Amyra Rosli & Amar Baharin Masih Pegang Pada Adat. Lakukan Adat Jejak Tanah Pada Anak ]


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI